BAB 38

74 2 0
                                    

Nadia berasa teruja sebaik saja masuk ke tempat penginapan mereka di Four Seasons Resort Langkawi. Tak sangka Zuhair telahpun menempah lokasi bulan madu mereka tempat yang begitu cantik lagi. Nadia menyelak langsir dan juga pintu sliding untuk melihat suasana luar.

"Sayang, cantiknya!" Nadia teruja apabila ternampak suasana pantai yang begitu menyenangkan.

"For you dear. Everything." balas Zuhair. Pinggang isterinya dirangkul.

"Awak romantik juga orangnya ya?" kata Nadia. Dia menyembamkan pipinya ke lengan Zuhair.

"Sudah semestinya. Hanya mereka yang memiliki saya je tahu saya macam mana. Saya bukan macam yang mereka sangkakan. Jadi awaklah insan bertuah tu." ucap Zuhair dengan penuh kelembutan dalam nada suaranya.

Nadia tersenyum. Gembira mendengar ucapan yang ditutur oleh suaminya. Bintang dan bulan yang menyatu di langit dipandang. Dia merasakan bulan dan bintang itu ibarat seperti mereka berdua yang sedang melayari kebahagiaan. Zuhair diam. Matanya dihalakan ke dalam kepekatan malam.

"Sayang, jomlah tidur. Penat majlis siang tadi pun tak hilang lagi tau." panggil Zuhair.

"Sabarlah sayang. Saya rasa tenang sangat malam ni. Angin ni damainya rasa." balas Nadia. Dia masih lagi mahu menikmati angin malam itu.

"Sayang, tak sabar nak tunggu siang. Saya nak jalan-jalan tepi pantai tu. Oh, indahnya sayang. Awak tak rasa macam tu ke?" tanya Nadia.

Suasana senyap. Soalannya tidak dijawab oleh Zuhair. Nadia memandang ke belakang. Dia nampak suaminya sudah terperangkap di alam mimpi. Nadia mengeluh. Baru saja nak ajak Zuhair berbual. Tahu-tahu dah tidur pula. Nadia menutup kembali pintu sliding. Dia ingin masuk bilik air untuk mandi dulu. Badannya juga terasa penat. Tambah-tambah lepas majlis tadi terus mereka lari ke sini.

*************************************

Zuhair dan Nadia menikmati keindahan pantai pada petang hari. Setelah satu hari bersiar-siar di seluruh Langkawi ni mereka melepak la pula di tepi pantai. Mata mereka ligat menyaksikan ragam manusia yang turut berada di situ. Ada yang bermandi-manda, ada yang berkelah, bermain layang-layang dan juga bermain ombak laut.

Bila dah duduk saja ni, Zuhair rasa agak bosan juga bila tak buat apa-apa aktiviti ni. Tadi pun dah puas bergambar ke sana sini. Nadia pula macam biasalah, bila dah ada peluang berswafoto ni dia asyik bergambar je la. Kalau tengok telefon tu agaknya beribu-ribu gambar dia sorang. Zuhair biarkan saja isterinya melayan perasaan seorang diri.

"Awak ni dari tadi bergambar je. Tak bosan ke?" tegur Zuhair.

"Tak pun." Nadia memperbetulkan topinya. Manakala Zuhair pula membetulkan tudung isterinya yang terselak kerana angin.

"Dahlah bergambar tu. Mari sini." panggil Zuhair. Dia menyuruh Nadia duduk di depannya.

"Ada apa sayang? Saya baru ingat nak jalan-jalan lagi dekat sini." balas Nadia.

"Duduk la dulu kita santai-santai. Asyik jalan je penat juga." balas Zuhair sambil membetulkan rambutnya.

Zuhair membuka telefonnya. Dia membuka aplikasi Al-Quran. Lantas telefonnya terus diserahkan pada Nadia. Bila tengok telefon yang dibuka dengan Al-Quran, dia dah tahu dah apa yang suaminya suruh buat. Nadia mencebik. Takkan masa ni pun nak suruh mengaji lagi?

"Bacalah. Satu mukasurat je pun." pintanya lembut.

"Tapi ni surah yang tengah-tengahkan? Saya mana mahir lagi." kata Nadia.

"Sampai bila nak baca surah pendek-pendek tu je? Kan awak dah mahir yang tu. Cuba baca surah lain pula. Kalau tidak macam mana nak nilai awak dah mahir ke belum kan?"

CERITERA HATI ZUHAIRWhere stories live. Discover now