01

168 17 0
                                    

PAGI yang indah dan matahari yang menerangi kegelapan bilik ku. Perlahan-lahan mata ku terbuka, tangan ku meraba kesekitaran katil untuk mencari dimana letak telefon bimbit milik ku.

Aku menekan butang on di tepi bahagia telefon itu lalu terpampang lah lockscreen telefon ku. Aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 8:39 pagi.

Aku menolak selimut ku ketepi lalu menuju ke bilik air. Usai mencuci muka dan menggosok gigi aku berjalan keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

"Eh? Aurel dah bangun, sinilah kita sarapan sama-sama. Mama ada masak nasi goreng kesukaan rel" pelawa puan Nazrin. Aku hanya angguk dan menurut alang-alang perut dah bagi signal jadi terpaksa lah makan.

Aku duduk bertentangan dihadapan seorang lelaki yang pendiam dan dingin namanya Haykal. Kata mama Haykal adalah abang angkatku sejak umur berusia empat tahun.

Kami bertiga mula menjamah makanan yang telah dihidang oleh mama. Kenapa bertiga? Sebab papa dah keluar berangkat kerja pada pukul enam pagi tadi.

Kadang-kadang rasa bosan sebab famili ni selalu tak complete, papa akan kerja dari pagi sampailah ke malam. Malam biasanya papa akan pulang jam 10 atau 11 tengah malam.

"Rel, termenung apa tu? Makanlah," aku kembali ke alam nyata. Aku mula menyuap satu sudu nasi itu ke dalam mulut. Nasi goreng mama memang sedap tak terkata.

Aku melihat Haykal sudah selesai makan. Dia mula mencuci piring yang telah digunakan lalu dia berjalan ke ruang tamu.

"Aurel, can I ask you something?" tanya puan Nazrin.

"Yes, what do you want to ask me?" tanyaku pula.

"Do you...remember Hariez?" aku berhenti menyuap nasi goreng itu ke dalam mulut. Perlahan-lahan aku letak sudu itu ketepi. Aku tidak menjawab aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

Siapa Hariez? Kenapa mama macam kenal sangat dengan Hariez? Lelaki tu pernah hadir dalam hidup aku ke? Kalau ye, kenapa aku tak ingat apa-apa tentang dia?

Aku melihat mama hanya mengeluh dan tersenyum kecil atau lebih mudah dimaksudkan seperti 'tak apa lah...' .

Usai makan aku terus bergerak ke singki untuk mencuci kesemua piring yang kotor. Selesai mencuci aku menuju ke ruang tamu, aku melihat aku sebuah buku lukisan dan ada juga alat tulis.

Aku mendapat idea untuk melukis, aku mula melukis sejambak bunga ros merah di buku lukisan ini.

Aku meniliti kesetiap sudut lukisan itu agar tiada yang kekok. Kenapa aku memilih bunga ros merah? Kerana menghantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang kita sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata "Aku cinta pada mu". Manakala bunga ros yang berwarna merah jambu pula menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan. Dan bunga ros kuning membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan.

Itu yang dinamakan ciptaan Allah yang sangat indah.

Setelah selesai melukis aku meletakkan pensil itu di tepi dan aku mula mewarna bunga itu menjadi merah menggunakan watercolour. Aku menggunakan teknik basah atas basah agar gambar itu menjadi lebih cantik dan selesa dipandang.

"Buat apa tu?" sergah Haykal. Nasib lah aku tak mengeluarkan kata-kata yang kotor sempat aku beristighfar sebelum memandang pemilik suara itu.

"Buat anak."

Haykal menjeling ku dengan jelingan menyampah.

Haykal meneliti gambar yang di lukis olehku itu dengan sangat lama, mesti ada benda dia nak complain.

"Gambar je pun, asal kau nak teliti sangat mewarna tu" katanya dengan lagak selamba. Jelingan tajam yang ku berikan.

Wait, can you repeat what you said earlier? 'Gambar je pun?'

"Tak semua gambar melambangkan maksud 'gambar je pun' sesetengah gambar mempunyai maksud tersendiri" kataku. Dapat ku lihat wajah Haykal cuba menerima maklumat yang aku sampaikan.

"Maksud kau?" tanya Haykal atau lebih kepada curious.

Aku menunjukkan sebuah lukisan. Lukisan itu seperti seorang gadis yang sedang berada dipantai sambil melihat langit senja.

Aku melihat kening Haykal terangkat sebelah maksudnya dia tak faham dengan apa yang cuba aku sampaikan.

"It's just a painting" kata Haykal.

"Just a painting? No, ia bukan sekadar lukisan. Terkadang lukisan akan membuat seseorang merasa dihargai walaupun terlihat sederhana namun sangat berharga. Lukisan juga adalah tempat meluah bagi seseorang. Bagi orang lukisan hanya sebuah lakaran biasa tetapi pada masa yang sama lukisan itu mempunyai maksud yang tersirat" terangku.

Haykal mengganguk tanda faham dengan hujah yang aku sampaikan.

"Jadi...apa motif kau lukis ros merah tu?" tanyanya kembali.

"Ros merah membawa maksud rasa cinta dan sayang kepada seseorang. Rasa kepada orang yang kita kagumi ataupun pasangan hidup kita sendiri," jawabku sambil membaiki detail lukisan ku itu.

Haykal hanya angguk lalu dia kembali bermain telefonnya manakala aku pula masih sibuk mewarna bunga ros merah itu sehingga selesai.

His Angel (HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang