HAMPIR masuk kali lima Puteri berulang-alik ke tandas. Akhir-akhir ini Puteri selalu merasa mual dan sering mengidam. Namun, Haykal hanya membuat seperti tiada apa yang terjadi apabila melihat Puteri yang mengidam mahupun mual.
"Awak...saya..saya mengidam sesuatu," perlahan suara Puteri. Haykal memberikan tatapan yang tajam tepat ke arah anak mata Puteri.
"Ada kaki kan? Buat sendiri tak boleh ke?" dingin garau suara Haykal berkata tanpa menoleh ke arah gadis yang berada di sebelahnya. "Oh lagi satu, jangan ingat disebabkan kau mengandung, aku boleh bagi perhatian dekat kau." kata Haykal dengan penuh amaran.
Puteri terdiam seribu bahasa. Dengan pantas, tangan kanannya menutup mulutnya. Puteri lantas bangun dari duduknya dan berlari ke ke arah tandas. Sekali lagi dia muntah.
Badannya kini terasa lemah untuk berdiri, sebelah tangannya memaut pemulas pintu manakala tangannya yang sebelah lagi memegang perut yang sedikit buncit itu.
Kehamilannya kini sudah hampir mencecah tiga bulan. Haykal yang sedang duduk santai di atas sofa itu hanya melihat tanpa membantu. "Kesian dia, muntah ye? Pandai-pandai lah tanggung sendiri ye," katanya dengan nada menyindir.
"A-awak..." lemah suara Puteri. Melihat keadaannya sebegitu, bila-bila saja dia boleh rebah. Puteri cuba untuk kuatkan dirinya. Dia yakin dia boleh bertahan.
Dengan perlahan Puteri berjalan menuju ke arah katil. Sampainya dikatil dia mula melabuhkan punggungnya dengan perlahan. Manakala Haykal yang pula kini berdiri dari duduknya lalu menuju ke pintu keluar. Haykal menutup pintu dengan agak kuat membuatkan kedua belah bahu Puteri terhinjut serentak.
Tubir air dimata Puteri kini mengalir. "Anak mama kuat, ye... Mama janji, mama akan jaga kamu sampai kamu membesar dengan sihat. Tak sabar mama nak jumpa anak mama..."
Puteri mengelus-elus perutnya dengan lembut. Air mata yang mengalir diseka perlahan olej tangannya.
"Nanti kalau dah besar, anak mama jangan jadi macam mama tau... Mama hidup asyik menyusahkan orang aje...Mama tak nak anak mama buat orang lain rasa terbeban. Biar kita menyusahkan diri sendiri, jangan menyusahkan diri orang lain," Puteri masih tidak berhenti mengelus perutnya.
Sungguh dia sangat memerlukan seseorang untuk menjaganya. Dia mahu merasa disayangi, dia mahu merasa dijaga olej seseorang malah doa juga mahu merasa disayangi dan dilayan bagaikan ratu.
"Anak mama rehat ye? Mama nak tidur sekejap, boleh? Mama penat..." katanya seraya membetulkan duduk ke baring.
Tak lama itu, dia pun terlelap.
Selepas sahaja Puteri tertidur, Haykal kembali ke biliknya semula. Matanya tertumpu kepada wanita yang telah nyenyak tidur diatas katil miliknya. Rahangnya diketap kasar, dengan pantas Haykal menuju ke arah Puteri yang sedang nyenyak tidur itu.
Bantal yang berada disebelah Puteri itu diambil lalu Haykal menghempaskan bantal itu tepat ke muka Puteri manakala satu lagi bantal pula dihempas tepat atas perut Puteri. Lantas Puteri terjaga dari lenanya.
"Sedap ke tidur?" soalnya. Puteri hanya. Dia takut untuk bersuara. "AKU TANYA, SEDAP KE TIDUR?!" tengking Haykal. Sebelah tangannya kini bersedia untuk melempang wajah Puteri.
PAP!!!
Telapak tangan Haykal kini hinggap tepat di pipi Puteri. Sakit yang tidak dapat dikatakan lagi. Jelas kelihatan kesan tamparan dipipi Puteri. Haykal bersedia melempang sebelah lagi pipi Puteri.
"A...awak s-sakit..." rintih Puteri.
"Kau berbunyi memang aku tambah sebelah lagi. Kau nak ke, cheap girl?" dengan pantas aku menggeleng. Pedih dipipi masih belum hilang rasanya. Ya Allah, aku hanya ingin berehat sejenak...
"Kau dengar sini baik-baik eh, aku kahwin dengan kau sebab nak bagi kau pengajaran dengan perangai murah kau tu. Bukan sebab aku jatuh cinta ataupun kesihan dengan kau. Faham?" katanya.
Aku amgguk perlahan. Mataku hanya sanggup memandang lantai, jujur aku tak sanggup memandang wajahnya...
"Eh kau dah bisu ke, perempuan? Aku tanya, faham ke tidak?"
"F-faham..."
"Good. Sekarang aku nak berambus dari bilik aku. Ni amaran terakhir aku bagitahu, kalau lepas ni kau berani masuk dalam bilik aku, aku takkan segan-segan libas batang penyapu tu dekat badan kau." katanya dengan penuh amaran dan kebencian.
"Tunggu apa lagi? bla lah!"
Aku berdiri dari dudukku dengan perlahan. kakiku kini perlahan melangkah keluar dari bilik tersebut. Ya Allah, aku penat... aku dah tak sanggup Ya Allah...
Puteri berjalan melepasi ruang tamu seraya matanya tertumpu kearah kedua pasangan yang sedang bermesra disitu. Aurel dan Hariez. Puteri merasa sedikit iri. Dia juga mahu begitu bersama Haykal, dia mahu dimanja oleh Haykal, dia mahu disayangi oleh Haykal dengan tulus bukan kerana terpaksa. Kenapa dia tidak dapat merasakan kasih sayang?
Puteri kini bertembung dengan Tuan Hazriq. Tuan Hazriq memandang Puteri dengan penuh rasa benci. "Menantu murah macam ni biasanya buat malu nama mentua aje," sindir Tuan Hazriq.
Puteri kini menoleh ke arah Tuan Hazriq. "Kalau ayah tak suka Puteri, Puteri boleh angkat kaki dari rumah ni..." kata Puteri dengan berada tetapi hatinya seakan diguris-guris ditambah pula dia perlu kuat menahan sebak.
"Sepatutnya dari awal. Kau ni cuma anak yatim yang batak perhatian keluarga ni aje. Lepas kau dah malukan nama baik mak angkat kau, kau nak malukan nama baik keluarga aku pula?!" tajam kata-kata Tuan Hazriq. Air mata Puteri kini mengalir deras. Dia berharap seseorang datang menolongnya dalam situasi ini.
"Oh, satu lagi, anak yang kau bunting tu anak haram. Aku tak nak cucu haram. Aku tak nak keturunan aku jadi keturunan haram disebabkan oleh perempuan murah tak ada harga diri macam kau ni."
Betapa hancurnya hati seorang Puteri Balqis. Kata- kata yang amat tajam itu benar-benar menusuk ke dalam hatinya.
"Puteri tahu Puteri buat dosa besar, tapi Puteri nak bertaubat ayah... Izinkan Puteri bahagia didalam keluarga ini...Puteri...Puteri tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah, jadi izinkan Puteri merasa kasih sayang ayah, sebelum Puteri menghembuskan nafas terakhir. Tu aje permintaan Puteri" lirih lemah suara Puteri.
"Aku? Bagi kasih sayang untuk perempuan murahan macam kau ni? Eh dalam mimpi kau aje lah. Satu je aku nak cakap, aku takkan terima perempuan macam kau dalam kelurga ni, faham? Cepat sikit hembus nafas terakhir kau tu." kata Tuan Hazriq seraya melangkah pergi.
Ya Allah dugaan apa ini? aku tak sanggup...
Air mata Puteri mengalir dengan sangat deras. Kenapa dia tak berhak bahagia? Kenapa aku tak dapat kasih sayang secukupnya? Kenapa mama dengan abah tinggalkan aku masa aku kecil? Aku perlukan mereka...
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...