"Rel, cepat lah!" jerit Haykal. Hampir satu jam dia menunggu Aurel bersiap untuk ke hospital.
"Kejap lah!" jerit ku kembali. Aku menuruni tangga dengan lagak selamba. Kelihatan aku hanya mengenakan seluar bootcut, t-sweater putih dan juga shawl jersey.
"Yang kau nak melawa sangat ni dah kenapa? Kau nak mengorat doktor-doktor dekat sana eh?" usik Haykal. Aku hanya menjelingnya dengan jelingan tajam tak ada masa nak mengorat doktor lebih baik aku mengorat abe askar lagi cun!
"Dah jom lah, nanti lama nak tunggu" kata Haykal seraya menuju ke kereta. Aku hanya mengekori langkah Haykal dari belakang.
Aku melihat mama sudah ada didalam kereta sambil menunggu kami berdua. For your information, tiada yang sakit pun sebernanya, cuma mama memang wajib pergi ke hospital setiap bulan untuk mengecek kandungan gula didalam badan.
Tak lama kemudian, kami tiba di hospital yang selalu mama pergi. The name of this hospital is TH's Hospital.
Kenapa TH? Sebab boleh dek. Mana lah aku tahu bukannya aku yang bina hospital ni pun.
Kami bertiga melangkah menuju ke kaunter pendaftaran lalu mama mengambil nombor giliran.
30minit kemudian nombor giliran mama dipanggil, mama menyuruhku tunggu disini manakala dia dan Haykal pergi ke bilik nombor 3 untuk membuat rawatan.
Aku leka bermain telefon bimbit ku sambil melayari internet. Aku menekan logo Instagram lalu mula lah misi untuk meng-stalk orang. Kebiasaannya aku akan stalk orang yang aku kenal selepas itu barulah aku stalk orang yang aku tidak kenal.
Bak kata orang, sekarang semua benda di ujung jari. Klik je dah dapat maklumat. Dunia sekarang dah semakin moden.
"Hey, girl. Can I sit here?" Tiba-tiba aku mendengar suara maco seorang lelaki. Aku terus menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang menegurku itu.
"Urm, yes. You can" jawabku dengan penuh sopan santun. Biasalah depan lelaki handsome kenalah cover ayu.
Lelaki itu hanya tersenyum lalu angguk tanda berterima kasih. Lelaki itu mula duduk disebelah ku. Dapat ku hidu bau minyak wangi yang dia pakai, aku tahu jenama apa yang dia pakai. Aku yakin dia mesti pakai minyak wangi Sauvage jenama Dior.
Aku sambung misiku yang asal, misi meng-stalk akaun Instagram mak-mak.
"Your name is Aurel Naura, right?" soal lelaki itu. Aku tergamam seketika. Wait a minute bro, how do you know my name, huh?
"Ya, why?" soalku kembali. Tiba-tiba rasa macam ingin tahu. Lelaki itu hanya senyum.
"Nothing, anyways nama saya Tengku Hariez. Awak boleh panggil saya Riez" katanya. Lah boleh cakap melayu ke mamat ni? Aku ingatkan mat salleh betul-betul. Tapi kalau tengok betul-betul muka dia memang nampak mix chinese.
"Oh, okay. You can call me Rel" aku memberi senyuman ikhlas kepada lelaki yang bernama Hariez. Entah kenapa firasat aku mengatakan aku pernah berjumpa dengan lelaki yang bernama Tengku Hariez.
"Awak ni...orang cina ke?" soalku. Dapat ku dengar ketawa maconya itu. Tiba-tiba rasa nak tampar ke mulut ni, sebok aje nak tahu kehidupan orang.
"No, rel. I'm melayu and I'm muslim" jawabnya sambil melepaskan ketawa kecil.
Sebenarnya nak je aku tanya kita pernah berjumpa ke? Sebab aku rasa aku pernah jumpa dengan dia tapi...aku lupa. Ye aku rasa aku patut tanya!
"Kita pernah berjumpa ke?" tanya ku. Hariez terdiam wajahnya tiba-tiba bertukar serius. Jangan serius sangat bang, saya tanya je. Maklumlah saya ni amnesia...
"One day, you will know who I am," jawabnya sambil memandang ke arah lain. Aku keliru, jadi betul lah firasat aku ? Aku dengan dia pernah berjumpa dengan dia selama ni?
"Rel," tiba-tiba aku mendengar suara lain memanggil ku. Aku melihat mama sudah keluar dari bilik itu rawatan itu bersama Haykal.
"Rel borak dengan siapa?" tanya mama. Aku memandang Hariez yang hanya mendiamkan diri sahaja sejak mama keluar dari bilik itu.
"Rel, borak dengan Hariez" mama seakan terkejut dan terdiam. Tapi dapat kulihat mama cuba untuk berlagak tenang. Apa yang sebenarnya terjadi ni?
"Hi, nice to meet you, aunty Nazrin" sapa Hariez kepada mama. Macam mana dia tahu nama mama? Perlu ke sekarang ni aku mengambil jawatan sebagai detektif?
"Oh korang berdua dah kenal lah ni ye?" tanyaku. Sengaja ingin memecahkan kejanggalan. Kenapa awkward sangat ni? Balik ni memang aku akan tanya dari A sampai Z dengan mama.
Mama dan Hariez hanya mengangguk perlahan manakala Haykal pula hanya memandang layar telefonnya sambil menaip sesuatu.
![](https://img.wattpad.com/cover/355853865-288-k930071.jpg)
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...