"Tengku Hariez,"
"Saya."
"Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Aurel Naura binti Abdul Hazriq dengan mas kahwinnya sebanyak RM 9000,30 tunai,"
Dengan satu tarikan nafas...
"Aku terima nikahnya Aurel Naura binti Abdul Hazriq dengan mas kahwinnya sebanyak RM 9000,30 tunai"
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
Akhirnya aku dan Hariez sah menjadi suami isteri yang halal. Kesemua orang yang berada didalam masjid tersebut menadah tangan untuk mengaminkan bacaan doa selepas akad nikah.
Setelah doa diaminkan, cecair bening mula kelihatan di mataku. Tahan, jangan menangis malu nanti orang tengok.
"Jangan nangis, make up mahal!" usik Tyara. Aku menjelingnya sekilas setelah itu aku kembali fokus dengan rencana nombor satu. Aku melihat Hariez kini sedang menuju ke arahku. Handsomenya!
Jantung aku rasa nak tercabut Ya Allah...
"Assalamualaikum, isteri abang..."
Kebabom!! Meletup jantungku.
"W-w-waalaikumsalam, ab-abang" aih, kenapa aku tergagap ni? Semalam punyalah excited nak kahwin.
Hariez ingin memegang tangan untuk menyarungkan cincin di jari manis ku. Tangan ni pula buat hal! Jangan lah menggigil. Sabar, tarik nafas... Lepas...
Perlahan aku menghulurkan tanganku ke arah tangannya. Cincin itu disarung ke jari manis ku. Ya Allah, aku dah digelar isteri orang...
Aku teragak-agak untuk mencium tangannya yang berurat itu. Tangan pun dah sexy, apatah lagi orangnya eh! Astagfirullah...
Hariez mencium dahiku agak lama setelah itu dia melepaskan ciuman seraya berbisik di telingaku "Tak sabar nak unboxing isteri abang malam ni nanti..." katanya dengan nada yang agak menggoda. Aku mula geram, orang tengah gementar masa tu juga lah dia nak mengusik!
Selesai majlis akad nikah, Hariez membawa ku pulang ke hotel untuk bersiap dengan majlis seterusnya.
Hariez meminta ku masuk terlebih dahulu kerana dia mahu ke kereta untuk mengambil pakaian. Aku hanya akur lalu menuju ke bilik.
Pintu bilik itu ditolak perlahan olehku. Langkahku kini menuju ke katil yang empuk, aku melabuhkan punggung di atas katil tersebut. Perlahan-lahan aku baring di atas katil yang sungguh empuk dan nyaman. Tak lama itu aku terlelap.
Hariez kini kembali ke bilik semula. Pintu dibuka dengan perlahan, lalu kelibat wanita yang baru sahaja digelar isteri itu membuatkan dia mengukir senyuman nipis di bibir. Wajah lena isterinya dielus perlahan seraya berbisik "penat sangat ke sayang? it's okay, malam ni lagi penat" kecupan manis dihadiahkan olehnya didahi licin isterinya.
"Mm..." gumamku, perlahan aku membuka mata lalu melihat sekeliling, jelas aku melihat Hariez sedang tidak memakai bajunya. Dia hanya mengenakan seluar sahaja.
Sexy!
"Hm, puas tenung?" soalnya membuatkan aku pantas mengalihkan pandangan. Malu! "Cepat mandi, pukul dua nanti kita nak bersanding dah, sayang," perkataan sayang itu sengaja ditekakan seolah-olah ingin mengusik ku.
"Abang dah mandi ke?" tanyaku. Tuala yang tergantung didalam almari itu diambil olehku. Kakiku melangkah menuju ke bilik air.
"Dah, kenapa? Sayang nak mandi dengan abang ke?" usiknya. Lantas aku menutup pintu dengan sedikit kuat. Dapatku dengar ketawa maconya dari luar bilik mandi.
"Hati-hati sayang, abang ada pasang kamera dekat situ..." usiknya lagi. Ni buat aku marah ni!
"Abang!!"
Hariez ketawa terbahak-bahak melihat aku membuka pintu bilik air dengan riak wajah tidak puas hati. Hilang mood nak mandi!
Bunyi lagu Casablanca kini menghiasi suasana majlis bersanding tersebut. Aku memeluk erat lengan kekar Hariez. Berdebar didada tak boleh nak dikata. Aku memandang Hariez yang kelihatan amat tenang disebelahku, macam ini kali kedua dia kahwin...
"Tak payah takut, peluk tangan abang erat-erat. Just breathe in, breathe out. Calm down sayang," katanya dengan nada menenangkan aku.
Kami kini mula berjalan menuju masuk ke dewan untuk ke pelamin diikuti dengan keluarga pihak lelaki dan perempuan juga ditemani dengan bunyi pukulan kompang.
Semua mata para hadirin dan hadirat tertuju ke arah kami berdua.
"Ye, itulah dia pengantin lelaki yang segak bergaya bersama pujaan hatinya yang cantik berseri," kata seorang pengacara majlis disitu.
Sabar Aurel sikit lagi nak sampai pelamin.
Kami berdua kini mula duduk di atas kerusi pelamin yang berada di situ. Dapat kulihat banyak mata-mata yang memandang kearah kami. Ada juga yang sedang berbisik-bisik sambil menunding jari mereka ke arah kami berdua.
"Are you nervous?" Hariez bersuara apabila menyedari aku memeluk lengannya semakin erat. Lantas aku menggelengkan kepalaku dengan perlahan.
Kini Hariez memegang jari jemari ku dan mengelusnya dengan lembut. "Abang rasa macam dalam mimpi aje, tak sangka kita dah naik pelamin," katanya, tangannya tidak lekang mengelus jari jemari ku.
Tiba-tiba pengacara majlis bersuara "jadi sekarang mari kita dengarkan nyanyian dari pengantin lelaki dan perempuan, dipersilakan" aku terkejut seketika. Nyanyi?
Hariez berdiri dan aku juga ikut berdiri. Seorang pengacara di situ memberikan kami berdua mikrofon. "Nak nyanyi apa, abang?" soalku.
"Your favourite song."
Lagu kini dimainkan tanpa vokal.
"Aku tak pandai bercinta,
Aku tak indah bicara,
Hanya manusia,
Yang mengagumimu,
Walau takkan,
Pernah ku miliki" Hariez mula bernyanyi. Suaranya amat sesuai dengan lagu ini. Hariez memberiku isyarat untuk menyambung."Aku ada didepan mata,
Aku tetap selalu ada,
Aku manusia,
Yang mencintakanmu dalam bisu,
Bersendiri aku" sambungku. Tepukan gemuruh dapat ku dengar dan lihat dari para hadirin dan hadirat. Aku memandang Hariez yang seakan terpukau dengan nyanyian suara ku."Dengan nafas ini,
Ku aturkan langkah,
Menuju dirimu,
Walau ku sedari,
Rasa ini tak mungkin,
Kan kau mengerti,
Selamanya,
Ku dikoyak waktu,Dengan nafas ini,
Ku aturkan langkah,
Menuju dirimu,
Walau ku sedari,
Rasa ini tak mungkin,
Kan kau mengerti,
Selamanya,
Ku dikoyak waktu,
Selamanya,
Selamanya,
Ku dikoyak waktu,
Walau ku sedari,
Rasa ini tak mungkin,
Kan kau mengerti,
Selamanya,
Ku dikoyak waktu," nyanyi kami berdua serentak sehingga tamat lagu. Tepukan gemuruh oleh para hadirin juga hadirat membuatkan aku tersenyum lebar.Aku menoleh sedikit memandang Hariez yang sedang syok merenungku tanpa henti.
"Sedapnya suara sayang..." pujinya. Bahang terasa di pipiku. Merah padam muka aku ni!
"Abang pun sama," jelas kelihatan telinganya memerah menahan malu. Ha, elok lah tu aku pipi merah dia telinga merah.
"Baiklah, sekarang dipersilakan kedua-dua pengantin menuju ke meja makan untuk menikmati juadah yang telah disedia. Para hadirin dan hadirat juga sudah boleh mengambil makan dia area sana ye, jemput makan semua!" pengacara majlis itu mempersilakan pengantin dan hadirin serta hadirat yang hadir untuk menikmati juadah yang telah disediakan.
Aku kini duduk di meja makan bersebelahan dengan Hariez. Ada juga mama dan ayah serta Puan Husnah dan termasuklah ahli keluarga yang lain disitu. Kami mula menikmati makanan.
"Open your mouth," aku memandang Hariez yang mahu menyuap nasi minyak ke dalam mulutku. Perlahan aku membuka mulut. Nasi minyak itu disuap kedalam mulutku oleh Hariez.
"Sedap?" soalnya seraya mengelap comot dibibir ku. Aku angguk dan membiarkan dia mengelap kecomotan dibibir ku.
Sedar tak sedar kita orang dah halal!!
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...