BANG!!
DENTUMAN kilat yang teramat kuat membuatkan kedua belah bahuku terhinjut serentak. "A-abang...Aurel takut," bisikku perlahan kepada jejaka yang berada disebelahku, Hariez.
Air mata perlahan-lahan mengalir dipipiku. Dapatku rasakan jari jemari Hariez mengusap air mata yang mengalir dipipiku. "Shhh... Jangan menangis, sayang. Abang ada," Hariez menarikku masuk kedalam pelukannya. Dia memberiku ciuman yang cukup hangat didahi.
Sejurus itu, aku pun terlelap didalam pelukan hangatnya.
"Tidur nyenyak, sayang..."
Selimut yang berada disebelahnya ditarik olehnya lalu selimut menyelimuti tubuhnya agar tidak merasa kedinginan. "How cute she is..." bisiknya perlahan. Pelukan darinya semakin erat seraya melepaskan sedikit keluhan ringan.
Azan subuh kini berkumandang. Hariez perlahan membuka matanya lalu memandangku yang masih tidur dengan sangat nyenyak seraya tanganku melingkari tubuhnya kekar. Hariez menggosok matanya. Bantal disebelahnya diambil, kepalaku yang dialas oleh tangannya kini ditukar dengan bantal.
"Abang...abang nak pergi mana...?" soalku apabila menyedari Hariez kini hendak bangun dari baringnya. Dengan pantas, aku memegang tangannya untuk menghentikan dia daripada bangun.
"Abang nak pergi solat, sayang... Sayang tak boleh solat, kan?" tanyanya sambil tangannya mengusap lembut kepalaku. Aku hanya angguk.
"Sayang nak tengok abang solat, boleh?" Hariez hanya angguk, lalu dia kini bangun dari duduknya dan menuju ke bilik mandi untuk mandi dan mengambil wuduk. Aku kini mengintai Hariez dari luar pintu bilik mandi tersebut.
"Tak malu ke intai abang, sayang? Ke sayang nak join abang mandi?" usiknya. Aku tersentak seketika. Aku mengundur setapak kebelakang dari pintu bilik mandi tersebut. Tiba-tiba pintu bilik mandi itu dibuka oleh Hariez.
Mulutku ternganga sedikit apabila melihat lelaki dihadapan ku hanya mengenakan tuala berparaskan pinggang sahaja. Dengan cepat aku menutup mataku dengan kedua belah tapak tanganku.
"Why, sayang? Tadi nak intai abang sangatkan? Ni tak payah intai dah. Tengok depan mata aje," usiknya lagi membuatkan pipiku berubah merah padam. "Lawa tak abs abang?" soalnya. Wajahnya mendekat dengan wajahku.
Hariez memandang jam dinding sekilas itu dia memandangku kembali. "Nasib baik abang dah ada wuduk," Hariez melangkah ke arah almari. Tangannya mencapai jubah yang telah digantung dirapi didalam almari.
Hariez menggosokkan sedikit minyak attar di pergelangan tangannya. Rambutnya disikat rapi. Sejadah yang berada di atas rak itu diambil olehnya lalu dibentang dihadapan kiblat.
Aku merenungnya yang sudah mula mengangkat takbir pertama. Handsome...
"Solat pun nak handsome ke?" bisikku pada diri sendiri. Mataku tidak lekang memandang dia solat. How lucky I am to have him.
Tiba-tiba kepalaku terasa pening. Peningnya seakan menyucuk-nyucuk di otakku. Kenapa tiba-tiba ni? Kenapa aku macam pernah tengok adegan ni dua tahun yang lalu? Cara dia solat, cara dia layan aku, cara dia usik aku dan semuanya. Kenapa aku rasa semua ni pernah belaku? Argh, sakitnya kepala!
Aku memicit kepalaku yang terasa sakit tanpa aku hiraukan bahawa Hariez telah selesai solat. Hariez memberi salam lalu tangan kanannya mengusap ke muka. Setelah itu, dia memandangku dia hairan.
Lantas dia bangun lalu melipat sejadah tersebut dan kini dia menuju kesebelahku. Dia duduk diatas katil bersebelahan denganku. Tangannya melingkari tubuhku seraya berbisik "Sayang, are you okay?" soalnya. Jelas kedengaran nada suaranya agak risau dan prihatin.
"Okay." jawabku sepatah. Tanganku masih tidak berhenti memicit kepala yang terasa teramat pening. Hariez memandangku tidak percaya bahawa aku mengatakan tidak apa-apa.
"Betul ni?" tanyanya sekali lagi. Aku angguk, namun jelas wajahku menunjukkan kesemunya bahawa aku tidak baik-baik sahaja.
"Jangan tipu abang, abang..." aku kini memandang tepat ke arah wajahnya. Tubir air dimataku, lantas aku menyembamkan wajahku kedalam dada bidangnya.
"Pening..." jujurku. Hariez jelas kelihatan kerisauan. Dia kini memeluk tubuhku, tangannya pula mengelus lembut belakangku.
"Shhh," Hariez mengucup lembut dahiku. "I'm here, sayang..." Hariez mengeratkan pelukan itu.
Matahari kini hampir terbit. Cahaya matahari samar-samar menerangi bilik itu. "Tell me sayang, what wrong?" tanyanya, namun aku hanya menggelengkan kepala sahaja. Hariez mengeluh perlahan, perlahan dia manarik daguku dengan lembut. Kini kami saling bertentangan mata.
"Tell me." nada suara agak sedikit memaksa tetapi dalam masa yang sama ia terdengar lembut.
Aku mula bersuara. "Tiba-tiba kepala saya rasa sakit masa saya tengok awak solat tadi," ujarku perlahan. Hariez mengangkat sebelah kening, tak faham.
"Kenapa?" soalnya.
Aku menggeleng tanda tidak tahu. "Tak tahu, saya rasa macam ada satu memori yang pernah saya alami. Memori tu sama dengan apa yang terjadi sekarang,"
Hariez tersentak. "Apa yang jadi masa tu?" tanyanya ingin tahu.
"Tak tahu...semuanya samar-samar. Saya tak ingat semuannya..." kataku sekali lagi. Alu memandang anak matanya, aku perasa dia hanya mendiamkan diri saja selepas dia menanyakan soalan tersebut.
"Can't you remember anything?" aku menggeleng. Hariez mengeluh, tangannya kini mengusap lembut kepalaku. "One day you will remember." jelas aku kebingungan. Apa maksud dia?
"Maksud awak?" soalku ingin tahu. Kenapa dia tak nak bagitahu terus semuanya. Apa yang terjadi? Kenapa aku kena tahu sendiri? Susah sangat ke nak bagitahu aku terus?
"You will remember, sayang. Jom abang bawa sayang pergi sarapan dekat kafe kesukaan sayang, okay?" lantas aku angguk. Bab makan jangan ditolak!
"Hai? Tak pening dah ke?" usiknya. Melihat dia memandang ku begitu lantas aku berpura-pura pening kembali.
"Aduh sakitnya kepala... Mungkin ni punca tak dapat ciuman dari suami kut, sebab itulah sakit..." drama sakit ku di awal pagi. Morning sick ke ni? Haha!
"Mengada."
Kata Hariez sambil menjeling manja ke arahku. Lantas dia menarikku, lalu dia mencium dahiku berkali-kali tanpa henti. "Puas?" aku angguk. Lebih puas kalau lips to lips, hehe.
"Nak peluk cikit boyeh??" dah kenapa aku jadi gedik pula pagi-pagi macam ni? nak cakap kurang kasih sayang, cukup aje kasih sayang yang aku dapat. Eh? Biarlah! Ni suami aku, suka hati aku lah nak bermanja ke nak gedik ke! Tau lah kau single kan, Haha!
"Boyeh." Hariez memeluk tubuh dengan erat. Bau minyak yang ia gunakan semasa subuh tadi masih kuat baunya. "Dah pergi mandi," arahnya.
"Aye,aye, captain!"
Dengan pantas aku bangun dari dudukku. Tuala yang disangkut dibelakang pintu itu dicapai olehku.
"Tutup pintu tu rapat-rapat, kalau tak abang intai nanti!" usiknya.
"ABANG!!" teriakku menahan geram. Kalau sehari tak usik aku memang tak sah!.
Dapatku suara ketawanya. Haih...nasib baik sayang, kalau...memang mendapat penumbuk dari aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/355853865-288-k930071.jpg)
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...