07

61 9 0
                                    

"Em, kalau tak ada apa-apa Harraz masuk rumah dulu lah, bye along, bye Aurel" Harraz meminta izin untuk mempamit pergi seraya melambai tangan ke arah ku. Aku hanya melambaikan kembali dan tersenyum nipis. Huh...

Hariez memandangku dan aku memandang Hariez.

"Awak kenal dia ke?" soal Hariez dengan nada yang agak dingin.

Aku memandang Hariez seraya menggelengkan kepala. "Dah tu kenapa macam akrab je?" soalnya lagi. Ni dah kenapa? Tiba-tiba cemburu. Macamlah aku ni awek dia.

"Mana ada, dia tegur saya, saya layan lah!" kataku dengan nada sedikit marah.

"Oh maksudnya kalau ada orang gila tegur awak, awak layan juga lah? Faham..." katanya seraya melangkah pergi. What? Dah kenapa dengan dia ni? Tampar kang!

"Eh awak!" jerit ku. Hariez menoleh kebelakang seraya mengangkatkan sebelah keningnya.

"Awak nak pergi mana?" Hariez mengabaikan kata-kata ku lalu dia melangkah pergi tanpa menghiraukan ku. Dia marah ke?

Aku terus mengejarnya dari belakang. "Awak!" jeritan ku agak kuat sehingga ada mata-mata yang memandang ke arah kami. Mesti dia orang ingat aku ni curang dengan lelaki tu lepastu cuba nak kejar lelaki tu balik semata-mata nak explain kesilapan.

"Hm?"

"Awak kenapa?" soalku.

"Kenapa apa?" soalnya kembali.

"Kenapa awak marah saya?" dapat ku lihat pandangan Hariez yang agak seram. Pertama kali aku melihat dia segarang itu, tetapi...mengapa aku merasakan ini bukan kali pertama aku melihat pandangannya begitu tajam?

Kenapa aku rasa macam pernah berjumpa dengan dia dulu?

Kenapa aku rasa seperti kami pernah menjalinkan hubungan? Apa hubungan antara aku dan dia?

"I'm not mad at you" katanya dengan nada yang dingin.

"Then, why are you staying away from me?" dia tak marah aku tapi dia menjauh dari aku. Apa maksudnya?

"Aku cuma tak suka kau rapat dengan dia!" bentak dia kepada ku. Terkejut. Apa salahnya? Dia baik je, apa yang tak kena dengan dia ni?

"Kau nak tahu sebab apa? Sebab dia lah punca kau hilang ingatan, dia lah punca kita batal tunang. Kalau tak sebab dia, kita berdua dah halal tahu tak?! Sebab tu aku benci kau layan dia!" bentak Hariez dengan agak kuat. Dapat dilihat mata hariez bergenang dengan air mata.

Aku tersentak. Mulutku bagaikan terkunci. Aku kehabisan kata-kata. Pening. Ye, aku merasakan kepalaku berdenyut secara tiba-tiba. Sesuatu kenangan buruk bermain di fikiranku.

Entah kenapa aku merasakan badanku seperti sangat ringan, badanku terasa seperti melayang ke udara. Aku tak dapat menstabilkan diri terasa seperti badanku ingin tumbang.

"Aurel!" aku terdengar jeritan yang agak sayup. Badanku hilang kestabilan. Aku merasa ada yang menyambut badanku agar tidak rebah di atas tanah. Setelah itu, perlahan-lahan duniaku gelap.






"Aku bagitahu kau sekali lagi, kalau kau berani bawa tunang aku keluar jalan-jalan tanpa pengetahuan aku memang sakit kau aku kerjakan!" bentak Hariez dengan nada agresif.

"Well, dia tunang kau and tak lama lagi dia akan jadi kakak ipar aku. Salah ke aku bawa dia jalan-jalan?" tanya Harraz, adik kandung kepada Hariez.

"Salah ke? Memang salah lah, kau tak nampak ke? Disebabkan kau dia cedera tahu tak? Nasib baik luka dia tak besar. Kalau besar kau nak tanggungjawab ke, bodoh?!"

Satu tamparan hinggap di pipi Harraz. Pedih tak terkata. Harraz memegang pipinya yang teramat pedih itu.

"Eh, apa masalah kau?!" kini penumbuk Harraz pula melekat di pipi Hariez.

Aurel terkejut dan takut melihat aksi pergaduhan yang melibatkan fizikal seperti itu, dia bersembunyi di belakang puan Husna.

"Sudah jangan bergaduh, kau orang ni adik-beradik tak elok lah bergaduh! Hariez! Tak malu ke Aurel tengok kau macam ni? Harraz pun sama, dah tahu Aurel tu tunang orang jangan lah bawa dia jalan-jalan tanpa pengetahuan Hariez" sampuk puan Husna untuk meredakan suasana.

Hariez dan Harraz berhenti bertengkar. Mereka saling bertatapan dengan riak wajah benci.

Hariez menarik lengan Aurel lalu melangkah keluar dari rumah itu.

"Hariez!" jerit puan Husna.

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Aurel diam seketika manakala Hariez pulang memandu dengan sangat laju.

"Kenapa awak nak besarkan perkara kecil? Saya luka sikit je, tak mati pun!" marah Aurel namun Hariez tidak mendengar langsung apa yang dia katakan. Hariez memandu kereta semakin lama semakin laju.

"Awak!" tengking Aurel.

"Diam, Aurel."

"What?! apa awak cakap diam?" kemarahan Aurel kini membara. Kesabarannya telah hilang.

"Awak tahu tak, kalau awak fikir dulu sebelum buat benda ni tak akan jadi!" bentak Aurel. Kelihatan wajah Hariez sudah bengang disebelah Aurel urat-urat didahinya pun timbul.

"Rel, can you stop talking about this? Kita boleh slowtalk tak perlu nak bising-bising!" bicara Hariez dengan lagak tenangnya tetapi cuba menahan amarah.

Kenderaan dipandu semakin laju membuatkan jantung Aurel berdegup kencang akibat kelajuan yang melebihi 90km/h.

"Riez slow lah!" marah Aurel. Namun Hariez hanya mengabaikan apa yang Aurel katakan Aurel.

Tiba-tiba...

BANG!

Seraya itu Aurel terjaga dari pengsannya. Air mata mengalir secara tiba-tiba.

Aku membuka mata perlahan-lahan, terasa pening dikepala ku. Apa yang terjadi?

"Aurel?" aku terdengar suara seorang perempuan disebelahku. Aku menoleh dan melihat mama berada disebelahku.

"Mama? Apa dah jadi dengan Aurel?" soal ku. Air mata masih mengalir. Entah kenapa mataku tidak berhenti menangis.

"Aurel pengsan tadi, ni mesti Aurel tak sarapan pagi tadi kan? Haih... Nasib baik tak teruk. Terkejut mama tengok Aurel rebah tadi, nasib lah si Hariez tu tolong tau. Kalau tak tadi... Tak tahu lah" kata mama, tangannya perlahan lahan mengusap air mataku.

"Hariez? Mana dia ma?" tanyaku.

"Dia dah balik, dia cakap ada hal tadi" kata mama. Aku agak sedikit kecewa. Dia dah balik, aku tak sempat nak berterima kasih.

"Rel rehat lah dulu, okay" mama menarik selimut lalu menyelimut tubuhku. Satu ciuman hangat diberikan kepada ku oleh mama di dahiku.

Aku hanya angguk dan cuba untuk berehat, aku perlu sembuh sepenuhnya. Selepas aku sembuh aku akan tanya mama siapa sebernanya Tengku Hariez.

His Angel (HIATUS)Where stories live. Discover now