13

57 8 0
                                    

BUNYI televisyen yang kuat itu membuatkan Hariez tidak dapat menahan rasa amarahnya .

"Kau boleh slow kan sikit tak ? Aku nak tidur lah gila" marah Hariez . Bantal yang berada di tepinya diambil lalu diletakkan di kedua-dua belah telinga .

"Tak nok !!" balas Harraz , perangai degilnya tidak pernah berubah .

"Eh kau ni kang ! Baik kau slow kan sekarang sebelum penampar aku ni melekat kat pipi kau" tengking Hariez , jelingan tajam diberikan kepada Harraz .

Sebenci-bencinya Hariez terhadap Harraz , percaya lah Hariez akan takut kehilangan adiknya . Itu lah ciri abang yang sebernanya . Dan , senakal-nakalnya Harraz terhadap Hariez , dia mesti tidak mahu melihat abangnya tertekan kerana tingkah lakunya yang nakal . Itu lah peranan seorang adik .

Ceh tiba-tiba pula nak berhujah .

"Harraz slow lah sikit aku nak tido lah !"  jerit Hariez . Alat kawalan jauh itu dirampas oleh Hariez lalu kelantangan televisyen itu diperlahan sedikit .

"Ish , aku tak dengar lah !" marah Harraz , positive thinking aje lah , mungkin dia pekak . Kita tak tahu .

"Eh kau ni pekak ke nak bukak kuat-kuat ?" kepala Harraz ditonyoh perlahan .

Tiba-tiba puan Husnah muncul di ruang tamu dengan berpakaian telekung putih sambil memegang tasbih .

"Kau orang berdua ni , tak malu ke dengan jiran-jiran kita ? Pagi-pagi buta dah memekak . Cuba lah pagi-pagi tu lepas solat subuh tu ambil Al-Quran baca , lepas tu buat lah Dhuha ke Hajat ke dapat lah pahala ini tidak , pagi-pagi dah bergaduh . Tak tahu lah nak nasihat apa lagi" bebel puan Husnah .

"Hari ini kau berdua jangan keluar rumah , tolong mak buat kerja rumah . Faham ?" sambung puan Husnah . Setelah itu puan Husnah terus melangkah masuk ke dalam biliknya semula .

Telekung dan sejadah dilipat rapi lalu disimpan kembali ke dalam almari . Tasbih juga diletakkan kembali ke tempat asalnya .

Puan Husnah kembali semula ke ruang tamu sambil tersenyum misteri . Hariez dan Harraz sudah tahu apa yang akan terjadi , pasti ada ada sesuatu yang ibunya ada suruh lakukan .

''Hari ini kau orang tolong mak kemas rumah , jangan ada yang cuba-cuba nak keluar .''  kata puan Husnah seraya memberi amaran .

''Ala... Tapi hari ini Harraz dah janji nak lepak dengan Syapik'' kata Harraz dengan nada yang sangat manja . Hariez merasa kegelian di situ apabila melihat gelagat adiknya yang amat manja itu.

Tetapi satu soalan yang bermain di fikiran Hariez , siapa Syapik ?

''Siapa Syapik ? Bukan selama ni kau berkawan dengan yang selalu panjat pokok tu ke tak pun yang suka jelir lidah minta makanan tu , betul tak'' usik Hariez sambil ketawa kecil . Puas hati melihat muka adiknya yang cemberut itu , ingat comel lah tu .

Yang selalu panjat pokok dan jelir lidah yang dimaksudkan oleh Hariez itu adalah monyet dan anjing .

"Tu lah kau asyik keluar lepak dengan Aurel je sampai Syapik pun kau tak kenal" usik Harraz . Kelihatan telinga Hariez mula memerah malu .

Pantang betul apabila disebut nama gadis pujaan hatinya , cey pujaan hatinya konon , puihh !

"Syapik tu lembut pakcik Samad . Dia lah selalu jadi member aku , kalau nak harapkan kau , hmp hampeih . Setiap hari tak habis-habis dengan Aurel . Makan tengok gambar Aurel , tidur tengok gambar Aurel semuanya Aurel . Senang cerita kau kahwin aje lah dengan Aurel tu , dapat lah aku kakak ipar" kata Harraz dengan selamba .

Hariez yang mendengar kata Harraz terus tersenyum lebar seraya memandang ibunya . "Boleh ke mak ?" tanya Hariez sambil memandang wajah ibunya .

"Boleh apa ?" soal puan Husnah dengan wajah hairan .

"Boleh ke Hariez nak kahwin dengan Aurel ?" tanya Hariez dengan riak wajah teruja . Haih.. pasal nak halalkan anak dara orang memang nombor satu tapi diri sendiri tu malas nak jaga .

Ni kalau ada isteri ni... Haih tak tahu lah macam mana masa depan isteri dia .

"Mak restu je , cuma Riez kena tanya pihak Aurel lah... Sebab bukan apa , kalau Riez nak sangat kahwin dengan Aurel , riez kena minta restu ayah dia dulu... Ayah dia tu asyik kerja je so riez kena cari masa yang sesuai untuk ajak bincang dengan ayah dia"

Sejurus itu Hariez terus tersenyum lebar apabila mendapat restu daripada ibunya . Apa yang dia harapkan sekarang adalah ibu dan ayah Aurel dapat memberikan restu juga kepadanya .

"Eh Ya Allah mak lupa , mak nak suruh kau orang cuci jamban . Duk berborak lama-lama sampai lupa nak suruh apa tadi . Dah sekarang kau berdua bangun pergi cuci jamban tu . Sekarang !" arah puan Husnah . Setelah itu puan Husnah menuju masuk ke dapur untuk masak makanan tengah hari .

"Kau lah ni Raz , lain kali borak panjang sikit . Ingat kan dah lepas tadi" bisik Hariez kepada Harraz yang berada di sebelahnya .

"Dah lah jom buat , cepat siap boleh aku gi lepak dengan Syapik . Sian dia dah tunggu aku" Harraz terus melangkah masuk kedalam tandas .

"Biul ke adik aku ni ? Punya lah ramai  manusia kat muka bumi ni lembu jugak dia ajak lepak" gumam Hariez . Setelah itu dia juga melangkah masuk ke dalam tandas .

Seluar yang agak panjang itu disingkatkan sedikit agar tidak terkena air . "Eee Raz kaki kau berbulu..." kata Hariez dengan nada yang mengusik seraya menunjuk jari telunjuk nya ke arah kaki Harraz .

"Eleh , macam lah kaki kau tak berbulu" balas Harraz . Bulu pun bulu lah...

"Kita cuci lantai dulu lah" kata Harraz . Tangan nya mula mencapai baldi yang berwarna hitam terletak di sebelahnya .

Air diisi kedalam baldi itu sehingga penuh . Hariez mengambil sabun cuci lantai lalu menuangkan sedikit kedalam baldi tersebut .

"Haih... Sikit sangat tu , meh sini aku tuangkan" Harraz mengambil botol sabun itu dari tangan Hariz , tanpa dia sedari penutup botol itu terlalu longgar . Apabila Harraz menuangkan cecair sabun itu kedalam baldi , penutup botol itu terbuka dan kesemua cecair sabun itu melimpah kedalam baldi .

"Alamak !!" teriak perlahan mereka berdua . Terbeliak biji mata Hariez apabila melihat botol sabun itu telah kosong . Mampus mak membebel .

Harraz tersenyum senget sambil menunjukkan jari pis seraya memandang abangnya . Hariez memandang Harraz dengan padangan yang pasrah .

"Ni semua salah kau ."

"Eh aku pulak ! Gigit ontot kau karang baru tahu . Sampai hati you tuduh I , hmp ! I nak merajuk" Harraz sengaja menafikan kata-kata Hariez . Tangan menyilang ke dada bibirnya sengaja dimuncungkan .

"Aku bagitau mak" ugut Hariez dengan senyuman sinis .

"Eh jangan lah... Ye lah aku yang salah , jangan lah bagitahu mak . Ah ! Aku janji nanti aku belanja kau McD" pujuk Harraz . Bagi Harraz ibunya adalah raksasa . Kerana apabila puan Husnah telah marah harimau pun boleh terdiam , perghhh seram-sejuk dibuatnya .

"Boikot ."

"H&M ?" tanya Harraz .

"Ok aku tak bagitahu mak , tapi kalau mak tanya macam mana ?" Hariez pula bersoal .

"Ala kita cakap je lah cuci lantai , cuci dinding , cuci lubang tandas , cuci cermin , ha.. kan banyak kena pakai sabun mesti mak faham punya" jawab Harraz .

Hariez hanya angguk sambil memikirkan benar kata-kata Harraz . Hariez pun bersetuju .

Mereka berdua sambung melakukan kerja mereka bersama-sama sehinggalah selesai

Haih.. senang cerita dua-dua biul .

His Angel (HIATUS)Where stories live. Discover now