KERETA berjenama Audi dipandu laju oleh Hariez. Radio dibuka dengan sedikit kuat untuk menghilangkan rasa sunyi. DJ Gasolina kedengaran rancak dengan kelajuan kereta yang sedikit laju.
"Guess where I want to take you?" Hariez bersuara setelah lama mendiamkan diri.
Aku menoleh sedikit, wajah tampan dengan rahangnya yang sedikit tajam itu ditatap olehku. Tambah pula dengan misai keli nya yang sedikit nipis itu, fuh... Memang on top!
"Umm...tak tahu. Abang nak bawa saya pergi mana?" tanyaku. Kini badanku pula menoleh ketepi untuk melihatnya dengan lebih jelas.
"Cubalah teka," kata Hariez dengan nada yang agak menggoda.
"Umm...pergi...pasaraya?" teka ku.
Hariez menggeleng kepala.
"Makan?"
Geleng lagi.
"Pergi kedai bunga?"
Dan lagi dia menggeleng.
"Tak tahu lah... Aurel kalah, now tell me, abang nak bawa Aurel pergi mana?" kini aku menyerah. Semua salah. Ye lah, lelaki aje selalu betul.
"Adalah."
Ni aku nak marah ni. Tadi suruh teka. Bila dah teka semuanya salah, lepas itu bila tanya, dia jawab 'adalah' aje?
Setengah jam kemudian, kami berdua sampai ditempat yang dituju. Kelihatan seperti rumah. Rumah agam. Dari luar memang nampak sangat luas, tambah pula dengan pokok-pokok bunga yang ditanam di sekeliling rumah.
Rumah ini nampak sangat mewah tapi, tiada sesiapa yang tinggal disini. Siapa pemilik rumah ini?
"Ni...rumah siapa?" soalku. Mataku tidak lekang memandang rumah agam yang luas, besar dan mewah itu. Kebiasaannya keluarga sultan aje yang tinggal disini.
"Rumah suami Aurel Naura." jawab Hariez dengan selamba seraya mematikan enjin kereta. "Dah, jom keluar. Kita tengok bahagian dalam pula, mesti sayang tak sabarkan? Shh..shh..., Tak payah cakap, dari riak muka sayang pun abang dah tahu yang sayang memang tak sabar,"
Hariez melangkah keluar dari perut kereta. Dengan langkah yang cepat dia menuju ke pintu kereta sebelah kiri. Tangannya kini memaut pemegang pintu kereta, lalu dia membukakan pintu kereta untukku.
Kini, aku mula melangkah keluar dari perut kereta. Dapatku rasakan Hariez kini memegang erat tanganku.
"Ada hantu tak?" tanyaku. Biasanya dalam filem, rumah agam macam ini ada hantu pontianak. Atau jangan-jangan Hariez adalah...
"Tak adanya. Tak payah nak mengarut. Tu lah, banyak sangat tengok cerita hantu, ni lah jadinya," kata Hariez seraya mencuit hidungku yang sedikit pesek.
"Aw..." aku menggosok hidung ku yang baru saja dicuit. Nasib tak tercabut, hehe.
Kami berdua mula melangkah masuk kedalam rumah agam itu. Pintu yang dikunci itu dibuka oleh Hariez. Tombol pintu dipulas lalu pintu itu terbuka.
Hariez kini mula melangkah masuk terlebih dahulu, lalu dia berhenti seketika dan memandangku yang masih berdiri seperti patung didepan pintu. "Tak ada hantu, sayangku, cintaku, pretty ku, baby ku, semuanya ku"
Aku terus berjalan dengan sedikit laju, tanganku dengan pantas memaut lengan kekar Hariez.
Aku melilau kesetiap sudut rumah. Tak macam rumah hantu pun. Macam rumah orang kaya, mewah.
"Ni...rumah abang ke?" soalku. Aku kini menoleh badanku menghadapnya. Kami mula bertentangan mata.
"Lebih kepada ye lah, sebab ni peninggalan arwah ayah saya. Sekarang ini jadi milik saya dan Harraz sepenuhnya," katanya. Tangan kanannya tidak lekang mengusap pipiku yang sedikit tembam ini.
Bahang mula terasa dipipi ku. "Pekat lah pula blusher sayang" usiknya, setelah itu dia menghamburkan ketawa.
Aku merengus. Aku menoleh kearah lain dan mula menuju ke tempat yang lain. Nak merajuk.
"Hati-hati, ada hantu dekat belakang tu," usiknya lagi.
Langkahku terhenti. Bulu roma ku mula tegak. Ada satu aje cara, patah balik. Aku menoleh kebelakang dan mematah semula kearah Hariez. Dapat kulihat Hariez melepaskan ketawa besarnya.
"Abang!!!" marahku.
Tiba-tiba aku tersentak. Pipi kiriku dikucup lembut oleh Hariez. Nafas hangatnya terasa dipipiku.
Hariez melepaskan kucupan lalu dia mengucup pipi kanan ku pula. Kali ini kucupannya agak lama.
"Abang nak bagitahu sesuatu ni," kata Hariez setelah lama mengucup pipiku. Aku hanya mengangkat sebelah keningku sahaja.
Hariez mendekatkan mukanya ke telingaku. "Abang nak anak..." setelah itu aku merasa tangan kekarnya melingkar di pinggang ramping milikku.
"A-anak?" tergagap-gagap aku menanya. Hariez tersenyum.
"Never mind. Yang itu kita buat malam nanti. Jom abang tunjukkan setiap sudut rumah ini," kata Hariez. Dengan pantas, dia memaut tanganku dengan erat.
Aku melilau kesemua tempat dan tiba-tiba mataku tertancap pada satu bingkai gambar diatas sebuah rak.
Gambar itu seperti menunjukkan sebuah keluarga yang bahagia tapi...kenapa Hariez nampak sedih?
"Sayang tengok apa?" tegur Hariez dari belakang. Tangan kanannya diletakkan dibahuku.
"Um...tengok gambar ni. Ni awakkan? Kenapa awak nampak sedih?" soalku. Aku menunding jari ke bingkai gambar dihapan kami itu.
"Sedih?" soalnya.
Aku hanya angguk. Jelas lagikan bersuluh bahawa sebenarnya dia nampak sedih didalam gambar itu.
"Abang tak sedih lah, sayang. Masa itu abang demam. Jadi, abang tak berapa nak larat bukannya abang sedih" terang Hariez dengan jujur. Aku angguk tanda faham.
Lalu aku melihat gambar seterusnya pula. Aku melihat gambar seorang kanak-kanak lelaki yang anggaran umurnya 2 ke 3 tahun. Kanak-kanak lelaki itu mengikat rambutnya diatas kepala.
Wajahnya seperti...Harraz.
"Ni mesti Harraz kan, abang? Comelnya dia" soalku dengan polos. Gambar itu ditenung lama.
Hariez ketawa kecil. Lalu dia mengusap kepalaku dengan lembut. "Memang dia comel pun. Kalau sayang nak tahu, Harraz dia ikut muka ayah abang. Cuma hidung aje dia ikut ibu. Sebab itulah hidung dia nampak mancung,"
"Ayah abang mesti kacak, kan? Sebab itulah abang dengan Harraz kacak," kataku sambil tersenyum. Mataku tidak lekang memandang gambar-gambar di rak itu dengan teliti.
Hariez tersenyum tawar. "Entahlah, sayang... Abang pun dah tak berapa ingat muka ayah abang. Lama dah dia tinggalkan abang, Harraz dengan ibu..." Mendengar itu, aku lantas menoleh ke arahnya.
Sebak mula terasa. "Ayah...abang sakit apa?" soalku dengan berhati-hati. Takut pula jika soalan yang aku lontarkan ini sangat sensitif baginya.
"Ayah abang dari kecil menghidap kanser paru-paru. Tapi alhamdulillah dia boleh tengok abang dengan Harraz lahir walaupun...sekejap..." katanya. Jelas wajahnya sedang menahan sebak.
Dengan pantas aku terus memeluk tubuh Hariez. Hariez tergamam. "Sayang...?"
"Shhh... Sekarang abang tak perlu sedih. Abang ada Aurel. Aurel akan selalu ada dengan abang. Aurel sayang abang sangat-sangat. Nak kiss,"
Hariez membalas pelukan ku. "Oh, sayang... Promise you won't leave me again okay?" Aku angguk.
"Janji!" kataku sambil memeluk tubuhnya. Hariez perlahan-lahan mengucup ubun-ubun dikepalaku.
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...