"Abang janji kan?" soalku dengan suara yang diimutkan sedikit. Sengaja mahu bermanja dengan suami. Salah ke?
"Ye sayang, abang janji. Abang tak pergi lama pun. Tiga hari aje" kata Hariez seraya mengusap kepalaku. Ish! Habis rusak tudung aku!
Jadi ceritanya, Hariez terpaksa pergi ke negeri Kedah selama tiga hari dua malam untuk menjalani sebuah kempen. Tak tahu lah kempen apa, tapi kempen lah.
Aku terpaksa ditinggalkan dirumah ibu mentuaku. Sebenarnya, aku boleh saja tinggal sendiri di rumah agam milik Hariez itu, tetapi Hariez kata bahaya. Oleh kerana aku seorang saja perempuan yang tinggal dirumah besar itu, Hariez menghantarku ke rumah ibunya.
"Sayang jangan nakal-nakal tau! Kalau abang dapat tahu sayang nakal, abang gigit-gigit sayang,"usik Hariez sambil mencubit kedua belah pipiku. "Dah, salam cepat abang nak kena gerak dah ni,"
Lantas aku menyalami tangan kekar milik Hariez. Dia pergi dapur pun aku dah rindu, inikan pula pergi Kedah? Aku nak bermanja dengan siapa nanti?
Mataku kini bergenang dengan air mata. Rasa sebak pula. Dramatik betul! Bukannya dia pergi pindah alam pun!
Hariez yang melihat aku mataku mengalir langsung memeluk ku. "Hei, tak mahu lah menangis... Abang pergi sekejap aje. Nanti abang balik sini semula," pujuk Hariez seraya mengusap air mataku yang mengalir deras.
"K-kalau a-abang jumpa perempuan lain dekat sana macam mana? Lepas itu abang lupakan Aurel..." tergagap-gagap aku bicara. Air mata masih belum berhenti mengalir.
"Ish sayang ni terlalu fikir benda yang negetif tahu tak? Tak ada masanya abang nak pandang perempuan lain. Cuba sayang bagitahu abang, kenapa abang perlu pandang perempuan lain sedangkan abang dah ada isteri yang cantik macam bidadari dari syurga ni? Tell me."
Bahang mula terasa dipipiku. Orang baru nak ber-drama air mata di pula pergi cakap ayat manis. Tak jadi lah nak menangis!
"Ish ye lah!" kataku seraya memuncung bibir. Tiba-tiba aku merasa seperti ada sesuatu yang lembut melekat dibibirku. Aku membuka mata dah melihat Hareiz sedang mengucup bibirku dengan lembut. Tak lama kemudian, Hariez melepaskan kucupan.
"Abang pergi dulu, ok?"
Mataku bergenang dengan air mata kembali.
"Ok..." kataku walau tak rela membiarkan dia pergi. Nak ikut!!!
Aku melihat Hariez masuk kedalam perut kereta. Pintu kereta ditutp lalu enjin kereta dihidupkan. Hariez membuka tingkap kereta lalu melambai tangan kearah ku. "Bye! Abang nak cari bini baru!!!" jeritnya. Kereta itu mula bergerak dipandu oleh Hariez.
"Tak guna."
"Hariez dah pergi, jadi bolehlah aku melepak dengan kau kan?" satu suara yang tidak asing muncul dari belakangku. Siapa lagi kalau bukan Harraz.
"Tak ada mood nak melepak." kataku dengan nada dingin. Dengan pantas aku melangkah masuk ke dalam rumah. Sofa ditepi pintu menjadi pilihanku. Aku mula melabuhkan punggung diatas sofa tersebut. Rindu lah pula...
Aku melihat Harraz menghampiri ku lalu mengambil tempat dihadapanku. Harraz mula membuka bicara. Um... Wel Rel, kau dah buat ke dengan abang aku?" soal Harraz.
Aku mengangkat sebelah keningku. "Buat apa?" soalku. Bingung.
"Buat anak lah. Kau orang dah kut berkahwin. Takkan tak buat-buat lagi," jawab Harraz dengan selamba. Merah padam muka Aurel. Hariez pernah mengajak ku membuat, tapi aku menolak atas alasan belum bersedia.
"Sebuk lah kau." kataku seraya mengalihkan pandangan darinya.
"Ala, aku tanya je. Bukan apa, aku dah sabar nak ada anak buah," kata Harraz membuatkan aku terdian seketika.
Aku pun teringin ada anak tapi, aku takut nak buat. Aku belum berani lagi...
"Aku tahu apa yang ada dalam fikiran kau. Mesti kau belum berdia lagikan? Tak apa aku faham. Kalau difikirkan semula, masih terlalu awal untuk ada zuriat. Tapi kalau boleh sebelum aku kahwin aku nak pegang anak buah dulu lah." bicara Harraz.
Kahwin?
"Jap, jap! Apa maksud kau kahwin? Kau nak kahwin ke?" soalku dengan wajah kebingungan.
Terhambur ketawa Harraz apabila melihat wajahku yang kebingungang. "Kalau ada jodoh, aku kahwin lah. Aku tak nak berharap lebih sebab calon pun tak jumpa lagi," kata Harraz seraya menggaru lehernya yang tidak gatal.
"Ye ke? Aku harap kau cepat-cepat dapat calon lah. Aku tak sabar nak makan nasi minyak ni" usikku. Dapatku lihat telinga Harraz memerah akibat menahan malu. "Eleh malu lah tu" sambungku dengan mengusiknya.
"DIAM!!!"
Teriak Harraz seraya menahan malunya. Air botol mineral di atas meja berhadapan dengannya dicapai dengan pantas oleh Harraz. Kelihatan dia sedang berpura-pura minum air tersebut.
Aku mendapat idea untuk mengusiknya lagi. "Kau nak tahu tak, aku tak sabar gila nak tengok kau naik pelamin dengan bakal isteri kau nanti. Mesti kau nampak segak lepas itu isteri kau cantik gila! Lepas itu, suatu hari nanti kau orang ada anak, mesti rupa anak kau macam kau kan? Ye lah kau kan kacak," usikku. Rasakan. Selalunya dia usik aku kan, sekarang aku pula usik dia.
"Dah, dah la tu, Aurel. Tak payah cakap pasal kahwin dekat si Harraz ni. Silap-silap umur tujuh puluh baru dia kahwin," sampuk seorang wanita tua, ibu mentuaku.
Aku mula mengalihkan pandanganku menghadap ibu mentuaku. Aku melihat ibu membawa semangkuk bekas berisikan kuih karipap dan satu lagi bekas berisikan kuih cucur udang. Lantas aku berdiri untuk menolong ibu mentuaku menghidangkan kuih-muih tersebut.
"Banyaknya ibu buat kuih. Kenapa tak panggil Aurel? Boleh Aurel tolong," kataku. Masih tidak lekang aku menolong ibu menyusun mangkuk-mangkuk diatas meja.
"Ala, tak apa bukan susah pun. Lagipun ini bukan ibu buat, ini jiran sebelah yang bagi pagi tadi sebelum Rel datang," kata Puan Husna seraya melabuhkan punggung disebelah Harraz.
"Tadi ibu dengar Rel cakap pasal kahwin, betul ke si Harraz nak kahwin?" kata Puan Husna sambil menyuapkan setengah potong karipap kedalam mulutnya.
Aurel ingin mengusik Harraz lagi. "Haah, dia cakap dekat Aurel tadi dia nak kahwin dalam masa terdekat. Dia cakap dia dah jumpa calon, tapi dia takut nak bawa jumpa ibu lagi," usikku.
"Betul ke Raz?" soal Puan Husna.
Harraz berdehem. "Mungkin? Besok Raz nak pergi cari jodoh. Doa-doa lah jumpa," jujur Harraz sambil memandangku dengan sinis.
Dia betul-betul ke ni? Aku main-main aje.
"Dan ye, dalam masa terdekat Raz nak kahwin."
Air teh yang diminum olehku tersembur keluar dari mulutku. Tersedak kau dibuatnya.
"Oh satu lagi ibu, Aurel cakap dekat Raz tadi, mungkin dua atau tiga minggu lagi dia nak mengandung," kata Harraz lagi. Wah, dia ni dah melebih-lebih!
"Betul ke Rel? Alhamdullilah, tak sabar ibu nak pegang gendong cucu,"
Lalu terhemburlah ketawa Harraz ketika dapat mengusikku.
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...