DERING telefon bimbit milik Hariez tiba-tiba saja berbunyi. Jelas terpampang nama Harraz dan foto profilnya yang pelik. "Kejap ye sayang, abang angkat call jap. Harraz call" kata Hariez.
Aku hanya angguk dan membiarkan Hariez mengangkat panggilan itu. Mungkin Harraz nak bagitahu sesuatu yang penting?
"Hello, assalamualaikum?" ucap Hariez diawal panggilan. Apa budak ni nak? Kacau orang nak honeymoon aje!
"HELLO! RIEZ!!!" jerit Harraz didalam talian.
"Ya Allah Harraz, aku belum pekak lagi lah! Kau nak apa?" Tanya Hariez. Geram pula rasa, dengan tak ada salam nya...
"Abangku! Nanti jangan lupa belikan buah tangan untuk adik mu!!!" sejurus itu panggilan telefon itu terus dimatikan oleh Harraz dengan pantas. Belum sempat Hariez menjawab bunyi panggilan telah dimatikan.
"Tak guna punya."
Hariez melangkah menuju ke arah ku. "Siapa telefon awak?" tanyaku. Risau pula kalau-kalau betina yang menelefon dia.
"Harraz, dia suruh abang beli buah tangan untuk dia..." kata Hariez. Senyuman nipis terukir diwajahnya.
"Ohhh... Ha apa kata, kita belikan dia baju?" cadangku. Sebagai kakak ipar yang baik, aku akan hadiahkan dia baju kemeja. Biar dia pakai, nampak yang kacak sikit. Baru awek terpikat.
"Baju?" soal Hariez, sebelah keningnya terangkat.
Aku angguk. "Ye lah, baju. Harraz kan miskin baju" kataku selamba.
Tergelak Hariez. Memang benar, Harraz memang miskin baju. Kalau boleh baju yang sama aje dia pakai. "Ok, jom. Kita beli baju Batman untuk dia." kata Hariez seraya melepaskan ketawa kecil.
"Ala...Batman buat apa? Beli lah baju lembu!" bantahku.
"Kenapa pula?" tanya Hariez. Ala dia ni buat-buat lupa pula.
"Harraz kan best friend forever Syapik, jadi kita belikan lah dia baju lembu. Nanti boleh lah dia matching-matching dengan Syapik!"
Terhambur ketawa Hariez mendengar ayat polos itu keluar dari mulut isteri kesayangannya.
"Okay sayang okay. Nanti kita pergi beli ye, sayang? Now let's go eat first" kata Hariez seraya tangannya lincah mencuit kedua belah pipiku. Geram!
Aku kini memeluk lengan Hariez dengan erat, risau betul dia hilang. Langkah kami kini menuju ke sebuah restoran berdekatan.
"Abang, rel nak makan nasi goreng Pattaya..." kataku sambil mendongak sedikit keatas untuk melihat wajahnya. Maklumat kitonyo pendek. Aip! Mana ada kita pendek, dia yang terlebih tinggi!
"ok, my short" katanya. Nak puji ke nak ejek ni? Tak apalah, my short pun my short lah, yang penting perut aku kenyang.
Gigih mencari restoran akhirnya kami tiba disebuah restoran yang bernama Daddy's Chef di Pulau Pangkor. Untuk pengetahuan awak semua, saya dan suami kesayangan saya berbulan madu di Pulau Pangkor.
"Abang, kenapa restoran ni nama dia Daddy's Chef? Handsome tak daddy tu?" tanyaku. Soalan yang tidak seharusnya ditanyakan.
"Kalau sayang nak cari gaduh, jangan dekat sini. Kita gaduh atas katil nanti ye. Nanti daripada kita berdua kang sembilan bulan lagi jadi bertiga pula. Jangan main-main." katanya, serius. aloh gurau sikit pun tak boleh.
"Dah jom, abang lapar," katanya seraya menarik tanganku masuk kedalam restoran itu.
Ramai. Sangat ramai. Disebabkan musim cuti jadi memang ramai yang datang disini.
Restoran Daddy's Chef merupakan restoran yang berhadapan dengan pantai. Mempunyai tempat duduk di luar, maksudnya sambil kita makan kita juga boleh menikmati pandangan lautan.
Ada juga hidangan Koktel yang yang hebat serta menyajikan juga hidangan vegetarian. Restoran ini terletak di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak.
"Abang, kita ambil tempat duduk di luar lah. Boleh kita tengok laut," kataku. Hariez tidak membantah. Dia hanya angguk tanda setuju.
Tempat yang kosong berhadapan betul-betul dengan pantai itu menjadi pilihan kami. Seronok dapat dengar bunyi ombak. Tenang aje rasa...
Seorang pelayan menghampiri kami untuk mengambil pesanan. "Ha, abang nak minum ayor apa?" tanya pelayan itu. Pen dan kertas sudah bersedia ditangannya.
"Ayor?" tanyaku. ayor tu apa? Sejenis ikan ke? Tak pernah dengan pun?
"Ayor tu maksudnya air, sayang," terang Hariez. Tangannya kini mula mengusap kepalanya.
"Um...nak air asam boi ada?" pelayan itu angguk lalu mencatat keatas kertas itu.
"Jus tembikai satu," kata Hariez pula.
"Makan?"
"Bagi nasi goreng Pattaya dua," kata Hariez. Orang nak nask goreng Pattaya dia pun nasi goreng Pattaya juga.
"Itu saja ye?" Hariez angguk dan pelayan itupun melangkah pergi.
"Abang, sementara tunggu makanan sampai jom kita main satu permainan nak?" tanyaku. Riak teruja terpampang diwajah ku.
"Permainan apa?" tanya Hariez pula. Dahi licinya kini berkerut manakala keningnya terangkat sebelah.
"Kita main Truth or Dare," balasku. "Aurel mula dulu. Aurel pilih Truth!"
"Truth... Sayang pernah kutuk belakang abang tak?" soalnya, senyuman sinis ditayang. Terdiam aku seketika.
"Tak pernah," bohongku.
"Ngelat (Tipu). Tipu suami dosa tau, sayang..." sakatnya. Sememangnya dia ingin tahu apa yang Aurel selalu mengutuknya.
"Ye lah, Aurel pernah kutuk belakang abang," jujurku. Dia dah mula nak main dosa pula ye...tunggu nanti.
"Sebutkan."
Dia suruh aku sebutkan? Kalau panas telinga jangan salahkan aku. "Pertama, saya kutuk masa abang tidur berdengkur. Kedua, saya kutuk masa abang tengah mandi. Ketiga, saya kutuk masa abang tengah memandu. Keempat, saya kutuk masa abang tengah tengok TV. Sudah" ujarku.
"Sebenarnya banyak lagi, kan? Tapi sayang tak nak sebut" usik Hariez. Nanti bila aku sebut semua kang takut naik hantu aje.
"Okay, abang pula. Truth or Dare?"
"Truth."
"Abang pernah usya perempuan seksi tak?" kali ini biar aku pula yang balas. Terdiam Hariez.
Dia berdehem lagi berkata "tak." dengan selambanya.
"Tipu!!! Mesti abang pernah!" bengangku. Kita tipu tak boleh, dia tipu boleh pula!
"Dulu je, sekarang dah tak!" jujurnya. Jadi...maksudnya dia pernah lah? Oh, macam tu ye...
"Ok."
Hariez kini tahu aku cemburu. Hilang pula rasa nak makan. Aih, kenapa depan aku ni rasa bahang semacam eh? Ada manusia batu api ke?
"Eleh, cemburu lah tu. Gigit kang," guraunya.
"Diam lah." balasku dengan nada yang agak dingin. Nak jadi cewek kul sekejap.
"Kenapa sayang perlu cemburu? Abang dah kahwin dengan sayang, jadi abang tak perlu nak tengok perempuan seksi lagi dah. Malam-malam abang dah boleh tengok sayang seksi. Kenapa abang perlu tengok orang lain?"
Tergamam aku seketika. Sejurus itu, makanan telah pun sampai. Lebih baik aku makan daripada aku layan perangai pervert dia tu.
"Alololo, isteri abang ni, majok pun comel. Malam ni nak main tak?" usiknya.
"Abang!" marahku. Setelah itu aku menyuap nasi goreng itu kedalam mulut. Pecah ketawa Hariez dibuatnya.
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...