30

62 5 0
                                    

TELEFON bimbit milik Harraz berdering dengan begitu kuat. Terpampang nama Abella di layar telefonnya. Dengan malas, Harraz menyahut panggilan telefon daripada Abella. 

"HARRAZ!!!" teriak Abella diawal panggilan. 

Harraz menjauhkan telefon bimbit miliknya daripada telinga. Bingit terasa. Kemain kuat minah ini menjerit. 

"Tak payah menjerit. Kau nak apa?" malas-malas Harraz menjawab. Pagi-pagi buta orang nak tidur dia pula pergi telefon. Menggangu kententeraman orang aje! 

"Oh, sorry. Aku nak ajak kau pergi kedai makanan yang baru buka tu. Jom lah kita pergi sama-sama!" ajak Abella dengan harapan Harraz mahu pergi bersamanya. Dia malu meluangkan masa dengan Harraz. Dia ,ahu menebus kesemua kesalahan yang dia telah lakukan kepada Harraz dulu. 

"Malas." jawab Harraz sepatah. 

Hancur luluh hati Abella mendengar jawapan yang ringkas, padat dan menyakitkan. Namun dia tidak akan berputus asa dengan mudah. "Ala... Boleh lah Harraz. Hari ini aje..." rengek Abella didalam panggilan.

 Terukir senyuman diwajah Harraz apabila mendengar rengekan dari Abella. Comel. Macam budak-budak yang nak beli mainan tapi mak tak kasi.

"Aku cakap, MALAS!" teriak Harraz diakhir ayat. Tetapi disebaliknya dia mahu pergi bersama Abella. Sengaja dia mahu mengusik Abella untuk melihat reaksi gadis yang agak ganas dan nakal ini. 

"FINE." 

Harraz melepaskan ketawa kecil. "Ye lah. Tunggu sekejap, nanti aku pergi ambil kau," kata Harraz lalu dia mematikan panggilan telefon itu tanpa menunggu reaksi Abella. Sudah dia tahu, Abella akan menjerit teruja dan bertanya berkali-kali. 

Harraz bangun dari baringnya. Selimut ditolak ketepi lalu Harraz menuju ke bilik mandi. 

Pili air dibuka sedikit. Setelah itu Harraz mencuci mukanya dengan pencuci muka berjenama Kahf.

Habis mencuci, Harraz mencapai berus giginya. Berus itu dibasahkan sedikit lalu diletakkan sedikit ubat gigi diatas berus tersebut.

Harraz mula memberus giginya. Sambil dia memberus dia teringat memori semalam. Memori dimana dia menghantar Abella pulang kerumah.

Harraz mula senyum-senyum sendirian.

Flashback:

"Betul ke kau nak hantar aku balik?" soal Abella sambil mengikut langkah Harraz dari belakang. Laju betul dia berjalan.

Harraz hanya berjalan tanpa menjawab soalan Abella. Malas nak layan. Asyik tanya banyak kali ni rimas juga lah.

Abella berhenti berjalan. Dia merengus kasar lalu menyilang tangan dia ke dada. Marah. Marah sebab Harraz palau. Marah sebab Harraz jalan laju sangat lepas itu tinggal dia dekat belakang.

Harraz mengukir senyuman kecil. Apabila dia menyedari Abella memandang ke arahnya, dia langsung membuang senyuman. Wajahnya beriak dingin kembali.

"Jalan."

"Tak nak!"

"Jalan!"

"TAK NAK!!!"

"Eh kau ni, mengada sangat dah kenapa? Tak nak jalan sudah. Aku tinggal kau dekat sini." rungut Harraz.

Abella merengus lagi. Lalu dia melangkah dengan laju. Macam budak-budak tengah marah. Sudahlah pendek. "Cepatlah!" marah Abella. Tadi dia yang lambat ni nak marah orang pula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His Angel (HIATUS)Where stories live. Discover now