CAWAN yang berisi air kopi diletakkan diatas meja. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan suaminya. Kepalanya dilentokkan dibahu Zafiq dengan sengihan gatalnya.
"Abang, itu Manda ada buatkan kopi untuk abang." kata Amanda. Lengan suaminya digoyangkan sedikit.
"Terima kasih." balas Zafiq ringkas. Tangannya ralit menari-nari di atas keyboard komputer riba miliknya.
Mendengarkan jawapan Zafiq, Amanda terus mencemikkan mukanya. Ish tak romantik la abang ni!
Komputer riba milik Zafiq dirampas lalu diletakkan di atas meja kecil dihadapan mereka. Tubuhnya dilabuhkan diatas riba Zafiq. Tangannya digelungkan di leher Zafiq.
"Abang ni busy dengan laptop itu aja, layanlah Manda ni. Manda nak attention abang." Amanda sudah merengek. Matanya dikelip-kelipkan bagi Zafiq tergoda.
Pinggang Amanda ditahan Zafiq. Karang jatuh naya je. Zafiq menundukkan kepalanya sedikit. Senyuman cuba ditahan.
"Amanda, abang ada kerja sikit. Lepas dah siap kerja abang bagi Manda attention okay?" Zafiq mula memujuk Amanda. Rambut Amanda dielus lembut.
Amanda mengecilkan matanya sebelum tersenyum nakal. "Nak kiss dulu!" pinta Amanda. Bibirnya dimuncungkan sedikit.
Muka Zafiq mula memerah seperti tomato. Mukanya dikawal sebentar. Dia mendekatkan bibirnya di pipi Amanda.
Cup!
Amanda sedikit kecewa tetapi tak apalah asalkan dia dapat kiss. "Amanda nak abang kiss dekat sini, bukan dekat pipi." bibirnya ditunjuk. Muka merajuk ditayang.
"Kalau dekat situ nanti malam abang bagi."
ISTERINYA sedang lincah berperang didapur didekati. Tangannya memeluk pinggang Amanda dari belakang. Dicium pipi Amanda dari tepi.
Amanda hanya tersengih suka dengan perbuatan suaminya itu. Tangannya dicuci di singki sebelum mengelap tangannya dengan kain bersih sebelum memandangkan wajah suaminya, Megat Zafiq.
"Mimpi apa abang macamni?" soal Amanda dengan niat mahu mengusik suaminya.
"Esok kita balik kampung ya? Abang rindu dekat mak abah abang."
Terjungkit kening Amanda. "Berapa hari kita tidur sana?" giliran Amanda menyoal. Dia bukan tidak suka, tetapi ada orang yang busuk hati ada dekat sana juga. Dia malas nak hadap muka perempuan itu.
"Tiga hari je.. Boleh ya sayang?" Zafiq mengelipkan matanya beberapa kali. Meniru taktik Amanda apabila mahu memujuk dirinya.
Melihat Zafiq begitu membuatkan Amanda cair. Dia tak boleh tengok suaminya macam itu. Boleh pengsan.
"Okay baby." balas Amanda. Zafiq yang mendengar panggilan baby dari Amanda menundukkan kepalanya sedikit. Malu.
Tbc.
YOU ARE READING
Zafiq's [C]
Short Story1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RANKING #2in cerpen| 6/1/24 |HIGHEST RANKING #3in naughty| 6/12/23 Old title : Flirty Wife