Bab 12

3.1K 102 0
                                    

ENJIN kereta dimatikan sebelum rambutnya yang terjuntai di dahi dibetulkan sedikit

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

ENJIN kereta dimatikan sebelum rambutnya yang terjuntai di dahi dibetulkan sedikit. Amanda yang disebelahnya sedang topup lipgloss diperhati.

"Dah cantik dah sayang abang ni." puji Zafiq. Tangannya naik mengelus peha Amanda perlahan.

"Iyeke? Amanda cantik?" Amanda buat-buat tanya padahal sudah tahu yang dirinya memang cantik. Wajahnya memang mampu membuat mana-mana lelaki akan tertarik pada dirinya. Tetapi kalau dah pandang bini orang lama-lama siap main mata, penumbuk Zafiq makannya.

"Amanda sentiasa cantik dimata abang. Cantik. Terlalu cantik." kata Zafiq ikhlas. Pipi isterinya digomol perlahan.

Amanda tersengih mendengar kata-kata daripada suaminya itu.

"Abang ni, puji-puji pulak. Tahulah nak jaga hati Manda." bibirnya dimuncungkan sedikit. Buat-buat seperti merajuk.

"Aik? Abang cakap benda betul je." ujar Zafiq.

"Hehehe abang pun apa kurangnya. Handsome."
kali ini, Amanda pula mula memuji suaminya.

Zafiq menyeringai sinis sebelum wajahnya didekatkan di cuping telinga Amanda. "Itulah. Handsome juga abang. Kalau tak, takkan lah Amanda mengorat abang kan?" sakat Zafiq.

Berona merah pipi Amanda apabila Zafiq mula menyakatnya dengan perkara itu. "Ehem.. Manda pun cantik sebabtu abang terpikat dengan Manda kan?"

"Nope. I loves everything about you sweety.."


SELEPAS Zafiq membuat pembayaran tiket masuk di kaunter, tangan Amanda dipautnya. Sticker gelang yang diberi oleh staff disitu dipakaikan. Selepas selesai dengan kerjanya, kini Amanda pula memakai sticker tersebut dipergelangan tangan Zafiq.

"Jom sayang." tangan Amanda dipimpin seraya mengeratkan sentuhan itu.

Amanda hanya mengikuti. Dirinya sungguh excited tika ini. Amanda melihat sekeliling. Berwarna biru. Seperti didalam laut.

Zafiq membawa Amanda di satu tempat dimana didalam dinding tersebut terdapat banyak jenis ikan. "Manda, cepat bergambar dekat sini."

Amanda menganggukkan kepalanya. "Abang, ambil gambar cantik-cantik tau." Arah Amanda.

"Ya sayang. Now buat gaya." pinta Zafiq.

Amanda membuat gaya seperti menunjuk ikan-ikan yang berada disebelahnya. Zafiq tersenyum kecil. "Comel sayang abang." katanya perlahan.

Bermacam-macam gaya dibuat Amanda. Zafiq hanya layankan sahaja. Sudah puas Amanda bergambar, kini giliran Zafiq pula.

"Abang, dah la tu. Meh Manda ambilkan gambar abang pula." Amanda berjalan mendekati Zafiq.
Telefon pintar ditangan Zafiq diambil.

"Taknaklah. Kita ambil gambar sama-sama lah." cadang Zafiq. Amanda berdecit. Zafiq ni memang payah sikit disuruh bergambar. Jadi taktik Amanda ialah mengambil gambar Zafiq senyap-senyap.

"Sayang, cepat senyum." Amanda cepat-cepat memandang kearah kamera. Senyuman manis turut diukir.

Klik!

Mereka berdua melihat gambar yang diambil baru tadi. "Cun, cun!" puji Amanda.

"Jom yang pergi tengok-tengok dekat situ pula." bahu Amanda dirangkul daripada belakang sebelum mereka berdua melangkah kearah yang dikatakan oleh Zafiq.

Tbc

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tbc.
Do vote and comment.

Zafiq's [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang