Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"ABANG"
"Ya sayang. Kenapa?"
Cemberut muka Amanda apabila mendengar soalan daripada Zafiq. Ish! Abang ni buat-buat tak tahu ke apa?
"Amanda tanya, perempuan tu datang Kl dia tinggal dekat mana?" badannya yang daripada tadi disandarkan direnggangkan.
"Itu abang tak pasti. Kenapa sayang tanya?" Zafiq buat-buat pelik.
"Macam mana abang boleh tak tahu pula? Takkan abang tak tanya dia kut?" geram pula Amanda dengan Zafiq tika ini.
"Perlu ke abang tahu soal tu? Tak penting pun kan?" senyuman mengejek di carik Zafiq.
Terdiam Amanda mendengar perkataan daripada Zafiq. Bagus juga abang ni. Nasib baik abang jawab macam itu, kalau tidak Manda nak merajuk dengan abang! Getus Amanda dalam hati.
"Abang.."
"Ya sayang." Zafiq masih setia melayan Amanda.
"Amanda ada plan!" Ujarnya dengan riang sekali.
Zafiq mula berkerut. Plan apa pula kali ni yayang?
"Jangan cakap yang sayang nak-." belum sempat dia nak meneruskan percakapannya, Amanda sudah mencantasnya.
"Yes! Amanda nak Ayuni tidur dekat rumah kita." senyuman sinis diukirkannya. Plan jahat sebenarnya. Tapi tak adalah jahat mana.
"Cincah? Kenapa sayang nak buat plan tu?" soal Zafiq penasaran.
"Sebab.." ayatnya digantungkan. Senyuman sinis masih lagi terukir dibibir merahnya.
"Jangan cakap yang sayang nak kenakan dia kut?" Zafiq mula tebak. Amanda disebelahnya dipandang sekilas.
"Ya betul! Pandainya abang ni, jadi abang nak ikut tak plan Manda ni? Jangan cakap abang tak nak buat. Kalau tidak abang tidur luar. Jangan tidur dalam bilik."
"Now tell me, plan sayang itu macam mana? Kalau jahat sangat tak naklah abang buat.. Nanti berdosa lepastu kita akan dapat akibat tau yayang." Zafiq mula memberi tazkirah.
"Hek eleh abang ni, jahat sikit je pun. Tak ada lebih-lebih pun." Amanda mula memujuk. Nak menghasut Zafiq sebenar-benarnya.
"Kalau macam itu abang boleh pertimbangkan." kata Zafiq. Muka puas hati Amanda dipandang.
"Amanda nak dia tinggal dekat rumah kita selama tiga hari. Dan dalam tempoh tiga hari itu, Amanda akan buat dia jealous." kata Amanda tanpa rasa bersalah. Hey! Buat apa nak rasa bersalah dekat minah itu?
"Jealous? " soal Zafiq keliru.
"Iyelah, dia kan suka abang. Jadi Manda naklah buat dia cemburu dengan kemesraan kita. Biar dia tahu yang abang tak pandang dia pun." sambung Amanda. Bibirnya menyeringai sinis.
"Okay kalau macamtu abang boleh ikut. Sebab abang pun tak suka bila dia tergedik-gedik dengan abang. Apa dia fikir abang tergoda lah dengan dia?" jujur Zafiq.
Amanda tersenyum mengada mendengar pengakuan daripada suaminya itu. Abang memang suami idaman betullah! Untungnya Manda dapat abang. Hatinya bersorak gembira.
"Habistu abang tergoda dengan siapa je?" soal Amanda. Saja mahu mengusik Zafiq.
"Erm, kalau yang itu rasanya sayang dah tahu kut jawapannya." kata Zafiq gugup. Puncak hidungnya digaru.
"Eh macam mana pula Manda boleh tahu? Lagipun kalau abang dah pernah beritahu, rasanya Manda pun dah lupa." bohong Amanda. Raut wajah Zafiq yang seakan gugup itu direnung. Padan muka abang! Ejeknya didalam hati.
"Er-"
"Er apa baby?"
Zafiq berdehem kecil apabila dipanggil dengan panggilan itu. Argh Amanda sengaja mahu mengenakan abang!
"Obviously my wife." balas Zafiq.
"Your wife?"
"Yes, the love of my life."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.