Bab 28

1.8K 78 2
                                    

"Suami puan kekurangan air dalam badannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Suami puan kekurangan air dalam badannya. Dia agak lemah ketika ini. Jadi kami perlu pantau suami puan selama sehari."  jelas Doktor itu.

"Apa faktor lain yang membuatkan dia jatuh pengsan doktor?"  soalan diberikan kepada doktor perempuan dihadapannya. Risau yang amat dia ketika ini. Harap abang tiada apa-apa yang serius. Getusnya sendirian.

"Boleh jadi disebabkan cuaca yang panas ataupun tidak cukup rehat. Dan saya nak ingatkan puan supaya sentiasa mengingatkan dia untuk minum air putih dengan kadar yang banyak." Bahu Amanda ditepuk perlahan sebelum doktor yang bernama Violet itu meminta diri.

Perbualannya bersama Doktor Violet berlayar di ruang fikiran. Zafiq dihadapannya dipandang seraya mengusap lembut pergelangan suaminya.
Kini, Zafiq baru menyedarkan diri. Reaksi raut wajah suaminya itu sungguh menunjukkan bahawa dia tidak larat tika ini. Hailah suami...

"Abang," senyuman tipis dikoyakkan.

"Yang..." dahi Amanda diraih sebelum dikucup lembut. Mata sembab Amanda direnung. Serupa baru lepas menangis sahaja bini dia ini.

"Abang, abang ditahan wad harini. Esok baru boleh balik. Abang kena pastikan yang abang minum air putih dengan cukup. Rehat juga. Abang bos kan? Jadi minggu ni tak perlu masuk pejabat."
panjang lebar dia dibebel Amanda. Aduhai yang...

"Sini dekat dengan abang." arah Zafiq. Amanda terkebil-kebil tetapi masih mengikut perintah Zafiq. Lengan Amanda diraih untuk berdiri sebelum dia ketepikan sedikit badannya kepada katil.

"Sini, baring sebelah abang,"

"Abang, malu la nanti orang nampak."

Mukanya mula berona merah. Kepala digeleng tanda membantahi perintah Zafiq. Tetapi selepas Zafiq menjegilkan matanya, Amanda terpaksa mengikutnya.

Selepas berpuas hati apabila perintahnya di ikut, pinggang ramping Amanda dipeluk. Kepalanya disorokkan di ceruk leher jinjang milik Amanda. Mahu menghidu bahu.

"Abang, senget dah tudung Manda." muka cemberutnya ditayang. Bukan marah sebenarnya, tetapi lebih kepada mahu bermanja dengan suami.

Seperti tidak mendengar rungutan Amanda, Zafiq masih tidak mengangkat kepalanya. "Jadi malam ni abang tidur seorang diri lah?" kepalanya diangkat beberapa saat untuk melihat wajah cantik isterinya sebelum kembali menyorokkan wajahnya di ceruk leher Amanda.

"Ya abang," rambut tebal Zafiq diramas sebelum menghadiahi kucupan disitu.

"Orang tak biasa..." suara meleret daripada Zafiq kedengaran. Terjungkit kening Amanda. Aik lain macam sahaja Zafiq ni?

"Tak biasa apanya? Macamlah sebelum ni abang tak pernah tidur sendiri."

"Itu sebelum kahwin sayang, selepas kahwin ni orang dah biasa tidur dengan sayang orang ni," suara manja lagi kedengaran ditelinga Amanda. Mahu sahaja Amanda menjerit kerana comel amat Zafiq ketika ini. Hailah suami...

"Abang, jangan macam ni boleh? Amanda cium abang karang, baru tahu." pipi Zafiq diusap.

Terlepas tawa daripada celah gigi Zafiq. Mata Amanda direnung dengan mendalam. "Abang rela kena cium dengan sayang."

Amanda terdiam seketika sebelum dia terasi ada sesuatu benda lembut menyapa pipinya. Berkali-kali juga pipinya dikucup Zafiq.

"Abang cintakan sayang."

Tbc

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tbc.

Do vote and comment.

Zafiq's [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang