TUBUH Zafiq yang menggigil akibat kesejukan diselimutkan. Pada jam awal pagi tika ini, suhu badan Zafiq meningkat. Risau Amanda melihat keadaan Zafiq. Demam teruk suaminya itu. Selepas melihat Zafiq reda seketika, Amanda melangkah ke arah laci almari untuk mendapatkan sehelai kain kecil sebelum membasahkan sedikit kain itu dengan air. Dia kembali kearah Zafiq lalu tuala kecil itu diletakkan diatas dahi Zafiq. Berharap dengan cara ini dapat menurunkan suhu badan Zafiq. Rahang Zafiq diusap dengan penuh kasih.
Jarang sekali Zafiq akan demam dalam masa setahun. Tetapi, agak teruk keadaan yang dialami oleh Zafiq. Contohnya badannya akan berasa lenguh, rasa berat kepala dan muntah-muntah.
Suhu aircond diturunkan. Mahu memberi Zafiq keselesaan."Sayang, abang sakit..." kedengaran suara halus Zafiq di lubuk telinga Amanda. Segera Amanda berpaling kearah Zafiq.
"Abang, badan abang panas. Abang demam ni. Abang rehat ya? Jangan banyak gerak. Amanda risau pada abang..." Dahi Zafiq dikucup penuh syahdu oleh Amanda.
Selepas Amanda menyelesaikan solat subuh, dia turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan buat suaminya itu. Memandangkan sekarang Zafiq dalam keadaan yang tidak sihat, dia akan menyediakan Zafiq bubur nasi.
Dia kembali ke dalam bilik mereka dengan membawa satu dulang yang berisikan semangkuk bubur dan air putih suam buat Zafiq. Dulang itu diletakkan di atas katil sebelum tangannya menepuk perlahan bahu Zafiq bagi mengejutkan Zafiq daripada tidur.
"Abang, bangun." tiada jawapan buatnya.
"Bangun abang, Manda ada masakkan abang bubur." tangannya masih menepuk bahu Zafiq mengharapkan dengan cara itu membuatkan Zafiq sedar.
Tetapi malangnya masih tiada jawapan. Amanda mula berasa resah. Kali ini perbuatan dia lebih keras. Lengan Zafiq digerakkan kasar.
"Abang, bangun abang." rayunya.
Pipi Zafiq ditampar perlahan bagi menyedarkan Zafiq bangun. Air matanya mula membasahi pipinya.
"Ya Allah abang. Tolong bangun... Jangan macam ini," pintanya. Dia sudah panik. Telefon pintarnya yang berada diatas nightstand diambil sebelum mendail nombor adik iparnya, Izz Naufal.
Tidak mengambil masa lama, panggilan itu terus tersambung. "Izz tolong aku, Abang Zaf tak sedarkan diri. Tolong cepat datang sini." rayunya bersungguh. Air matanya yang dari tadi mengalir dengan deras dikesat kasar.
'Ya Allah, harap abang tak ada apa-apa'
Tbc.
Do vote and comment.
YOU ARE READING
Zafiq's [C]
Short Story1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RANKING #2in cerpen| 6/1/24 |HIGHEST RANKING #3in naughty| 6/12/23 Old title : Flirty Wife