CERMIN mata hitam yang dipakai Zara diturunkan di pangkal hidung sedikit. Matanya mengecil melihat dua figura yang jauh disana. Cuba mengenal pasti. What!?
Telefon pintar miliknya yang berada didalam tas nya diambil sebelum nombor Amanda didail. Matanya masih mengerling Zafiq dan Ayuni. Panggilannya Amanda tidak jawab. Dia mendengus kasar. Time ni jugalah kau tak angkat call.
Sekali lagi panggilan telefon dibuat. Kali ini baru Amanda menjawab. Tidak menunggu lama, Zara terus mengadu apa yang dilihatnya kepada kawan karibnya itu.
"Beb, lain kali angkat la cepat sikit call aku ni!"
"Adumak, sorryla aku dekat kafe ni. Ha kau kenapa ni? Macam ada benda yang tak kena aja." tebak Amanda di dalam panggilan.
"Ni ha, aku dekat luar ni. Kau tahu aku nampak apa? Aku nampak laki kau dengan perempuan itu!" geram pula Zara apabila melihat kelakuan Ayuni yang tergedik-gedik dengan Zafiq itu.
"Ha?! Perempuan mana ni? Kau jangan main-main. Betul ke tu laki aku? Takpun kau salah orang beb." Amanda mula bersangka baik. Suaranya cuba diperlahankan kerana tidak mahu pelanggan yang berada di kafe mendengar perbualan mereka.
"Yela beb, betul la laki kau! Takkanlah aku nak main-main sekarang ini!" geram pula dia dengan Amanda. Bukan dia tak cam muka Zafiq.
"Kau ambil gambar. Lepastu bagi aku. Sekarang!" ujar Amanda didalam panggilan.
"Okay." panggilan terus ditutup.
Kamera dibuka lalu dia terus mengambil gambar dua sosok figura itu. Beberapa keping diambil sebelum menghantar gambar tersebut kepada Amanda.
GAMBAR yang diberi Zara diamati dengan wajah yang sebal. Kau buat apa datang sini Ayuni? tanyanya dalam hati. Penuh teka-teki yang berada di dalam kepalanya.
Sedang sibuk berfikir negatif, Amanda mendapat satu panggilan. 'BabyZafiq' tertera di skrin layar.
Tanpa berlengah, Amanda terus mengangkat panggilan tersebut.
"Hello." sapa Amanda mendatar.
"Assalamualaikum sayang." suara di dalam panggilan mula kedengaran.
"Waalaikumussalam. Ada apa ni call? Manda tengah busy sekarang." dengan nada yang malas Amanda membalas.
"Sayang, sayang dah tahu yang Ayuni ada dekat Kl sekarang kan?" tanya Zafiq.
Terjungkit kening Amanda mendengar pertanyaan daripada Zafiq itu. Macam mana dia boleh tahu? "Haah, Zara nampak abang dengan dia tengah hari tadi." jujur Amanda.
"Oh, abang boleh tahu sebab abang nampak tadi yang Zara tinjau-tinjau abang dengan Yuni."
Amanda mendecit perlahan. Kali ini Zara buat kerja tak clean.
"Abang tak nak sayang fikir bukan-bukan pada abang. Yuni datang sini sebab dia nak cari kerja. Kebetulan time tu abang ada mesyuarat dekat luar, terjumpa dia pula baru lepas turun daripada teksi."
Amanda hanya mendengar penjelasan Zafiq namun tidak membalas apa-apa.
"Sayang jangan banyak fikir okay? Abang sayang Manda. Cinta abang hanya untuk Manda." Tutur Zafiq ikhlas. Dia tahu yang Amanda pasti sedang berfikir bukan-bukan waktu ini.
"Eh, Manda tak cakap apa-apa pun."
"Memang Manda tak cakap apa-apa, tapi abang tahu apa dalam hati Manda sekarang. Percaya pada abang okay sayang?"
"Erm yelah." jawapan singkat daripada Amanda.
"Sayang, lepas abang balik kerja nanti kita manja-manja okay? Miss you sayang.." suara Zafiq kedengaran meleret.
Tersengih Amanda mendengarnya. "Gedik!" kata Amanda. Saja mahu menyakat suaminya itu.
"Okaylah abang, Manda nak sambung buat kerja. See you tonight! I wanna kiss and hug you so bad. Babye, Loveyou." Tutur Amanda nakal.
"Ye sayang, I wanna hug and kiss you too. Assalamualaikum sayang, babye."
Selepas menjawab salam daripada Zafiq, panggilan itu terus dimatikan Amanda. Hatinya kini berbunga-bunga dibuat Zafiq. Abang memang buat Amanda mabuk kepayang!
Tbc.
Do vote and comment.
YOU ARE READING
Zafiq's [C]
Historia Corta1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RANKING #2in cerpen| 6/1/24 |HIGHEST RANKING #3in naughty| 6/12/23 Old title : Flirty Wife