Bab 9

3.9K 108 1
                                    

SELEPAS selesai membersihkan diri serta melaksanakan solat, Zafiq menolong Amanda packing pakaian dan barangan mereka yang perlu dibawa di dalam laguage

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

SELEPAS selesai membersihkan diri serta melaksanakan solat, Zafiq menolong Amanda packing pakaian dan barangan mereka yang perlu dibawa di dalam laguage. Mereka akan menetap di hotel selama dua malam.

Amanda dari awal lagi sudah berpesan kepada staff nya supaya mengawasi kafe kepunyaannya memandang ada sedikit masalah dengan kafenya.
Pian,Hana, serta Piqah memang boleh dipercayai.

"Manda sayang, abang nak cuci kereta dulu tau. Nanti lepas Manda siap kemas barang, panggil abang dekat bawah." kata Zafiq. Seluarnya disinsing hingga parah betis. Nak cuci kereta secara manual.

"Okay yang!" jerit Amanda sedikit kuat agar Zafiq dapat mendengar responnya dari jauh.

Pakaian mereka dilipat dengan kemas. Hampir 10 minit baru selesai, kini dia pula mahu bersiap-siap. Bajunya yang sudah siap diseterika diambil lalu dibawa dibilik persalinan. Menukar pakaiannya. Selepas siap menukar pakaian, dia menuju kearah meja solek. Dirinya diperhati sebelum mengenakan perhiasan wajah. Dimulakan dengan memakai toner dan diakhiri dengan mengenakan gincu diatas bibir lembabnya. Senyuman dihiasi didalam cermin. Caiyaklah, aku nampak cantik sangat!

"Beruntung abang dapat isteri yang cantik, manis, ayu macam Manda ni." Amanda sudah mula puji diri sendiri. Tak salahkan? Dirinya didalam cermin dipandang. Sesekali dia membetulkan rambutnya. Kali ini dia melepaskan rambutnya.

Tanpa Amanda sedar, ada kekura tangan mengusap pinggangnya dari belakang. Zafiq menghidu haruman daripada isterinya itu. Sungguh wangi. Wangi ini boleh mengkhayalkannya. "Abang, Manda dah siap ni. Jom lah gerak sekarang!" Pinta Amanda dengan nada yang ceria.

"Sabar sayang, enjin kereta belum panas lagi." Tubuh Amanda dipusingkan menghadapnya. Kepalanya direhatkan sebentar disebelah bahu Amanda. Tangannya setia merangkul pinggang isterinya itu.

"Hehe iyeke? Manda excited ni bang. Nanti dekat sana abang kene tolong Manda ambilkan gambar Manda."

Zafiq menganggukkan kepalanya sedikit. "I'll do anything for you, sayang." Penuh romantis sekali Zafiq berbicara.

"Abang ni, cair la Manda bila abang buat perangai macam ni.." ujar Amanda. Rambut Zafiq diusap perlahan.

Zafiq menghamburkan tawanya selepas mendengar kata-kata daripada Amanda. "Cepat sangat Manda cair, abang ada banyak lagi kata-kata cinta nak bagi dekat Manda.." kata Zafiq dengan meleret. Pipi amanda dikucup sekali.
Manda apa lagi, memerah pipinya apabila diserang suaminya tanpa memberi tanda-tanda.

"Sudah! Kalau kita macamni aja, bila kita nak sampai Melakanya." Kata Amanda. Manda terus  memimpin tangan suaminya lalu dibawa keluar ke bilik.

Tbc

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tbc.

Zafiq's [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang