"ZAFIQ, kenapa kamu tak beritahu awal-awal yang isteri kamu tu sedang mengandung?" suara yang berada di dalam panggilan itu sudah membebel.
Zafiq berdehem kecil sebelum menjawab pertanyaan. "Maaf mak, excited sangat sampai lupa pula nak beritahu kauorang semua. Lagipun tak sampai empat hari kami tahu fasal hal ini. Maaf ya mak," batang hidungnya yang tidak gatal digaru.
"Hm, tak apalah. Kami semua dekat kampung ni gembira betul bila dapat tahu yang Manda mengandung. Alhamdulillah, rezeki kamu berdua. Ha nak nak pesan ni. Pastikan bini kamu tu tak buat kerja berat sangat. Kamu tolong-tolong sikit buat kerja rumah. Nanti ada masa kamu berdua cuti, baliklah kampung ni ha." sambung Puan Aida lagi.
"Baiklah mak. Insyaallah kami balik minggu depan. Mak jangan risau ya, Insyaallah Zafiq akan jaga menantu baik-baik, assalamualaikum." selepas memberi salam, panggilan itu terus ditamatkan.
"SAYANG, tak payah kemas rumah. Biar abang yang uruskan semua ini. Sayang duduk, relax aja. Tengok Netflix itu." Amanda yang sedang menyapu di ruang tamu itu ditegur sebelum batang penyapu dia rampas.
Tergelak kecil Amanda dengan kerisauan Zafiq. Kandungan dia baru berusia tiga minggu, risau suaminya seolah kandungannya sudah berusia lima bulan lebih.
"Abang, perut pun belum nampak lagi. Abang jangan over boleh tak? Risau sangat." kepalanya digelengkan beberapa kali sebelum mengambil semula batang penyapu di genggaman Zafiq.
"Eh dia kata kita over pula. Kita ini risaukan dia aje. Nanti badan itu lenguh ke apa ke... Sayang juga susah."
"Kalau Manda susah, abang urutkanlah Manda. Kenapa? Tak sudi?" soalan serkap jarang ditanya Amanda. Sengaja dia memuncungkan mulutnya sedikit. Mahu perhatian Zafiq.
Bahu Amanda dipaut bertujuan membawa Amanda duduk diatas sofa. "Abang rela urut sayang setiap hari. Abang lagi suka," senyuman tipis terhias dibibir merahnya.
"Suka? Suka sebab?" keningnya terangkat.
"Sebab..."
"Sebab apa abang?"
"Sebab bila abang urut sayang, sayang selalu puji yang abang urut sedap." jawab Zafiq. Senyuman manis terhias diwajahnya.
"Kenyataan, abang."
RAMBUT panjangnya yang basah dikeringkan menggunakan tuala seraya menuju kearah meja soleknya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebelum menyembur sedikit cairan minyak wangi di leher jinjangnya dan tubuhnya.
Zafiq yang dari tadi memerhatikan isterinya mula menegur Amanda. "Sayang, nak tido pun pakai perfume ke?" tanyanya hairan.
Tubuh Zafiq yang sedang bersandar di atas katil diperhatikan dari dalam cermin. "Malam ini Manda rasa nak wangi-wangi pula. Halah, untuk abang juga." dia mengedipkan matanya beberapa kali dengan laju. Muka comel.
"Comel," puji Zafiq perlahan. Tidak pasti sama ada Amanda dengar ataupun tidak.
"Manda memang comel, abang." ujar Amanda. Kakinya melangkah kearah katil bersaiz king mereka sebelum dia melabuhkan tubuhnya diatas riba Zafiq. Tidak lupa juga dia memaut leher Zafiq.
Zafiq merehatkan kepalanya diatas bahu Amanda. Haruman daripada tubuh Amanda sungguh mengkhayalkannya. Rasa seperti mahu memeluk isterinya setiap saat saja.
"Yang..."
"Ya abang." sahut Amanda.
"Minggu depan kita balik kampung ya?" kata Zafiq. Pelukan mereka diketatkan lagi.
"Boleh-boleh. Lagipun Manda rindu nek dengan mak." jawabnya ceria. Rindu pula dia kepada keluarga mentuanya. Rindu masakan mak juga.
"Diaorang dah tahu ke abang yang Manda pregnant?" soal Amanda pula.
"Dah, abang dah beritahu mak siang tadi. Dia pun risau sangat tentang Manda. Dia pesan pada abang supaya jangan bagi Manda buat kerja yang berat-berat." kata Zafiq dengan tenang. Matanya mula memberat ketika ini.
"Baiklah abang, Manda tak akan buat kerja berat-berat. Walaupun usia kandungan Manda belum sampai sebulan." Amanda melepaskan tawa kecil.
"Sayang, jom tidur. Abang dah mengantuk." Wajahnya diangkat mencari sepasang mata bundar Amanda.
"Erm jom. Manda nak peluk abang ketat-ketat malam ini." Amanda terseringai.
"Abang rela..." jawab Zafiq dengan mengedipkan mata dengan laju.
"Comellah abang buat gitu. Nampak manis."
puji Amanda ikhlas."Sayang ajar," balas Zafiq sebelum menarik comfoter hingga ke paras dada mereka berdua. Kucupan hangat dihadiahkan di seluruh wajah Amanda.
Tbc.
Do vote and comment.
YOU ARE READING
Zafiq's [C]
Short Story1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RANKING #2in cerpen| 6/1/24 |HIGHEST RANKING #3in naughty| 6/12/23 Old title : Flirty Wife