Bab 23

1.7K 74 3
                                    

KERETA Bmw milik Zafiq meluncur masuk ke dalam rumah banglo milik dia bersama isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA Bmw milik Zafiq meluncur masuk ke dalam rumah banglo milik dia bersama isterinya. Selepas keluar daripada perut kereta, dia memandang sebiji rumah yang berhadapan dengan rumah mereka. Kelihatan dua biji lori diparkir dihadapan rumah itu. Penuh barang perabot didalam perut kedua biji lori itu. Kelihatan juga beberapa manusia sedang mengangkut barangan perabot itu turun daripada lori.

"Jiran baru ke ni?" soal Zafiq sendirian dengan nada perlahan. Tengok tanda macam betul jiran baru. Matanya melilau cuba mencari tuan baharu rumah tersebut. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang berbadan sasa. Tengok gayanya, mesti rajin pergi ke gym. Sibuk Zafiq memerhati tuan badan tersebut, tidak dia perasan dimana mata mereka berdua sudah tertancap diantara satu sama lain.

"Bro,"

Terus tersedar lamunan Zafiq. Dilihatnya lelaki itu sedang menuju langkah kearahnya. Zafiq juga turut mendekati lelaki tersebut. Lelaki itu menyimpulkan senyuman nipis kepada Zafiq. Mahu terlihat ramah, Zafiq menghulurkan tangan kananya kepada lelaki tersebut seraya membalas senyuman.

"Baru pindah kesini ke?" sudah tahu malah berbuat-buat tanya pula Zafiq. Sudah tentulah itu sahaja soalan yang berada di kepalanya ketika ini.

Huluran tangan Zafiq disambut oleh lelaki itu. "Semestinya baru pindah." balas lelaki itu.

"Aku Megat Zafiq. Boleh panggil aku Zafiq. Rumah aku yang itu." Zafiq memperkenalkan dirinya seraya jarinya menunjuk dimana rumahnya berada.

"Aku tahu. Aku Aqlan. Aqlan Arsyad." kini, dia pula memperkenalkan dirinya. Matanya memerhati penampilan Zafiq dari atas ke bawah. Zafiq ni comfirm bukan orang biasa-biasa. Jelas nampak kemas dengan sut hitamnya.

Mulut Zafiq membuat isyarat 'O'. "Kalau kau nak tanya apa-apa ke tentang kawasan perumahan dekat sini, kau boleh je tanya aku." kata Zafiq ramah sekali. Tengok gaya Aqlan ini seperti orang baik-baik, jadi dia tidak keberatan jika Aqlan mahu meminta bantuannya walaupun baru sekali berjumpa. Lagipun, mereka kini digelar jiran antara satu sama lain. Sebagai umat islam, dapat pahala jika dapat buat jiran senang hati. Hak jiran kita juga mestilah dijaga.

"Kau masih bujang ataupun dah ada anak bini?" tanya Aqlan. Saja mahu tahu. Tiada niat jahat pun terlintas difikirannya.

"Aku dah ada bini bro, insyallah soon bertiga pula." matanya dikenyit sebelah. Tepi bahu Aqlan ditepuk perlahan sebelum dia berlalu pergi semula menuju ke rumahnya.

Aqlan menghantar pemergian Zafiq dengan sepasang anak matanya. Terkoyak senyuman nipisnya mendengar kata-kata daripada Zafiq.
Badannya dibalikkan kebelakang sebelum dia turut membantu pekerja-pekerjanya mengangkatkan sofa.




PINGGAN kotor mereka diambil lalu dibawa ke singki. Rambut tebalnya diikat menggunakan getah rambut getah kecil milik Amanda sebelum menyambung pekerjaannya.

"Abang, lain kali biar Manda yang basuh pinggan tu. Sudahla abang yang masak tadi, lepastu abang juga yang cuci pinggan. Seganlah Manda gini," ujar Amanda ditepi Zafiq.

Tergelak kecil Zafiq dengan celoteh Amanda. Malu konon Manda ni. "Sejak bila sayang tahu malu pada abang ni?" kedengaran suara sumbang Zafiq mentertawakannya.

"Ish, abang!" pinggang Zafiq dicubit manja. Zafiq meringis kesakitan. Padan muka abang.

"Sayang, sakitlah.."

Berkerut dahi Amanda. Aik rasanya tadi dia cubit perlahan sahaja. Setakat cubit 'besar' takkanlah boleh beria sakit?

"Abang, Manda minta maaf," kedua tangannya ditekap antara satu sama lain. Gaya memohon minta ampun. Matanya juga tidak lupa dikelipkan beberapa kali. Saja dia mahu melayan mode manja suaminya itu.

"Sayang, you know what?"

"Tahu apaan tu?"

"We have new neighbour!" excited sungguh Zafiq memberi tahu.

"Lelaki ke perempuan?" muka Amanda sudah mulai serius.

Selepas selesai membasuh pinggan, dia menarik lengan Amanda menuju ke ruang tamu. Pehanya ditepuk perlahan menandakan Amanda perlu mengambil tempat di atas pangkuannya. Amanda hanya menurut. Lengannya digelungkan di leher Zafiq.

"Nak tahu?"

"Yep, Manda nak tahu."

"Jangan risau sayang, It's a guy." rambut ikal mayang Amanda diselitkan di telinga Amanda.

"Abang, Manda risaulah.." sungguh dia risau sekarang ini. Dia risau jika jiran barunya itu akan jatuh hati pada suaminya itu. Zafiq seorang lelaki yang penuh pakejnya. Bukan sahaja perempuan yang akan jatuh cinta padanya, malah lelaki pun boleh apa? Zaman sekarang ni ramai yang suka sesama jenis. Memikirkan itu dapat membuatnya berasa ngeri. Ngeri dengan manusia yang suka sesama jenis.

"Sayang risaukan apa?" Zafiq buat-buat tanya. Bukan dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh isterinya itu. Amanda selalu berfikir bukan-bukan.

"Risau, dia akan sukakan abang. Nanti kalau abang jatuh cinta pada dia juga macam mana? Habislah Manda kena bersaing dengan lelaki pula kali ini," wajahnya dicebik. Dia bukan apa, dia cuma tidak mahu kehilangan lelaki yang dicintainya. Lagi yang dia tidak boleh terima jika manusia yang mahu merampas Zafiq daripadanya adalah kaum adam sendiri! Urgh, ini tak boleh jadi! Dia kena juga serbu rumah jiran itu apabila Zafiq sudah beredar pergi ke tempat kerja.

"Sayang, remember what I told before? Hanya sayang dihati abang. Perempuan lain pon tak berjaya rampas abang daripada Manda, inikan pula lelaki? Hish, tak mahulah abang! Geli geliman abang dibuatnya." meremang Zafiq tika ini. Wajah geli terhias di wajahnya.

Amanda tergelak puas hati. "Love you abang." bibir merah bak delima Zafiq dikucup lama. Zafiq tersenyum dalam ciuman tersebut.

"I love you more than you love me, sayang." Tubuh Amanda didukung seraya menapak masuk ke dalam bilik mereka.

" Tubuh Amanda didukung seraya menapak masuk ke dalam bilik mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc.
Do vote and comment.

Zafiq's [C]Where stories live. Discover now