Bab 21

1.5K 61 0
                                    

SELESAI sahaja menunaikan solat maghrib, dia bangun daripada duduknya dan melipat telekung lalu disimpan pakaian suci itu didalam almari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI sahaja menunaikan solat maghrib, dia bangun daripada duduknya dan melipat telekung lalu disimpan pakaian suci itu didalam almari. Meja solek didekatinya sebelum melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia. Ayuni merenung raut wajahnya dengan mendalam. Hatinya kini diserang sebak.

"Yuni, kau lepaskan sajalah abang Zaf. Dia dah ada isteri. Soon, mybe dah nak ada anak." tutunya sendirian dihadapan cermin. 

Selepas mendapat nasihat daripada rakan-rakanya, dia serba sedikit sedar dengan salahnya. Salahnya, menyimpan rasa terhadap suami orang.
Lebih-lebih lagi apabila page tiktok nya penuh dengan kisah rumahtangga yang hancur disebabkan hadirnya orang ketiga.

"Tak apa Yuni, ramai lagi lelaki dekat luar sana tu yang lebih handsome daripada abang Zaf. Jangan hamak dengan suami orang okay?" Ayuni mula memberi nasihat kepada dirinya. Bibirnya mencarik senyuman.

RUANG tamu yang sedikit bising daripada televisyen itu membuatkan Ayuni memerhati sekeliling. Tiada orang, tetapi tv terbuka? Volume pun boleh tahan kuat. Remot tv yang berada di sisi sofa diambil lalu memperlahankan volume tv tersebut.

"Eh, kenapa keluar bilik? Ingatkan nak terperap je dalam bilik tu."

Kedengaran ayat sindiran daripada belakang. Kepala Ayuni terus menoleh mencari pemilik suara tersebut.

"Weh, kesini sekejap. Aku nak cakap something dengan kau." tegur Ayuni kepada Amanda. Tangannya menepuk beberapa kali permukaan sofa disebelahnya.

Tanpa banyak soal, Amanda bergegas menuju kearah Ayuni. Nampak serius, jadi dia tak mahu banyak cakap.

"Awat? Macam ada something aja kau ni." Amanda mula meneka. Jangan-jangan dia nak minta restu aku untuk jadikan dia madu aku? Ha sudah! Fikir negatif aja Amanda.

Tangan Amanda dicapai Ayuni lalu digenggam erat. Muka bersalah ditayang Ayuni. Terjungkit kening Amanda dengan kelakuan pelik Ayuni tika ini.

"Aku..."

"Aku apa?"

"Erm-" air liur ditelan kesat oleh Ayuni. Dia berdebar sebenarnya.

"Cakap jelah, kau jangan menakutkan aku boleh tak?" Amanda sudah tidak sabar mahu mendengar kata-kata daripada Ayuni. Dia juga sedang berdebar tika ini.

"Okay, okay! Aku nak minta maaf dekat kau." terlepas juga apa yang nak dikata olehnya.

Bertambah pelik Amanda dengan kata-kata daripada Ayuni sekarang. "Minta maaf fasal apa pula ni? Kau demam ke apa sekarang ni? Macam tak betul je aku tengok." kata Amanda. Telapak tangannya melekap didahi Ayuni Mahu merasa suhu Ayuni. Tidak panas pula rasanya.

"Bukan, betullah aku nak minta maaf. Aku nak minta maaf pada kau sebab aku banyak sakitkan hati kau. Aku minta maaf juga fasal suami kau." tutur Ayuni ikhlas.

"Ko kenapa ni." bukan Amanda tidak suka apabila Ayuni memohon maaf kepadanya, tetapi dia hanya berasa was-was kepada Ayuni.

"Ish kau diam sekejap boleh tak? Bagi aku habis cakap dulu." rungut Ayuni. Naik geram pula dengan Amanda tika ini.

Amanda hanya akur. Selepas itu, Ayuni terus memohon maaf lagi kepada Amanda. Bersungguh-sungguh dia mahu kemaafan daripada Amanda. Melihat Ayuni seperti ikhlas, Amanda menerima permohonan maaf Ayuni. Dia juga turut meminta maaf kepada Ayuni kerana mulut pedasnya itu.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc.
Do vote and comment.

Zafiq's [C]Where stories live. Discover now