Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELEPASsahaja sampai ke rumah, katil terus dituju Amanda. Lelah katanya. Bajunya diganti dengan singlet berwarna putih kepunyaannya. Dia lebih selesa jika tidur hanya dengan memakai singlet. Sejuk? Kalau sejuk semestinya dia peluk Zafiq. Apa gunanya kalau ada suami tapi tidak peluk semasa tidur kan?
"Sayang, tak nak mandi dulu ke? Sejukkan badan?" tanya Zafiq. Dia mendekati kearah tempat penyidai tuala lalu mengambil salah satu tuala daripada situ sebelum melangkah kearah Amanda semula.
Amanda menggelengkan kepalanya menandakan maksud tak mahu. Kelopak matanya digosok perlahan. Comfoter berwarna putih ditarik menutupi bahagian tubuhnya. Wajah Zafiq dihadapannya dielus lembut sebelum melabuhkan kucupan hangat di kening berbentuk cantik Zafiq.
Tersenyum Zafiq dibuat Amanda. Tidak mahu kalah, kali ini Zafiq juga turut melabuhkan ciuman di kening Amanda. Sesekali bibir Amanda dikucup sekilas.
"Okay kalau macamtu, bagi abang mandi dulu. Lepas abang mandi, Manda boleh peluk abang ketat-ketat." kata Zafiq. Peha Amanda yang beralaskan dengan comforter itu ditepuk perlahan beberapa kali.
"Alright baby.."
Tanpa berlengah, Zafiq terus melangkah kearah bilik air. Terasa berlengas pula badannya.
"Baby.."
Amanda yang berada disebelahnya dipandang. Telefon pintarnya yang berada di tangannya diletak ketepi. Amanda mengigau ke? Getus hati Zafiq.
Wajah Amanda sedaya upaya dia perhatikan. Memang betul Amanda sedang tidur. Tiada pula nampak mata Amanda terbuka.
"Ya, sayang." Zafiq tetap juga membalas. Tubuh Amanda didakap erat sebelum kepalanya disorokkan di leher jinjang Amanda. Bau Amanda seperti bau manis-manis gula sangat digemari Megat Zafiq. Belakang Amanda ditepuk perlahan. Seolah-olahnya sedang mendodoikan bayi yang sedang terlena.
"I love you sayang." ucap Zafiq perlahan. Pelukan mereka masih belum dilepaskan. Kalau boleh setiap saat dia mahu memeluk Amanda.Tidak sampai lima minit, Zafiq turut melelapkan mata.
"Sayang."
Terdengar seperti namanya dipanggil, Amanda menggosok kedua-dua kelopak matanya perlahan. Tubuhnya disandarkan dikatil. Terpampang figura Zafiq dihadapannya.
"Abang.."
"Surprise!" dulang ditangannya diletakkan diatas katil. Sekuntum bunga ros merah yang segar diberi kepada Amanda.
Membulat mata Amanda. Fulamak, Zafiq buatkan breakfast la geng. Bunga ros yang disua oleh Zafiq diambil sebelum dihidu. Wangi.
"Abang, rajinnya abang buat breakfast pagi-pagi ni." kata Amanda. Jam didinding dilihat. Baru pukul 8:10 pagi.
Zafiq hanya tersenyum. Kepala Amanda dielus lembut. "Now, sayang bangun and cuci muka sekarang." arah Zafiq lembut.
Amanda bergegas menuju ke bilik air. Hatinya excited mahu merasa breakfast yang dibuat oleh Zafiq.
Setelah siap melakukan perkara yang disuruh oleh suaminya, Amanda menuju kearah katil semula.
Dia mengambil tempat dihadapan Zafiq. Pinggan yang berisikan nasi lemak ayam berempah diberi kepada Amanda.
Amanda mula menelan salivanya kesat. Nampak menyelerakan sungguh!
"Abang, sempat pula ya abang nak perap ayam ni." kata Amanda. Peha ayam berempah dilihat dengan penuh minat.
"Abang perap sekejap sahaja. Tapi abang dah rasa okay je. Sedap." Zafiq meludahkan fakta.
"Now sayang, cepat rasa." Zafiq sudah tidak sabar mahu mendengar pujian daripada Amanda.
Masakan Zafiq terus dijamah Amanda.Terangguk-angguk kepalanya menandakan bahawa masakan suaminya itu sedap.