Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BONETkereta dibuka. Beg baju kepunyaannya dia dan Amanda dikeluarkan sebelum membawa masuk ke dalam rumah kampung ayah dan ibunya. Bilik mereka dituju Zafiq. Dia kembali ke ruang tamu dan mengambil tempat duduk disebelah ayahnya.
"Lama ke kamu balik sini Zaf?" Soal Puan Aida sambil tangannya mengusap tangan menantunya lembut. Sesekali perut kempis Amanda dikerling. Tidak sabar dia mahu melihat perut kempis itu berubah menjadi bulat.
"Dalam seminggu camtu je mak, ayah. Zafiq tak boleh tinggal lama sangat kerja dekat ofis tu. Takut pekerja tak dapat handle." balas Zafiq.
Amanda disebelah Puan Aida turut menganggukkan kepala beberapa kali. Faham dengan kerja suaminya itu.
"Ni Manda, kamu rehat dulu lah ye dengan Zafiq. Nanti mak sediakan makan malam. Kita makan malam sama-sama." Ujar Puan Aida.
"Takpe mak, Manda boleh tolong mak." tangannya mengawang tanda tidak mahu berehat.
"Eish, apa pulak. Rehat je. Badan tu mesti penat." tanpa menunggu jawapan menantunya, dia terus melangkah kearah dapur.
"ZAFIQ, kamu tu nanti dekat Kuala Lumpur jaga bini kamu tu leklok. Jangan bagi dia buat kerja berat. Takut jadi apa-apa satgi." nasihat Encik Kaizul kali ke berapa entah.
Zafiq melepaskan tawa kecil. Adui, mak dan ayah sama je. Pesan benda yang sama berulang-ulang kali. Naik bosan jugalah telinga dia ni. Tetapi, dia sangat bersyukur apabila kedua ibubapanya cukup mengambil berat tentang isterinya. Ambil berat tanda sayang. Moga hubungan kekeluargaan ini tidak putus, ya Allah.
"Iyelah yah. Zafiq akan jaga menantu ayah tu leklok. Ayah jangan risau. Apa yang ayah perlu buat sekarang ini, percaya pada anak lelaki ayah ini. Megat Zafiq." keningnya dijungkitkan. Tanda yakin dengan diri sendiri.
"Ayah percayakan kamu."
Selepas makan malam, matanya semakin memberat. Minta direhatkan diri. Katil bersaiz queen didekati Amanda. Ingatkan balik kampung bolehlah lepaskan rindu pada Nek pah, tak sangka pula Nekpah berada di Kuala Lumpur. Kata ibu mentuanya, mahu melawat Ayuni disana.
"Sayang," panggilan daripada Zafiq menyentakkan lamunan Amanda. Senyuman nipis dikoyakkan.
"Dah nak tidur, sayang?" soal Zafiq. Badannya disandarkan dikepala katil. Amanda yang berada di birai katil terus mendekati suaminya.
"Haah, mata Manda berat. Rasa nak tidur je sekarang ini." bantal ditepuk beberapa kali sebelum Amanda mula membaringkan tubuhnya.
"Manda sentiasa budak-budak dimata abang, sayang." tubuh Amanda dipeluk daripada sisi. Matanya sendiri juga mula memberat tetapi masih mahu bermanja dengan isterinya.
"Iyeke?"
"Ya, sayang."
"I love you, abang."
Terkoyak senyuman manis Zafiq mendengar kata-kata cinta daripada Amanda. "I kove you more, cinta hati abang." pelukan pada Amanda diketatkan sebelum mereka dilamun mimpi yang indah.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.