Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"PERLAHAN sikit bawa kereta tu sayang, jangan tergesa-gesa." lengan isterinya yang sedang memandu itu ditepuk lembut. Lain macam bini dia hari ini.
"Alah abang ini, bawak bertenang abang." Amanda melepaskan tawa kecil. Tidaklah laju mana dia memandu.
"Hm yelah." Zafiq hanya akur.
"Abang nak singgah mana-mana tak?" dia tetap pelawa Zafiq walaupun suaminya itu kelihatan tidak sihat. Jika Zafiq kata mahu singgah di sesuatu tempat, dia sendiri akan keluar.
"Abang nak singgah dekat hati sayang, cia cia cia..." ayat manis sudah kedengaran dari mulut Zafiq.
Amanda menghamburkan tawanya. "Abang, sejak bila pandai nak bagi pickup line ni?" Zafiq yang berada disebelahnya dikerling.
"Dengan sayang aja,"
"I love you abang," jika tidak fikirkan dia sedang memandu saat ini, sudah lama dia menggomol pipi cengkung Zafiq. Comel sungguh abang ketika ini.
"Orang sayang ayang juga,"
"MALAM ni abang nak makan apa? Manda masakkan special untuk abang." keningnya dijungkit beberapa kali.
Bersinar mata Zafiq dengan tawaran daripada Amanda. Kalau macam ini hari-hari nak sakitlah jika Amanda akan memasak untuknya. Amanda jarang sekali mahu memasak. Katanya tiada keyakinan diri. Entah apa yang merasukinya hari ini mahu memasak sendiri.
"Siakap stim? Tch, senang kacang!" Amanda memetik jarinya hingga mengeluarkan bunyi. Kedengaran angkuh sekali.
"I can't wait to eat your siakap stim sayang,"
"SEDAP tak abang? Ataupun terlebih masam ke? Takpun terlebih gula?" Zafiq yang sedang menjamah makanannya ditanya. Hujung jarinya bertemu. Terasa gementar pula dia.
Terangguk-angguk Zafiq menikmati masakan Amanda. "Perfect sayang," dijawab soalan Amanda dengan jujur sebelum kembali menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
Terus bersinar mata Amanda mendengar pujian daripada suaminya itu. "Tipu lah abang ni, jangan la jaga hati Manda. Jujur please," dia tidak percaya perkataan daripada Zafiq walaupun dalam hati sudah bersorak riang.
"Orang jujur ni yang, tak tipu..."
"Serious? Kalau macam itu, ikan ini seekor abang habiskan." piring yang berisikan siakap stim limau disua lebih dekat kepada Zafiq.
Tawaan kecil Zafiq lepaskan. Hailah sayang... Happy sangat itu dapat pujian daripada abang.