BADAN ditegakkan untuk bersandar di katil. Amanda yang sedang membetulkan tudung dipandang. Cantik sangat isterinya mengenakan tudung. Semasa awal perkahwinan, Amanda masih belum mengenakan tudung. Tetapi selepas beberapa bulan sebelum itu, Amanda baru tekad untuk memakai tudung.
"Sayang,"
Kepala terus dikalih kearah suaminya yang berada di atas katil. "Ya suamiku sayang." senyuman manis bak gula diukir buat Megat Zafiq.
Terkoyak senyuman nipis Zafiq. Hailah sayang... Manis sangat senyuman itu. Getusnya sendiri.
"Awal lagi nak balik yang..."
"Maaf abang, Manda ada kerja sikit dekat kafe itu. Esok Manda datang okay abang? Abang tidur awal tau, jangan tidur lambat. Abang tu sudahla tak sihat. Kurang air pula tu dalam badan." kekura tangan Zafiq diusap sebelum tangan Zafiq disalam.
"Iya, nanti abang banyakkan minum air. Sayang drive nanti elok-elok. Jangan main phone faham?"
nasihat diberi. Tahulah dia Amanda akan ikut mengikut perintahnya. Amanda seorang isteri yang taat."Ya abang. Jangan risau fasal Manda okay? Risaukan diri sendiri tu dulu." hidung mancung Zafiq dicuit sebelum mengucup bibir merah Zafiq. Tersenyum Zafiq dalam ciuman tersebut. Sayang, jangan buat abang tak beri Amanda balik rumah.
"Yang, jangan macam ni. Tersasau karang..." pipi Amanda diusap lembut sebelum melabuhkan ciuman di dahi isterinya itu.
Amanda menyeringai sinis. "Manda memang nak abang tersasau." dia kenyit mata sekali.
"Disini bukan tempatnya okay? Esok kita sasau sama-sama." senyuman gatal menghiasi wajah Zafiq.
Merenyam sungguh!
"Thank you sayang,"
"Thank you for?" dahi Amanda berkerut seribu. Pelik Zafiq ucap terima kasih secara tiba-tiba.
"For this." tangannya mengusap perut rata Amanda. Ada nyawa di dalam perut ini. Membulat mata Amanda. Macam mana suaminya boleh tahu tentang ini? Dia sendiri belum beritahu pada sesiapa.
"Ma- macam mana abang tahu?" soalnya.
"Abang ternampak alat ujian kehamilan dalam toilet haritu. Ada dua line, dan abang yakin sayang mengandungkan anak abang." selepas mendapat tahu Amanda mengandung, dia terus bersujud syukur kepada ilahi.
"Maaf abang, sebab Manda tak beri tahu abang. Masa itu Manda tak yakin lagi yang ada nyawa dalam perut ni. Bila Manda pergi ke klinik untuk pengesahan doktor, abang pula pengsan." perut kempisnya diusap.
"Tak apa sayang. Abang happy sangat dapat anak ini. Alhamdulillah. Abang janji dengan sayang, abang akan jaga sayang dengan anak ini dengan baik. Doakan abang mampu untuk jadi yang terbaik untuk kita sekeluarga." terharu Amanda mendengar kata-kata dari suaminya itu.Air matanya yang mengalir sedikit dilap sebelum tubuh Zafiq didakap dengan erat.
Ya Allah, lindungilah hubungan mereka.
Tbc.
Do vote and comment.
YOU ARE READING
Zafiq's [C]
Kurzgeschichten1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RANKING #2in cerpen| 6/1/24 |HIGHEST RANKING #3in naughty| 6/12/23 Old title : Flirty Wife