Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
8 BULAN KEMUDIAN...
"Ayang," pintu bilik dikuak dari luar. Dulang yang beradi ditangan diletakkan di atas meja kecil yang berada bersebelahan Amanda.
Amanda koyak senyuman nipis. Badannya disandarkan dikepala katil. Sesekali wajahnya berkerut menahan kepedihan di bahagian bawahnya.
"Abang ada bawakan bubur untuk sayang. Abang masak sendiri tahu? Special untuk sayang." punggung dilabuhkan di birai katil. Mangkuk yang bersaiz sederhana juga di ambil.
"Bubur abang favourite Manda..." kata Amanda. Zafiq tersengih mendapat pujian daripada Amanda.
"Tapi selepas makan ni, sayang kena minum ni." cawan kecil yang berada di atas dulang ditunjukkan kepada Amanda.
Berkerut Amanda melihat warna air tersebut. Bukan susu, bukan juga air masak. Dahinya terangkat menantikan jawapan daripada suaminya itu.
"Air akar kayu." ujar Zafiq sebelum menghamburkan tawa halus melihat reaksi muka Amanda seakan tidak sanggup mahu menelan air itu.
"Abang, Manda takmau minum air ni..." Amanda sudah mula merengek. Wajah meminta simpati Amanda tidak dipedulikan Zafiq.
Isterinya kena sihat cepat! Kena minum juga. Ini kalau mak tahu Amanda tak mahu minum, pasti isterinya mendapat bebelan daripada maknya.
"Takmau camtu yang. Kena minum juga. Air ini bagus untuk dalaman sayang. Nak baiki balik apa yang sakit itu. Nanti dapatlah sayang cepat sihat. Ada faham?" ujar Zafiq dengan nada memujuk.
"Sakit..." adu Zafiq meleret. Tempat yang kena cubit dia usap perlahan. Amanda tersengih melihat reaksi wajah Zafiq. Nampak comel sangat.
Wajah cantik Amanda didongakkan oleh Zafiq sebelum...
CUP! CUP! CUP! CUP!
Terlepas tawa Amanda apabila wajahnya dinodai oleh bibir merah Zafiq. Tidak mahu kalah, kali ini dia pula memegang sisi wajah Zafiq lalu melabuhkan ciuman di setiap inci wajah suaminya itu.
CUP! CUP! CUP! CUP! CUP! CUP! CUP!
"Nak lagi sayang," sisi lengan Amanda dipegang lembut. Mukanya didepankan sedikit mahu memberi ruang kepada Amanda untuk menciumnya lagi. Rasa nak kena cium sampai malam pula dia rasa!
Bahu Zafiq ditolak Amanda lembut. "Siapa nak kiss abang lagi ha? Tak malu eh dengan anak?" anak lelakinya yang dengan lena di atas baby cot dikerling sekilas.
Zafiq turut mengalihkan pandangan kepada anak lelakinya. Megat Zahred, tanda cinta dan kasih sayang mereka.
"Alah, Zahred tengah tido kan sayang? Apa salahnya?" Zafiq semakin mengada-ngada.