Bab 5

5.6K 160 4
                                    

BEG pakaiannya dengan Amanda diletakkan di atas katil

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

BEG pakaiannya dengan Amanda diletakkan di atas katil. Amanda yang sudah terbaring di atas katil gara-gara kepenatan didekati sebelum dia turut baring di sebelah Amanda.

"Sayang, lepasni kita mandi okay? Lepas mandi,kita makan. Manda nak makan apa? Abang masakkan." Amanda disebelahnya di pandang. Tubuh Amanda didakapi erat seraya menyembamkan mukanya diceruk leher Amanda.

Amanda tersengih dengan kelakuan Zafiq disebelahnya. Terasa geli di bahagian lehernya apabila Zafiq menggeselkan batang hidungnya disitu. "Abang ni mengada lah.. Siapa yang ajar abang jadi mengada macam ni ha?" soal Amanda. Rambut Zafiq diusap perlahan.

"Siapa lagi kalau bukan Manda sendiri?" kata Zafiq.

"Cepatlah cakap Manda nak makan apa? Abang bersemangat ni nak masak untuk Manda.." pinta Zafiq. Dia suka apabila mendapat pujian daripada Amanda tentang masakannya.

Amanda berfikir sejenak. Nak makan apa ek? "Erm Manda rasa harini nak makan buttermilk chicken abang lah.. Boleh?" soal Amanda.

Mendengarkan jawapan daripada Amanda membuatkan Zafiq mengangkat kepalanya memandang wajah isterinya. Seriously? Buttermilk chicken? Easy peasy.

"Itu aja?" soalnya. Amanda hanya menganggukkan kepalanya.

"Okaylah kalau macamtu. Nanti abang masakkan. Apa-apa sahaja untuk isteri kesayangan abang ni." senyuman manis diukirkan. Rambut Amanda diserabaikan sebelum dia turun daripada katil untuk mendapatkan tuala mereka.

"Abang!"




ZAFIQ yang sedang lincah memotong bahagian dada ayam didekati. Niatnya mahu menolong Zafiq didapur. Amanda memeluk suaminya dari belakang.

Zafiq agak terkejut dengan tindakan Amanda itu. "Sayang, terkejutlah abang. Kalau abang kene serangan jantung macam mana? Lepastu abang mati. Nanti terpaksa Manda cari suami baru.." Zafiq sudah mula berdrama. Wajahnya dimonyokkan seraya memuncungkan bibirnya.

Amanda melepaskan tawa besar. Aduhai merepek apa pula Zafiq ini. "Apa yang abang merepek ni ha? Suami baru? Tolong sikit eh.. hanya abang sahaja yang akan jadi suami Manda sampai akhir nafas Manda." terang Amanda sebelum mengucup bibir merah suaminya.

Zafiq menunduk malu. Ish Amanda ni memang selalu buat abang malu! Getus Zafiq didalam hati.

"Lagi satu, sorry  tau abang sebab buat abang terkejut.." matanya dikelip-kelipkan beberapa kali. Berharap agar suaminya cair dengan wajah comelnya itu.

"Herm."

"Ala sorry la baby... Janganlah merajuk, tak kacaklah nanti buah hati Manda ni." pujuk Amanda. Suaranya dileretkan.

Zafiq tidak memberi reaksi apa-apa. Dia membuka pili air. Dia membasuh tangannya dengan sabun sebelum mengelap tangannya dengan kain bersih. Amanda dibelakangnya dipandang sebelum dia spontan mendukung tubuh Manda.

"Argh!" terkejut Amanda dibuatnya. Tangan Manda pantas memeluk leher Zafiq. Tubuh Amanda diletakkan diatas meja makan.

"Abang nak buat apa ni?" soal Amanda.

"Abang tak rasa harini abang nak makan buttermilk chicken." kata Zafiq. Senyuman nakal ditayangkan. Pipi Amanda diusap perlahan.

Amanda yang tahu apa maksud suaminya itu menayangkan senyuman nakal juga. Oh nak sakat aku ya? Meh sini aku sakat kau balik.

"Manda pon tak rasalah nak makan buttermilk chicken abang. Manda rasa nak makan.." ayatnya digantungkan.

Dia mendekatkan wajahnya di telinga Zafiq. Zafiq menunggu jawapan daripada Amanda. "Kalau Manda nak makan abang sekarang boleh?" sambung Amanda. Dada bidang Zafiq diusap lembut.

"Astaghfirullah!"

"Astaghfirullah!"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tbc.

Zafiq's [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang