"IBU, ayah, jangan tinggalkan kakak..." suara sayu itu sayup-sayup kedengaran didengari oleh Zafiq. Matanya memandang disebelah sisinya. Dahinya berkerut seribu apabila melihat Amanda yang sedang meracau. Air mata juga kelihatan mengalir deras di pipi isterinya itu. Tahulah dia bahawa Amanda sedang bermimpi tentang kedua orang tuanya. Dia terus bangun daripada baringnya, untuk menenangkan Amanda. Tubuh Amanda dipeluk daripada belakang. Bahu Amanda ditepuk perlahan.
"Syhhh, sayang. Abang ada ini," peluh yang menitik di dahi Amanda disapu menggunakan jari-jemarinya.
Amanda tidak memberi tindak balas terhadap perbuatan Zafiq. Dia masih meracau apabila mimpi itu belum hilang didalam kepalanya. "Ibu, ayah, kakak rindu..." makin deras air mata yang mengalir dari tubir matanya.
"Sayang, hey abang ada dekat sebelah sayang, tenang sayang..." bahu Amanda masih ditepuk Zafiq perlahan. Kali ini, baru isterinya tersedar daripada lena yang mengacau jiwanya. Amanda terus mendakap Zafiq dengan erat. Melepaskan tangisan yang dari tadi tidak henti di dada bidang Zafiq. Zafiq mengeratkan pelukan tersebut. Dia beristighfar perlahan dengan berharap Amanda akan berasa lebih tenang.
Wajahnya diangkat mencari mata Zafiq. Tatapan Amanda dibalas dengan mata kuyu Zafiq. Sangat menenangkan pandangan redup daripada Zafiq itu. "Sayang, peluklah abang ketat-ketat jika sayang punya sedih belum reda. Abang akan balas pelukan hangat sayang..." ujar Zafiq lembut sebelum menghadiahkan kucupan hangat pada dahi Amanda.
"Abang," matanya masih merenung sepasang mata kuyu milik Zafiq. Sebak masih berada di dadanya kerana memimpikan orang tuanya yang sudah lama meninggalkannya akibat kemalangan jalan raya sejak dia berusia 19 tahun.
"Ya sayang." mata sembap Amanda yang kemerahan ditatap.
"Manda sedih abang. Manda rindukan ibu dan ayah." luah Amanda perlahan. Air liurnya tika ini terasa kesat hendak ditelan.
"Sayang, pasti mereka pun rindukan sayang di syurga sana. Manda tak boleh sedih sayang, abang pasti mereka juga akan sedih jikalau lihat Manda macam ini." balas Zafiq lembut. Hatinya sendiri terasa bagai disiat-siat oleh sesuatu yang tajam apabila melihat air mata isterinya mengalir tanpa ampun. Pedih. Pedih apabila mengenangkan nasib isterinya. Isterinya seorang yatim-piatu.
"Jika kita rindukan manusia yang telah dijemput ilahi, kita boleh menghadiahkan mereka bacaan surah Al-Fatihah dan Yassin. Jadi, abang nak sayang terus sedekahkan mereka bacaan Al-Fatihah dan Yassin." sambungnya lagi. Pelukan yang mula longgar dileraikannya.
Mendengarkan nasihat daripada suaminya itu sedikit sebanyak dapat menenangkan hatinya yang dilanda rasa sebak itu. Ketika ini, dia mengucapkan rasa syukur kepada-Nya kerana meminjamkan Zafiq kepada dirinya. Zafiq memang seorang imam yang baik buatnya.
"Terima kasih abang tenangkan Manda. Manda sayang abang, tolong jangan tinggalkan Manda. Manda bersyukur kerana Allah hadiahkan jodoh yang baik untuk Amanda," rahang Zafiq dikucup dengan syahdu oleh Amanda.
Zafiq koyak senyuman lebar. Kali ini, dia pula yang menghadiahkan ciuman diseluruh wajah putih Amanda. "Abang lagi berganda bersyukur sayang kerana dijodohkan dengan perempuan yang baik seperti Amanda Safina. Abang sayang Manda. Abang tak akan sesekali lepaskan Manda. Manda milik abang selamanya. Hingga akhir hayat abang. Abang mohon pada sayang, jika suatu hari kita ada masalah, berikan abang peluang untuk membaikinya. Tolong jangan bagi abang sakit sayang..." air matanya mula keluar perlahan daripada tubir mata.
Entah kenapa, dia rasa sebak tiba-tiba. Entah apa yang akan terjadi selepas ini dia tidak tahu, tetapi dia hanya berharap agar Allah akan pelihara hati mereka berdua.
Tbc.
Do vote and comment.
YOU ARE READING
Zafiq's [C]
Short Story1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RANKING #2in cerpen| 6/1/24 |HIGHEST RANKING #3in naughty| 6/12/23 Old title : Flirty Wife