Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
LOCENG rumah ditekan sekali oleh Amanda. Apabila tiada tanda-tanda pintu rumah itu mahu terbuka, ditekan lagi sekali loceng itu. Barulah muncul figura seorang lelaki.
Aqlan menggosok perlahan kelopak matanya yang terasa pedih. Gerangan seorang perempuan dihadapan pagar rumahnya dipandang bersama kerutan didahi.
Selipar disarungkan sebelum mendekati kearah sosok gadis itu. Tanpa membuka pagar rumahnya, Aqlan mula menanyakan soalan.
"Cik siapa ya? Ada apa datang rumah saya awal pagi ni?"
Amanda berdehem sebelum menjawab soalan yang dituju kepadanya. "Puan. Bukan cik." Amanda membetulkan panggilan Aqlan kepadanya.
Terjungkit kening Aqlan sebelum dia hanya mengiyakan sahaja kata-kata perempuan yang berada di hadapannya. Terasa segan pula dia apabila ditegur begitu.
"Nama aku Amanda. Aku jiran depan rumah kau. And... Zafiq tu suami aku." terang Amanda.
"Ouh, jadi?" pelik pula Aqlan apabila Amanda berkata seperti itu.
"Aku nak bagi amaran. Jangan pernah ada perasaan pada suami aku tau. Kalau tak aku suruh Zafiq headlock kau." dengar seperti kelakar, tetapi tidak bagi Amanda.
Kedengaran tawaan sumbang Aqlan di telinga Amanda. Eh excuse me, dia serius tau!
"Kalau aku nak suka pada suami kau juga, kau nak buat apa?" bibirnya mengherotkan senyuman sinis. Niat mahu mengusik sahaja.
Amanda berdecit. "Berani eh kau nak cuba-cuba. Kalau nak rumah hangus, trylah." balas Amanda berbaur amaran. Dia bukan mahu menuduh, tetapi nalurinya berkata seakan-akan terjadinya perkara itu. Malangnya naluri dia tidak boleh pakai sebenarnya. Tetapi, biasalah manusia. Selalu ikutkan emosi.
"Aku yang lelaki ini pun kau syak-wasangka, apatah lagi dengan perempuan kan?" tersentap pula Amanda dengan kata-kata Aqlan itu. Dia berdehem kecil, malu.
"Cuba untuk percayakan suami kau, kalau dia boleh percayakan kau, kenapa kau tak boleh lakukan perkara yang sama kan?" sambung Aqlan lagi.
Amanda sentap kali kedua. "Okay, okay... Aku balik dululah. Jangan bagitahu laki aku tau fasal ni! Kalau tidak, punggung kau ada bisul." amaran diberikan oleh Amanda. Dia berlalu pergi kembali ke rumahnya selepas memberi salam. Aqlan hanya menjawab salam itu.
"Zafiq, Zafiq. Overthinking betul bini kau tu. Moga-moga bini kau tak cemburu nanti dengan anak kau." seloroh Aqlan sendirian seraya melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.