Bab 3

6.3K 194 2
                                    

"Abang nak mandi lagi ke?" soal Amanda diatas katil sedang membaca novel

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Abang nak mandi lagi ke?" soal Amanda diatas katil sedang membaca novel. Novel diletakkan sekejap. Dia mula mengatur langkah mendekati suaminya.

"Haah. Bandan rasa berlengas pulak.." jawab Zafiq. Amanda yang menggelungkan tangan dilehernya dipandang. Ha sudah mulala tu.

"Nak mandi sekali boleh..?" pinta Amanda seraya menayangkan muka gedik. Zafiq rasa nak lari je sekarang ni, rasa nak menangis pun ada.

"Err.."

Tok! Tok!

Mereka berdua terus memandang kearah pintu yang diketuk. Amanda menjeling mengampah. Kacau betul la malaun ni. Bukan dia tak tahu itu siapa.

Dia melepaskan Zafiq. Zafiq tersenyum nipis sebelum mengatur langkah mahu membuka pintu tersebut. Amanda mengikut dari belakang.

"Eh abang.. Maaflah kacau, ni Ayuni nak bagi abang punya selimut. Maklong baru basuh." Ayuni memberi selimut berwarna biru yang disuruh Puan Aida kepada Zafiq. Senyuman manis dilorek untuk Zafiq.

"Oh terima kasih." Zafiq lantas menyambut selimut tersebut.

"Abang pakai selimut ke? Setahu Manda abang kalau sejuk mesti peluk Manda kuat-kuat. Sampai lemas Manda. Tapi tak apa, apa-apa sahaja untuk suami tercinta Manda.." ucap Amanda. Dia mahu membuat hati Ayuni panas. Dasar perempuan gatal. Laki orang juga kau nak ek?

Ayuni menggepal kedua tangannya. Kurang ajar punya perempuan. Saja nak sakitkan hati aku.

"Sejuk ke tidak sejuk abang sentiasa akan peluk Manda." pipi Amanda digomol sebentar sebelum meminta izin ingin membersihkan diri.

Setelah hilang sosok tubuh Zafiq, Ayuni memulakan perang mulut. Fikir dia nak diam aja? Tadi pun dia diam kerana tidak mahu abang Zafiqnya menilai dirinya buruk.

"Hey perempuan, kau jangan nak tunjuk hebat sangat eh! Sedar diri sikit yang kau itu perampas. Abang Zafiq memang hak aku dari dulu." kata Ayuni. Jarinya ditunding kearah muka Amanda.

Amanda hanya menayangkan muka tenang. "Hak? Hak sebagai apa ya cik kak? Setahu aku la kan.. Dia tak suka kau pun. Sebab itulah dia ajak aku kahwin. Sebab dia cintakan aku." dia menayangkan senyum mengejek kepada Ayuni. Perempuan ni memang tak malu ke?

"Ayuni!" belum sempat dia mahu membalas kata-kata Amanda, terdengan suara Nek Pah memanggilnya. Ayuni menjeling Amanda sebelum berlalu pergi.

Amanda menayangkan muka menyampah. Fikir dia takutlah? Pintu biliknya ditutup sebelum menyambung membaca novel miliknya.




SUAMINYA yang sedang mengenakan pakaian diperhati. Selang beberapa minit selepas mengenakan pakaian, Zafiq mengatur langkah kearah katil. Badannya disandarkan.

"Amanda sayang.." panggil Zafiq. Jari-jemari Amanda dielus lembut.

"Ye abang." sahut Amanda. Mukanya berpaling melihat Zafiq disebelahnya.

"Sini." ribanya ditepuk beberapa kali mengarahkan isterinya duduk disitu.

Melihat itu, Amanda mula tersenyum bahagia. Cepat sahaja dia mengikut arahan suaminya.
Pinggang Amanda dipegang. Kini kedudukan mereka sangat dekat. Terasa hembusan nafas masing-masing.

"I love you sayang.." Amanda dipeluk erat. Zafiq sendiri pelik dengan dirinya sekarang. Tidak malukah aku?

"I hate you"  Amanda menyengih mahu menyakat Zafiq.

"Takmau yang itu.." Zafiq mula mengada.

"Habistu? Nak yang mana?" Amanda buat-buat tanya.

"Balas la balik I love you abang.." pinta Zafiq. Pelukan masih belum dilepaskan.

Amanda mengalah. Dia tak boleh apabila Zafiq mula bermanja dengannya. Seperti mahu cair rasanya. "I love you too abang."

"I love you more sayang.."

Tbc

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tbc.

Zafiq's [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang