Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
COMFOTER ditarik Zafiq hingga ke paras dadanya. Jam yang digantung di dinding dikerling. Jam sudah menunjukkan jam sebelas tetapi Amanda belum berada di didalam bilik.
"Mana Manda pergi ni? Orang dah nak tido ni. Dia tak tahu ke aku perlukan pelukan daripada dia?" soal Zafiq sendirian. Keningnya yang tak gatal digaru.
10 minit berlalu...
"Eh lamanya dia ni keluar." rungut Zafiq. Sesekali dia menguap menandakan sudah mengantuk. Sepasang matanya sudah berair ketika ini akibat menguap sebentar tadi. Baru dia mahu terlelap, pintu biliknya dikuak daripada luar. Muncullah wajah kesayangannya itu.
"Ayang..." tangannya meraih pergelangan Amanda. Raut wajah Amanda diperhati. Kelihatan wajah Amanda seperti sembab. Baru lepas menangis ke ni?
"Ya abang. Lama ke abang tunggu Manda? Sorrylah Manda lambat sikit sebab tadi Manda layan movie." terang Amanda seraya mengukir senyuman manis. Kekura tangan Zafiq diusap.
"Lah kenapa abang tak tidur aja tadi?" keningnya terjungkit mendengar kata-kata daripada suaminya itu.
"Abang tunggu sayangla..." meleret sahaja kedengaran pengakuan daripada Zafiq.
"Tunggu Manda kenapa?" tanya Amanda. Sahaja mahu mengusik suaminya. Harap-haraplah jawapan Zafiq sesuai ekspektasinya.
"Sebab abang nak peluk sayang semasa tidurlah." jujur Zafiq. Malas nak coverline malam-malam ni.
Mendengarkan jawapan daripada Zafiq itu, membuatkan Amanda tersipu malu. "Apaan sih abang ni, suka buat Manda malu." bahu Zafiq ditampar manja berkali-kali. Zafiq hanya menghamburkan ketawa.
"Ni kenapa mata sayang sembab? Siapa buat sayang? Beritahu abang. Berani dia buat kesayangan abang ni menangis." bahagian mata Amanda diusap perlahan sebelum dia mengucup kelopak mata isterinya itu. Tanda menyalurkan kasih sayang.
"Alah abang ni, over pulak. Ni, Manda ada layan satu movie ni. Tajuk dia Man in Love. Abang tahu tak, sedih sangat cerita tu. Sebab itu mata Manda ni sembab." balas Amanda. Kedua telapak tangan Zafiq yang berada di pipinya diusap.
"Haih, lain kali ajaklah abang sekali. Kita nangis sama-sama." muka protes ditayang Zafiq.
"Manda tengok movie itu dengan Yuni tadi. Abang nak ke join sekali?" Amanda mengjungkitkan kening sebelah.
"Eh tak naklah. Abang nak dengan sayang je..."
"Abang nak tahu something tak?"
"Nak, nak." kata Zafiq teruja.
"Yuni dia minta maaf pada Amanda tadi." ujar Amanda. Tercengang Zafiq mendengar pernyataan daripada Amanda itu.
"Minta maaf pada sayang? Sebab apa?" soal Zafiq ingin tahu.
"Sebab dia mengorat abang." balas Amanda.
"Oh, dia dah insaflah ni?" soal Zafiq. Macam pelik, tapi baguslah kalau dah insaf.
Amanda menganggukkan kepalanya. "Kenapa? Abang sedih ke bila lepasni dia dah tak mengorat abang?" Amanda mula berprasangka.
"Eh, mana ada sayang. Tak elok cakap macam itu."
Zafiq dijelingnya. "Abang jangan macam-macam tau!" Amanda sudah mula memberi amaran keras.
"Tak ada maknanya abang nak dekat dia." terang Zafiq jujur.
"You know what sayang?" kedua tangan Amanda diraih Zafiq.
"What?"
"No one can replace you in my heart, cinta hati abang."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.