Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
SENJA tadi Zafiq dan Amanda sudah selamat sampai di kampung halaman Megat Zafiq. Kini mereka sekeluarga sedang sibuk berbual di ruang tamu sambil melayan perlawanan bola sepak.
Air teh'o yang dibuat oleh Amanda diteguk mereka. Kini di ruang tamu ada Zafiq, Amanda, Nek Pah, Puan Aida, Encik Kaizul serta Ayuni a.k.a sepupu Zafiq.
"Amanda, Zafiq dekat rumah tu tolong tak buat kerja dekat rumah tu?" Puan Aida menyoal menantu perempuannya. Sengaja mahu mengusik anak lelakinya itu.
Amanda yang mendengar soalan itu menayangkan senyuman nipis. Suaminya itu? Kalau ikutkan, Zafiq lebih banyak membuat kerja rumah memandangkan dia tidak begitu tahu menahu soal kerja rumah. Dia hanya bantu apa yang suaminya minta. Kerja yang selalu dia buat tak lain tak bukan menyapu, basuh pinggan serta membasuh baju.
"Abang memang banyak tolong mak. Abang rajin tahu mak dekat rumah tu.. Kalah kita yang perempuan ini." Zafiq yang mendengar pujian dari isterinya itu menunduk malu. Lagipun kerja rumah itu tanggungjawab suami.
Semua yang berada di ruang tamu ketawa kecil kecuali Ayuni. Geli hati mereka melihat reaksi Zafiq. Anaknya yang seorang itu memang pemalu.
"Aik? Manda dekat rumah buat apa je kalau kerja rumah abang Zafiq buat?" soal Ayuni mendatar. Matanya memandang Amanda yang sedang makan biskut kering cecah dengan air teh itu.
Amanda memberi senyuman sinis kepada Ayuni. Dah mula ke tu Cik kak nak cari pasal?
Nek Pah yang mendengar soalan dari Ayuni itu sudah dapat mengagak yang cucu perempuannya itu mahu mencari fasal. Dia lantas membuka topik baru. "Kamu berdua ni bila nak beri nenek cucu? Nek nak jugalah timang cucu sebelum nek pergi.." sayu bunyinya percakapan Nek Pah.
Zafiq yang mendengar soalan itu terus melangkahkan kakinya ditempat dimana Amanda, Puan Aida, Nek Pah serta Ayuni berada.
Tempat disebelah isterinya diduduk. Nek Pah yang berada di depannya dipandang sebelum menggenggam kekura tangan tua itu.
"Insyaallah nek, nanti kitaorang bagi nenek cucu. Yang comel-comel punya." balas Zafiq. Kepalanya dikalihkan kearah isterinya sebentar lalu memberi senyuman nipis.
"Jangan risau nek, mak, ayah. Lepas ini Manda goda abang Zafiq lagi. Biar dia tertumpas. Muahaha." Amanda melepaskan tawa. Ayuni menjeling menyampah. Dasar perempuan perampas!
Nek Pah, Puan Aida serta Encik Kaizul turut melepaskan tawa. Menantu mereka ni memang muka tebal ya? Walau apapun terjadi, mereka tetap mendoakan yang terbaik buat mereka.
Zafiq berdehem sedikit apabila mendengar jawapan daripada Amanda. Mulut isteri dia ni memang tak ada insuran ke? Zafiq menayangkan senyuman kepada mereka semua walaupun dalam hati sudah tidak tenang. Dia malu..
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.