Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Punggung dihempas kuat di atas sofa empuknya. Tas tangannya di letakkan di tepi. Matanya dipejam sebentar.
Penat baru balik dari kerja dilepaskan. Di kafenya tadi, salah seorang daripada staff nya memberi tahu ada yang mahu sabotaj kafenya.
"Haih serabut kepala otak aku." Dia mengeluh perlahan. Siapa yang berhati busuk mahu mengenakan dia?
Penat mimikirkan soalan yang berlegar-legar didalam kepalanya, dia membuat keputusan untuk lena sebentar.
Launganazan maghrib menyentak lenanya. Jam didinding dilihat. Allahuakbar! Aku tertidur sampai maghrib!
Dia meregangkan badannya yang terasa lenguh. Telefon pintarnya diambil lalu dibuka aplikasi WhatsApp. Chat daripada Zafiq dibaca.
'Assalamualaikum saya balik lewat sikit harini. Mungkin lepas maghrib baru sampai rumah.'
Terangkat kening Amanda melihat pesanan dari suaminya itu.
"Aik? Saya? Biasanya kalau dia bahasakan diri sebagai 'saya' ni mesti ada benda tak kena.." Amanda mula berprasangka.
Tas tangannya diambil lalu melangkah menuju ke bilik. Membersihkan diri sebelum menunaikan solat maghrib.
"Assalamualaikum." lantang suara memberi salam daripada luar.
Amanda terus meluru ke pintu utama. Pintu dibuka. "Waalaikumussalam abang." balas Amanda. Tangannya menyambut huluran salam daripada Zafiq.
Muka Zafiq kelihatan agak lelah tetapi tetap menghadiahi senyuman buat Amanda. Mereka masuk di dalam rumah sebelum tubuh Zafiq Amanda bawa masuk ke bilik.
"Abang, abang nampak penat sangat harini. Lepas abang mandi Manda urutkan abang okay? Service paling mantap Manda bagi dekat abang." kata Amanda. Lengan sasa Zafiq diusap.
"Wow, service yang macam mana tu sayang?" Zafiq tersenyum menyenget.
Pinggang isterinya dirangkul erat. Kepalanya direhatkan diatas bahu Amanda.
"Service daripada isteri buat sang suami tercinta." Amanda sudah mula menggedik.
Tersengih Zafiq mendengar jawapan daripada Amanda. "That's why I love you baby.." meleret sahaja suara Zafiq.
Gulp! Mendengar kata-kata daripada Zafiq itu membuatkan Amanda malu..
"I love you too abang." ujar Amanda.
"I love you more baby." Zafiq tidak mahu kalah.
"Mengadalah abang ni. Dah, cepat sana mandi!" Belakang suaminya ditepuk perlahan. Makin lama makin menjadi. Ada juga yang dia ngap Zafiq karang!
"Kejaplah sayang, tiba-tiba rasa malas pulak." kata Zafiq. Tubuh genit Amanda dibawa ke katil. Kini mereka baring di atas katil.
"Wowowo okay abang mandi sekarang. Kang lain pula jadi kalau biar Amanda mandikan abang." balas Zafiq. Sempat dia mencuit hidung mancung Amanda sebelum turun daripada katil.
"Hahaha adoi tahu pula takut! Nasib suami."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.