Bab 16

2.3K 100 7
                                    

APRON yang berada didalam laci diambil sebelum memakainya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

APRON yang berada didalam laci diambil sebelum memakainya. Rambut ikal mayang miliknya diikat dengan gaya simpul sebelum menuju langkah ke arah rak pinggan.

Mangkuk yang bersaiz sederhana serta sudu besi dicapainya. Selepas meletakkan barangan tersebut diatas meja dapurnya, Amanda lantas melangkah ke arah peti ais. Creamcheese dan susu dutchlady diambil lalu diletakkan diatas meja tersebut.

Creamcheese tersebut dibuka dengan menggunakan gunting sebelum dua sudu besar air susu dutchlady dituangkan kedalam mangkuk.

Ditenyeh-tenyeh creamcheese dengan penuh sabar menggunakan sudu. Lenguh tangannya akibat membuat perkara tersebut. Selepas beberapa minit, sebati juga creamcheese itu. Susu pekat diletakkan juga dalam dua sudu besar.

Kini, Amanda mula mencelupkan beberapa biskut kering dengan susu. Disusun cantik biskut tersebut di dalam bekas. Selepas itu, dia ratakan creamcheese. Berulang-ulang kali dia membuat perkara yang sama sehingga kejadiannya cheesekut terlihat menyelerekan.

Selepas mencuci pinggan mangkuk yang digunakan tadi, dia meletakkan bekas cheesekut kedalam peti ais.





"Abang.." panggil Amanda. Kini dia berada di pejabat Megat Zafiq.

Kerusi yang terletak dihadapan meja Zafiq menjadi tempat sasarannya.

"Sayang.." sahut Zafiq lembut. Dia bangun daripada duduknya dan mendekati Amanda yang berada di depannya.

"Sayang, datang pejabat abang ada apa?" kerusi Amanda dipusingkan menghadapnya dirinya. Amanda dikuci dengan kedua-dua tangannya berada di sisi kerusi itu.

Amanda memaut leher Zafiq. Wajahnya didekatkan disebelah telinga Zafiq.

"Manda ada buatkan abang dessert."

"Erm dapnye.." Zafiq sudah mula mengada. Senyuman manis ditayang.

Kedua lengan Zafiq dileraikan Amanda. Bekas cheesekut yang berada didalam beg plastik dibawa keluar.

"Manda buatkan abang cheesekut." bekas plastik itu dibuka.

Telefon pintar yang berada di poket seluarnya Zafiq ambil. Kamera dibuka sebelum snap gambar cheesekut tersebut.

Memang kebiasaan Zafiq akan mengambil gambar makanan yang dimasak oleh Amanda terlebih dahulu sebelum memakannya.

"Meh abang rasa." bekas yang berada di tangan Amanda diambil sebelum menjamah cheesekut tersebut.

"Benda ni lagi sedap kalau makan time sejuk-sejuk." kata Amanda.

"Macam ni pun sedap la yang."

"Baguslah kalau gitu." Amanda mengiyakan sahaja.

Tengah syok makan, terlupa pula Zafiq mahu mempelawa Amanda. Tersengih sebersalah dia.

"Sayang, sayang nak ke? Tak payahlah sebab ni abang punya kan." ujar Zafiq. Kali ini muka tidak bersalah ditayang kepada Amanda.

Amanda sahaja buat-buat terkejut dengan percakapan Zafiq.

"How dare you, abang."

"Okay-okay nah. Sorry yang.." bekas plastik itu disua kepada Amanda. Lengan Amanda dielus perlahan tanda memujuk.

Amanda melepaskan tawaan kecil. Seronok mengenakan suaminya itu.

"Aik why sayang?" tanya Zafiq keliru.

"Abang makanlah puas-puas, dekat rumah kita tu ada lagi." balas Amanda.

" balas Amanda

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tbc.
Do vote and comment.

Btw, story Flirty Husband is coming!

Zafiq's [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang