AYUNI yang sedang menyapu daun-daun kering di halama rumah diperhati. Niat mahu menolong tetapi tiba-tiba rasa malas pula diri ini.
Selipar disarungkan dikaki. Dirinya mengatur langkah mendekati Ayuni. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi kayu di tepi sana.
Ayuni yang perasan akan kehadiran Amanda menjeling menyampah. "Kau buat apa dekat sini? Setakat nak tengok aja aku buat kerja ini baik tak payahla.." ujar Ayuni. Dia kembali melanjutkan pekerjaannya.
"Malas lah aku.. kerja ini sesuai dengan kau sebab kau menumpang kan, dekat rumah ini? Jadi kau kenalah tunjukkan diri kau ni berguna sikit." balas Amanda tenang. Wajah Ayuni langsung tidak dilihat. Dia lebih tertarik melihat bendang dihadapannya. Angin segar ini yang dia rindukan.
Berasap telinga Ayuni mendengar. Kurang ajar sangat kenapa minah ini? Suami tak ajar ke?
"Eh, perempuan! Mulut kau tu jaga sikit eh. Kau tak ada hak nak cakap macamtu. Apa? Aku menumpang? Ibu dengan ayah aku meninggal and diaorang nak sangat jaga aku. So apa lagi? Dah ada orang nak jaga aku kan, buat apa aku nak tolak? Lagipun diaorang keluarga aku juga!" Ayuni menaikkan sedikit suaranya. Bengang dengan perempuan didepannya ini. Kepalannya diarahkan didalam rumah sebentar. Bimbang jika Zafiq mendengarnya."Hahaha keluarga konon. Kau jangan ingat yang aku tak tahu apa yang kau buat di belakang diaorang." ugut Amanda. Wajahnya dipalingkan kearah Ayuni.
Ayuni tersentak. Serta merta perilakunya terhenti.
"Kau merepek apa ni Amanda?" suaranya cuba dikawal walau didalam hati sudah sedikit cuak."Kau pergi clubbing kan?"
Ayuni terkejut. Air muka cuba dikawal sebaik mungkin. "Hah!? Clubbing? Apa kau cakap ni betina? Buat apa pergi clubbing kalau boleh mengaji? Kau fikir aku macam perempuan murah dekat luar sana ke?" bidas Ayuni.
"Mengaji konon. Sok suci." selepas mentuturkan kata itu, Amanda terus meninggalkan Ayuni. Kakinya melangkah mahu masuk kedalam rumah.
KETIKA ini, Zafiq sedang memujuk pemaisuri hatinya kerana kesalahfahaman Amanda terhadapnya.
Tubuh Amanda yang menghadap ke luar rumah dipusingkan menghadap kearahnya. Lengan Amanda dielus lembut. Amanda masih dengan muka cemburutnya.
"Manda sayang, janganlah buat muka macam ini, kurang comel tahu tak? Cuba senyum. Abang nak tengok sayang senyum.." meleret suara Zafiq. Senyumannya diukirkan.
"Taknak! Kalau abang nak Manda senyum abang kene dukung Manda lepastu kita Mandi sama-sama." ujar Amanda. Dari semalam dia minta untuk mandi bersama Zafiq, tetapi ada sahaja halangannya.
"Ok jom!" tanpa membuang masa, Zafiq terus mendukung tubuh kecil isterinya itu. Amanda terjerit kecil. Mereka terus menuju kearah bilik mandi. Memandangkan dirumah ini sekarang hanya tinggal mereka berdua, jadi dia akan melepaskan peluang ini. Siapa je tak mahu mandi dengan bini sendiri der!
Tbc.
YOU ARE READING
Zafiq's [C]
Short Story1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RANKING #2in cerpen| 6/1/24 |HIGHEST RANKING #3in naughty| 6/12/23 Old title : Flirty Wife