Bab 11

3.2K 106 1
                                    

SETELAH siap check in hotel, Zafiq dan Amanda merehatkan diri sebentar

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

SETELAH siap check in hotel, Zafiq dan Amanda merehatkan diri sebentar. Kini, mereka berdua sedang berbaring di atas katil. Remote aircond dicapai Amanda sebelum meningkatkan suhunya. Agak panas cuaca hari ini. Amanda merapatkan lagi tubuhnya dengan tubuh Zafiq. Zafiq disebelahnya hanya menahan senyum. Tubuh sasa Zafiq didakap erat oleh Amanda seraya Zafiq juga membalas dakapan itu. Ubun-ubun Amanda dikucup Zafiq lama. Melepaskan rasa cinta disitu.
Amanda tersengih nakal dengan perbuatan Zafiq itu.

"Abang, abang nak Manda ke sekarang?" soal Amanda nakal. Matanya menjamah muka menahan malu Zafiq.

Terkulat-kulat Zafiq mahu menjawab soalan daripada Amanda. "Eh, abang pula? Ke sayang yang nak abang sekarang?" usik Zafiq. Sebenarnya dia malu nak jawab pertanyaan Amanda, jadi dia tanya soalan begitu.

"Aik, Manda pula yang kena?" Alis cantik Amanda terangkat.

"Haah iye--" belum sempat Zafiq menghabiskan ayatnya, dia terasa ada sesuatu yang lembut menindih bibirnya. Amanda memang nakal. Zafiq dengan lantas membalas ciuman daripada isterinya. Peluang dah ada takkan nak lepas kan. Iye dok?

Selepas kedua-duanya selesai melepaskan rasa cinta yang terpahat dihati, Zafiq berdehem kecil. Jantungnya kini seperti baru lepas marathon.
Amanda tersengih sendiri melihat reaksi suaminya itu. Kelihatan sungguh comel.

Jari jemari Amanda dicapai oleh Zafiq sebelum melabuhkan ciumannya di kekura tangan Amanda. Amanda apa lagi, dah cairlah sekarang.

"Sayang nak rehat lagi? Kalau tak nak, jom kita siap-siap sekarang." kata Zafiq. Kekura tangan Amanda diusap perlahan.

"Erm tak nak lah. Manda dah okay sekarang." balas Amanda.

Zafiq menganggukkan kepalanya sedikit. "Kalau macamtu, jomlah kita mandi. Lepastu kita pergi tengok ikan." ujar Zafiq lagi.

Dahi Amanda berkerut pelik mendengar kata-kata daripada Zafiq. "Kita?" soal Amanda.

"Ha?"

"Kita mandi sama-sama?" tanya Amanda. Amanda menyeringai nakal.

Alamak! Zafiq kena serkap jarang. "Sayang nak ke? Abang tak kisah kalau sayang nak.." kata Zafiq agak perlahan. Sebenarnya dia sedikit malu lagi-lagi apabila dapat dilihatnya Amanda sedang menyeringai nakal.

"Tak nak lah." balas Amanda seraya tubuhnya melangkah turun daripada katil bersaiz queen itu. Ditinggalnya Zafiq seorang diri dalam keadaan terpinga-pinga.

Mata Zafiq hanya melihat batang tubuh Amanda berlalu pergi. Aik? Bukan selalu nak ke? Getus Zafiq dalam hati.






Pintu bilik air ditutup perlahan oleh Amanda. Jantungnya kini berdegup kencang sekali. Kelakuan Zafiq membuatkannya berasa malu. Walaupun dia yang mulakan dulu, tetapi dia tetap malu.

Dadanya diurut perlahan. Wajahnya kini mula berona memerah. "Haihla Manda, siapa suruh kau cakap macam itu dekat suami kau! Tengok sekarang diri sendiri yang menahan malu." Kata Amanda seorang diri. Mukanya ditutup dengan kedua-dua tapak tangannya.

Sungguh Megat Zafiq membuat Amanda Safina jadi mabuk kepayang!

"Sayang!"

Terkejut kecil Amanda dibuatnya. Ketukan pintu daripada luar kedengaran. Gerangan suara Zafiq juga turut kedengaran.

"Err.. ya abang!" panggilan Zafiq disahut Amanda daripada dalam tandas.

"Sayang nak mandi sekali dengan abang tak?" Soal Zafiq. Saja dia mahu menyakat Amanda kembali. Tadi sakat abang kan, sekarang rasakan!

"Tak naklah. Lepas Manda mandi abang mandilah. Sekejap sahaja. Amanda janji tak mandi lama-lama." kata Amanda lagi. Tolong! Manda kene sakat dengan Zafiq.

"Ala sayang, bukan sayang suka ke? Kenapa hari ini tak nak pula? Abang merajuk kang nanti.." ujar Zafiq. Suaranya dibuat-buat seperti mahu merajuk.

Mendengarkan itu, Amanda terus membuka pintu bilik air itu. Terpampanglah gerangan Zafiq dihadapan. Terkejut Amanda apabila melihat Zafiq hanya mengenakan tuala di pinggangnya. Wajah Zafiq dipandang. Kelihatan Zafiq sedang tersenyum sinis kepadanya.

"Why? Do you like it?"

"Why? Do you like it?"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tbc.
Do vote and comment.


Zafiq's [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang