Bab 6

4.1K 110 1
                                    

SINARAN cahaya matahari yang menyusup masuk sedikit ke dalam bilik membuatkan Amanda tersedar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SINARAN cahaya matahari yang menyusup masuk sedikit ke dalam bilik membuatkan Amanda tersedar. Matanya digosok perlahan sebelum memalingkan wajahnya disebelah kanan. Dia tersenyum sedikit apabila kornea matanya menjamah wajah Megat Zafiq disebelah. Jari jemarinya mula mengusap wajah Zafiq. Baginya, wajah Zafiq begitu sempurna. Mempunya hidung yang mancung, mata yang cantik serta bibirnya yang merah asli. Kacak sungguh!

"Abang, kalau abang nak tahu kan.. Manda rasa untung sangat dapat memiliki abang. Cuma itulah, abang je yang tak beruntung beristeri kan Manda. Manda ni masak pun hampeh." ujar Amanda mengejek dirinya sendiri. Entah Zafiq dengar atau tidak, dia tidak kesah kerana hal yang dia katakan ini ialah fakta.

Zafiq yang dari tadi hanya berpura-pura tidur mula membuka mata. Senyuman nipis diukir. Tangan Amanda yang berada di wajahnya dipegang. Amanda sedikit terkejut.

"Apa sayang ni, cakap macamtu? Sayang dah sempurna dimata abang. Datanglah mana-mana perempuan yang pandai masak atau kemas rumah sekalipun, abang tetap akan pilih Amanda Safina. Isteri kesayangan abang." kata Zafiq ikhlas. Tangan isterinya dikucup sebelum dia memeluk Amanda.

Amanda yang mendengar kata-kata cinta daripada Zafiq sudah tersengih malu. Zafiq memang pandai mengambil hatinya. "Abang ni.. Saja la tu nak ambil hati Manda. Ish tak suka!" ujar Amanda. Bibirnya dicebikkan tanda protes. Bukan protes sangat pun sebenarnya, saja nak dengar ayat manis dari Zafiq lagi.

"Betul lah apa yang abang cakap tu sayang. Sayang tahu tak? Bukan hanya kerana paras rupa sayang yang membuatkan abang jatuh cinta sayang, tetapi bila abang tengok perangai sayang, sikap sayang, cara sayang.. Itu yang membuatkan abang lagi jatuh cinta dekat sayang." kata Zafiq. Pelukannya diketatkan lagi.

"Jadinya masa Manda mengorat abang dulu, abang dah ada hati kat  Manda?" soal Amanda. Ingin mengetahui perkara sebenar.

Bukan apa, tetapi dulu semasa dia mengorat Zafiq, bukan main lagi Zafiq jual mahal. Tetapi lepas kahwin, Zafiq melayannya seolah-olah Zafiq turut mempunyai hati kepada Amanda.

Zafiq menelan air liurnya dengan kasar. Alamak! "Abang dah mula cintakan sayang semasa sayang kenakan abang dekat office dulu." jujur Zafiq. Dia tersenyum sendiri apabila mengingatkan kembali kejadian dua tahun lepas.

Flashback.

"Zafiq, malam ni kita dinner sama-sama nak tak?" soal Amanda dengan sedikit kuat. Sengaja dia buat begitu. Orang sekeliling mula memerhati mereka berdua. Amanda tersengih nakal apabila melihat reaksi Zafiq yang sedikit resah. 'Aku baru ajak dinner sama-sama dah resah macam ini, belum lagi aku ajak kahwin' getus Amanda di dalam hati.

"Amanda, boleh tak awak balik? Jangan macam ini.. Malu orang tengok." kata Zafiq. Malu sangat sampai rasa nak nangis.

Amanda menggelengkan kepalanya. "No, no, no! Kalau awak tak mahu dinner dengan saya, saya bagitahu dekat semua staff awak yang saya ni bakal isteri awak. Amacam?" Amanda sudah mula mengugut.

Zafiq mengeluh perlahan. "Okay, malam ni kita keluar dinner sama-sama. Tapi awak kene balik dulu okay? Nanti saya mesej awak." Zafiq mula memujuk. Pening kepalanya mahu melayan karenah gadis didepannya ini.

Amanda tersenyum puas! Yes misiku sudah berjaya.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc.

Zafiq's [C]Where stories live. Discover now