Bab 14

2.6K 98 0
                                    

SUIS aircond dibuka oleh Zafiq sebelum kakinya melangkah menuju kearah katil

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

SUIS aircond dibuka oleh Zafiq sebelum kakinya melangkah menuju kearah katil. Punggungnya dilabuhkan dibirai katil. Wajah berkerut Amanda diperhati sebelum melepaskan keluhan kecil.

Comfoter dinaikkan diparas dada Amanda. Rambut Amanda diusap perlahan sebelum dia mengucup ubun-ubun Amanda.

"Sayang, sayang nak apa-apa tak? Nanti abang nak pergi 7-eleven beli paracetamol untuk Manda. Sayang rehat je okay. Abang janji tak pergi lama-lama." ujar Zafiq. Rambut panjang Amanda disisirnya di tepi telinga Amanda.

"Manda tak nak apa-apa. Manda nak rehat sahaja." ujar Amanda perlahan. Perutnya diusap perlahan. Rasa sakit senggugutnya kini sungguh terasa menyengat sekali.

"Okaylah kalau macam itu, abang pergi dulu. Sayang tidurlah dulu. Nanti abang urut perut sayang lepas balik." tangannya dihulurkan kepada Amanda. Amanda tanpa berkata apa-apa terus menyalami suaminya.

AMANDA yang sedang dibuai mimpi didekati. Plastik yang berisikan barang-barangan yang dibelinya tadi dia letak di atas meja solek. Selepas itu kakinya melangkah menuju kearah katil. Punggungnya dilabuhkan diatas katil sebelum dia turut membaringkan tubuhnya disebelah Amanda.

Tersenyum kecil Zafiq melihat raut wajah Amanda yang sedang dibuai mimpi itu. Amanda begitu sempurna dimatanya.

"Ya Allah, engkau redakanlah rasa sakit yang isteri aku sedang tanggung ketika ini." katanya dengan nada sayu.

Raut wajah Amanda kelihatan sedikit seperti menahan kesakitan yang dirasakan.

Amanda kalau tengah datang bulan memang akan menelan paracetamol. Isterinya itu kata, dapat menghilangkan rasa sakit senggugutnya.

Tidak lama selepas itu, Zafiq turut terlena bersebelahan dengan Amanda.

"AYANG."

"Ya baby." sahut Amanda. Terjungkit bibirnya apabila mendengarkan panggilan daripada suaminya untuk dirinya itu. Comel.

Paracetamol yang berada di tapak tangannya disua di mulut Amanda. Cawan yang berisi air masak dihulurkan kepada Amanda.

"Nah. Telan ni."

Amanda mengambilnya tanpa banyak bunyi. Selepas ditelan paracetamol itu, air diteguk rakus.
Berkerut-kerut dahinya mencuba menelan paracetamol itu.

"Manda rehat je dulu. Nanti Insyaallah sakit itu akan perlahan-lahan hilang." Zafiq bersuara. Rambut ikal mayang disisir di tepi telinga Amanda.

Amanda hanya mengukirkan senyuman kecil sebelum dia meraba-raba permukaan perut kempisnya. Terasa laparlah pula.

Mata memandang kearah meja kecil dihadapannya. Ada plastik merah. Pasti plastik itu berisikan makanan!

Zafiq yang seperti tahu apa yang berada di fikiran Amanda terus beredar daripada situ dan menuju langkah kearah meja kecil tersebut. Plastik makanan dibawa bersamanya sebelum menuju kearah Amanda semula.

"Nah. Makanan abang belikan untuk Manda. Makan kenyang-kenyang okay? Kalau tak cukup beritahu saja dekat abang. Abang belikan lain." kata Zafiq lembut. Punggungnya dilabuhkan dibirai katil.

Amanda menyambut huluran daripada Zafiq sebelum polisterin makanan itu dibuka. Air liurnya ditelan sebaik sahaja polisterin itu dibuka. Nasi goreng tomyam, Fav dia!

Wajah Zafiq dipandang dalam lima saat. Pelik Zafiq dengan kelakuan Amanda. Keningnya dijungkitkan sebagai isyarat kepada Amanda.

Amanda menggigit bibirnya seraya menyeringai sinis. Terasa malas pula mahu menggunakan tangan. Kena rehatkan tangan rasanya.

"Baby sayang, suapkan isteri awak makan boleh? Manda rasa tangan Amanda lenguh pula. Tak larat rasanya nak suap diri sendiri." Soal Amanda. Muka dibuat-buat seperti tidak bermaya.

Terlepas tawaan kecil Zafiq melihat reaksi Amanda. Gedik punya bini!

"Lenguh ya? Betul lenguh?" soal Zafiq sengaja.

"Hmm" balas Amanda. Bibirnya dimuncungkan sedikit. Seperti itik pun ada.

Polisterin makanan ditangan Amanda diambil sebelum mengaut sedikit nasi menggunakan sudu.

"Cepat makan. Aaaa.." Zafiq mengangakan mulutnya sedikit sebagai isyarat untuk isterinya membuka mulut.

"Aaa.." Amanda meniru cara Zafiq sebelum nasi disudu itu dikunyah. Terangguk-angguk kepalanya merasa kesedapan nasi tersebut. Sedap!

Zafiq menggelengkan kepalanya sedikit seraya bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Amanda kelihatan comel sekali.

Tbc

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tbc.

Do vote and comment.

Zafiq's [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang