3 TAHUN KEMUDIAN...
"NAMPAK handsome sungguh abang berpakaian baju melayu gini." puji Amanda seraya tangannya sedang lincah memasangkan samping untuk Zafiq.
Padahal sudah disuruh pakai sendiri, tetapi Zafiq tetap Zafiq. Menganda lebih!
"Bukan ke abang memang sentiasa handsome?" soal Zafiq tidak berpuas hati.
"Kadang-kadang je kut." Amanda semakin galak menyakat suaminya itu. Sejak dia mengandungkan sepasang kembar, Zafiq cepat sangat terasa. Belum lagi dengan alahan. Kena berkepit dengan dia dahulu baru alahan Zafiq hilang.
"Ayang..." Zafiq mula merengek. Wajahnya sudah masam mencuka.
"Adumak Zafiq ini, mengada lebih. Nasib suami sendiri." wajah Zafiq ditekup sebelum melabuhkan ciuman di bibir merah Zafiq. Lama. Zafiq kulum senyum dalam ciuman.
"Selamat hari raya sayang. Dah 4 kali kita raya bersama. Abang harap kita akan raya sama-sama hingga hujung nyawa kita. Abang cintakan Manda. Selamanya..." tubuh kecil Amanda dipeluk erat. Nasib perut bininya tidak besar mana sekarang, kalau tidak terbataslah pelukan itu.
Pelukan mereka dieratkan lagi oleh Amanda. Bauwan tubuh tegap suaminya sungguh melalaikan.
"Selamat hari raya juga abang. Terima kasih sebab hadiahkan Manda zuriat abang. Comel-comel pula tu. Tak sia-sia Manda mengurat abang." sengihan lebar terhias di bibir Amanda.
Zafiq tayang muka puas hati. Hailah, tengoklah muka aku ini. Kalau tayang je, berpusu-pusu perempuan menghampiri dia untuk menatap wajahnya.
"Ha mulalah itu tayang muka riak." lengan Zafiq dicubit halus. Ringisan Zafiq kedengaran. Tetapi dia tidak peduli.
"Sayang, sejak kebelakangan ini asyik nak cubit abang je. Sakit tahu tak? Berbisa!" Zafiq muncungkan bibirnya.
"Halahai, gedik abang ini! Dulu tak gedik, sekarang makin menjadi gedik dia tu kan?"
Zafiq masih tidak layan Amanda. Bibirnya masih dimuncungkan. Hailah sayang, takkan tak faham abang nak apa?
"Why? Nak kiss?" soal Amanda seperti faham apa yang dimahukan oleh suaminya itu.
Laju Zafiq menjatuhkan kepala berkali-kali. Senyuman manis mula terhias di bibirnya. Suka!
CUP!
Amanda melabuhkan ciuman di bibir Zafiq sekilas. Zafiq masih tidak puas hati.
"Sekejapnya. Abang nak lama-lama." dia merungut.
"Nanti malam Manda bagi yang lama-lama." kata Amanda bersama kenyitan mata yang nakal.
"Janji okay? Cepat promise!"
"Ya abang, Manda janji." penat Amanda melayan karenah mengada-ngada suaminya. Faktor mengandungkan kembar kut? Ada ke camtu?
-
"SAYANG abang nak rendang tu." jari telunjuk diangkat.
Tanpa banyak bicara, Amanda hanya menurut.
"Amboi, mengada betul kamu ye Zaf..." dari tadi dia memerhati gelagat Zafiq. Mengada mengalahkan si mengandung.
"Ala nek, saja nak bermanja dengan isteri," dahinya digaru. Malu pula apabila ditegur begitu. Mengada sangat ke aku ni?
"Ala mak, layankan aja orang tengah bahagia." Puan Aida membackup anaknya.
"Betul tu nek. Macamlah nenek tak pernah bersemut dengan arwah atuk." usik Ayuni pula yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Dia stres kerana Nek Pah ambilkan gambar ootd raya dia senget-benget. Keningnya dijungkitkan seraya tersengih nakal.
ANDA SEDANG MEMBACA
Zafiq's [C]
Truyện Ngắn1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RANKING #2in cerpen| 6/1/24 |HIGHEST RANKING #3in naughty| 6/12/23 Old title : Flirty Wife
![Zafiq's [C]](https://img.wattpad.com/cover/355839794-64-k210231.jpg)