Bab 20

1.9K 76 0
                                    

"Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum." laungan suara daripada luar rumah banglo tiga tingkat milik Amanda kedengaran.

Amanda dengan excitednya terus menjawab salam dan bergegas menuju ke pintu utama.

"Waalaikumussalam. Sabar, ana sedang membuka pintu." pintu besar itu dikuak perlahan.

Terpampanglah tubuh genit Ayuni Kaisara. Turut terlihat juga beg baju di sisinya.

"Hello miss Ayuni. Jemputlah masuk rumah aku ni. Bawa beg kau yang besar tu masuk sekali. Amboi macam pindah rumah pula ye kau?" sempat Amanda memberi sindiran kepada gadis dihadapannya itu. Matanya ralit memandang keatas kebawah. Tengah judge rasanya.

Amanda dihadapannya dijeling. Annoying betul eh minah ni? Dia mencarikkan senyuman palsunya sebelum membalas sindiran Amanda.

"Mestilah beg besar. Abang Zaf yang beria nak aku tinggal dekat rumah dia ni. Katanya takut terjadi benda bahaya terhadap aku." tenang sahaja dia menjawab.

Tergelak kecil Amanda mendengar pengakuan daripada Ayuni. Cis, abang Zaf konon. Padahal aku yang pujuk laki aku!

"Pembetulan ya cik Ayuni, rumah ini bukan milik abang Zaf kau tu. Rumah ini atas nama aku." kedengaran seperti riak, tetapi apa dia kisah? Dengan Ayuni sahaja dia begini.

Terangkat kening Ayuni. "Oh, bukan rumah abang Zaf? Betul juga, sebab buat apa dia nak bagi kau duduk rumah dia kan, sebab yang layaknya aku." selepas itu, dia terus melangkah masuk kedalam rumah itu dan mendekati sofa yang berada di ruang tamu. Tubuhnya disandarkan di sofa empuk itu.

Terasa bahang pula hati Amanda dibuatnya. "Eh, maksud aku rumah ini memang milik suami aku, tapi disebabkan sayang bini, dia tukarkan nama pemilik rumah ini dengan nama aku." senyuman sinis diukir Amanda.

Ayuni memekakkan telinganya. Tekaknya terasa haus pula tika ini. Dengan selambanya, dia menuju kearah dapur dan mendapatkan cawan. Cawannya diisi dengan air daripada penapis air.

Diteguk air itu dengan rakus sekali sebelum meletakkan cawan didalam singki. Selepas itu dia menuju kearah ruang tamu semula.

"Bila abang Zaf balik?"

"Suami aku balik petang nanti." perkataan suami itu ditekan sikit oleh Amanda.

"Cepat eh dia balik."

"Katanya tak boleh tahan rindu." kata Amanda sengaja mahu memanaskan hati Ayuni yang berhadapan dengannya.

"Rindu? Rindu dengan aku? Kau cakap sahaja dekat abang Zaf yang aku tak akan keluar daripada rumah dia selagi dia tak halau aku." dengan yakin sekali Ayuni berkata.

"Eh, buat apa nak rindu dekat kau pula? Semestinya dia rindukan isteri dia yang manis ni." senyuman manis bak gula dicarik Amanda.

"What everla minah, aku nak masuk bilik dulu. Tidur lagi bagus." bagasinya ditarik bersama sebelum melangkah kearah bilik yang disediakan oleh Amanda.

Amanda tersenyum kemenangan. Ini baru sikit, nanti lepas suami aku balik, lagi sakit aku bagi kau Yuni.





TUDUNG bawalnya dibuka lalu disangkutkan ditempat penyangkut sebelum merehatkan badan di atas katil bersaiz queen itu. Dia mendengus kasar apabila teringat kembali sindiran Amanda.

"Tak guna punya perempuan, setakat rumah aje pun. Abang Zaf boleh beri aku lebih dari itulah." katanya sendirian. Wajahnya tegang tika ini.

Telefon pintar yang berada di dalam poket seluar bootcut nya dikeluarkan. Aplikasi Instagram dibuka. Akaun Amanda dicari. Puas dia mengskrol muat naik gambar daripada Amanda.

Amanda banyak memuat naik gambar dirinya bersama Zafiq, tetapi tidak mendedahkan wajah mereka. Selebihnya foto Amanda baking.

Puas dia judge akaun Amanda. Sejujurnya dia tidak puas hati dengan Amanda kerana Amanda dapat melembutkan hati Zafiq. Berbeza pula dengan dirinya, jika dia mendekati Zafiq, pasti lelaki itu mengelak.




JAM menunjukkan jam 5:30 petang.

"Cuba kau rasa cucur udang aku ni. Okay tak rasanya?" satu cucur udang yang baru digorengnya disua kepada Ayuni.

"Agak-agak la wey, baru angkat dari kuali. Kau nak aku ber huhu hoheng ke?" muka tak puas hati ditayang Ayuni.

"Kau tiup la dulu. Ke kau nak aku tiupkan?"

Dengan pantas Ayuni menggeleng. "Aku boleh buat sendiri." cucur udang ditangan Amanda diambil. Berkerut-kerut muka Ayuni meniup cucur udang tersebut sebelum cucur udang itu dijamah.

"Okay ni. Lulus dah." kata Ayuni jujur. Not bad la.

Amanda senyum puas hati sebelum mengambil pinggan di rak seraya menghidangkan cucur tersebut.

"Nah kau bawa pinggan ni letak di meja yang berdekatan dengan pool sana." tangannya menunjukkan arah pool.

Tanpa banyak alasan, Ayuni hanya menurut. Amanda pula mula membancuh air manis.


"Sayang.." pinggang Amanda dipeluk daripada belakang. Terkejut Amanda dibuatnya.

Nasib jug airnya tidak terjatuh. "Abang, bila abang balik? Manda tak dengar pun abang bagi salam." pipi Zafiq yang berada dibahunya diusap perlahan.

"Abang dah bagi salam, sayang yang tak dengar." tepi pipi Amanda dikucup beberapa kali. Terkekeh geli Amanda dibuatnya.

"Abang, kiss pipi Manda lagi." pintanya.

Tersenyum Zafiq dengan perangai Amanda sebelum dia kembali mengucup pipi Amanda.

Cup! Cup! Cup!

"Okay dah, dah." tidak tahan geli, Amanda menghentikan perlakuan Zafiq.

Zafiq hanya menurut. Tubuh Amanda dipusingkan menghadapnya. Dahi Amanda dikucup lembut. "Now my turn to get your kiss sayang."

"Gedik!"

Pipi, rahang, alis, serta bibir merah Zafiq dikucup Amanda. Amik kau! Satu muka. Tersenyum puas Zafiq.

"Penat abang dah hilang sayang.." Zafiq kembali mendakap Amanda. Leher jinjang Amanda dikucup sekali. Amanda hanya membalas dakapan Zafiq kembali.

Sedang senang mereka melepaskan rindu, ada sepasang mata yang memerhati disudut sana.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc.
Do vote and comment.

Zafiq's [C]Where stories live. Discover now