✵❅ Prolog

1.4K 44 0
                                    

6 TAHUN LEPAS...

Suasana di luar tingkap sangat menyenangkan hati dia yang sedang berserabut ini. Bunyi kicaun burung juga menyapa pendengaran telinga membuatkan dia terpejam mata seketika.

Sekarang, dia dalam perjalanan balik ke kampung halamannya. Sudah dua bulan dia tak balik kampung jeguk orang-orang yang dia sayang atas sebab-sebab tertentu. Jadi untuk bulan ni dia dapat cuti panjang dari bosnya, so dia buat keputusan untuk habiskan masa cuti dengan berjumpa neneknya.

Walaupun sekarang ni dia tengah berserabut, perutnya yang lapar ini tetap kena isi. Dalam kepalanya sudah terbayangkan haruman nasi ayam buatan abang saudaranya sendiri. Sudah lama dia tidak makan masakan air tangan abang saudaranya itu. Nak harapkan dia masak, mak panggil masuk dapur pun dah lari masuk bilik.

Dia tidak kisah kalau orang mengata tentang dia. Bila difikirkan, dia tak sama macam perempuan di luar sana yang suka bermake-up, pakai cantik-cantik ni.

Dia seorang yang degil, tak pandai masak, kalau keluar just pakai seluar jeans labuh and hoodie bersaiz besar walaupun badannya kecik sahaja. Hidup seorang Aisya Raihana ni memang pelik orangnya. Nak tau apa yang pelik, saksikan jalan hidup dia nanti.

"THANK you bang" ucap Aisya setelah menutup pintu kereta itu. Dia terus masuk dalam Restoran Nasi Ayam Darwish. Dia singgah restoran lelaki itu terlebih dahulu sebelum sampai ke rumah neneknya.

Masuk sahaja ke dalam restoran, senyuman jahat mula terukir di bibir bila jumpa orang yang yang dia cari-cari tadi.

1...2...3...

"Darwish, kucing!"

BUKK!

"Adoii... Mana kucing tu? Bawak dia keluar please... Aduhh sakit kepala aku..." adu Darwish perlahan sambil menggosok kepalanya perlahan. Dia dapat rasakan kepalanya benjol sekarang i di sebabkan terhantuk kat bawah meja tadi.

Aisya gelak besar melihat muka menahan sakit Darwish. Ini kalau tangkap gambar ni boleh buat sticker dohh. HAHAHA

Darwish kepalkan tangannya membentuk penumbuk melihat gerangan manusia di depannya. Ha...?mati-matian dia ingat ada kucing dalam restoran dia. Budak ni memang nak kenalah dengan aku.

"Apa masalah kau pendek? Takde kerja lain ke nak main? Benjol tau tak kepala aku. Sini, aku nak benjolkan kepala kau pulak. Dua kali ganda aku buat." ujar Darwish kegeraman. Dia cuba mencapai kepala adik sedaranya  itu tapi adik sedaranya itu lebih cekap menjauhi diri dari dia.

"Bluekk tak dapat... Aku tekde masalah, kau tu je yang ada masalah. Aku tinggi ok, kau tu hah yang makan tiang sampai jadi tinggi serupa tinggi pokok durian. Hahaha..." ejek Aisya. Saja nak tambahkan perisa dalam diri lelaki itu.

Darwish ketap gigi kuat. Kain lap sebelah di ambil dan di baling terus tepat pada muka adik sedaranya itu. Dia berjalan mendapatkan gadis itu.

Aisya yang baru nak lari berjauhan dari Darwish terkejut bila ada orang di belakangnya. Tak pasal-pasal dahi dia kena cium dengan dinding. Eh... Dinding ke ni?

Kepala di angkat memandang gerangan yang dia langgar tadi. Alamak, aku langgar orang ke, ingatkan dinding yang aku langgar tadi. Tapi asal badan dia keras gila macam dinding eh? Sakit weh dahi aku kena langgar.

"Jangan suka sangat cari masalah ngan orang boleh tak? Macam budak kecik." ujar Tengku Addyan selamba. Tidak takut dengan pandangan tajam perempuan itu. 

Dia menjeling tajam lelaki yang dia tak kenali itu. Wah...ini main kasar ni. Dia panggil aku budak kecik? Budak kecik wehh... Apa kau rasa bila orang panggil kau budak kecik? Mestilah rasa marah kan? Tunggu jap.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now