✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 16

271 15 3
                                    

CAWAN berisi air espresso ais di sisip sedikit ke dalam mulut. Tingkah laku Tengku Addyan yang sedang buat kerja iti langsung dia buat tidak peduli. Dia datang ke sini pun sebab lelaki tu ingin berjumpa dengan dia tapi sampai sekarang takde satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki tu.

"Ada apa kau nak jumpa aku? Kalau kau nak jumpa aku setakat tak nak cakap apa-apa baik tak payah. Buang masa aku je." Darwish mula bersuara menyebabkan tangannya yang baru nak selak muka surat sebelah berhenti.

Mereka saling berlaga pandangan. Tengku Addyan dengan pandangan tajamnya tapi terselit rasa kepenatan dalam diri, manakala Darwish dengan pandangan dingin.

"Restoran kau dekat sana macam mana? Kau dekat sini siapa yang handel restoran tu?" soal Tengku Addyan bersahaja.

Ada kerutan di dahi Darwish bila mendengar soalan yang Tengku Addyan ajukan kepada dia. Dah kenapa tiba-tiba tanya pasal restoran dia ni?

"Baik-baik je. Aku ada pekerja yang boleh diharapkan untuk tengokkan restoran tu. Lagipun, ada kakak aku yang boleh tengok-tengokkan restoran tu." jawap Darwish seperti nak tak nak sahaja.

"Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal restoran aku? Kau nak halau aku ke?" dia sengaja soalan itu diajukan kepada Tengku Addyan.

Tengku Addyan menjengilkan mata. Kita tanya pun tak boleh ke?

"Kalau ikutkan hati aku memang nak aja halau kau tapi di sebabkan kau kena tolong aku jadi aku tak jadi nak halau kau." sinis sekali Tengku Addyan bersuara membuatkan Darwish mendegus kasar.

"Ceh... Kau nak suh aku tolong apa? Kalau kau suh aku turun padang memang aku sorry lah. Aku tak macam korang. Ak..."

"Ishh jangan berfikiran jauh boleh. Itu aku tau lah, kau ingat aku ni suka sangat ke turun padang bunuh orang sana sini. Itu bukan aku lah. Aku doktor yang merawat dan menjaga pesakitnya sampai sembuh. Kerja-kerja macam tu hanya Ryan dan yang lain-lain sahaja yang buat. Aku takkan sesekali kotorkan tangan aku kalau benda tu tak menyebabkan orang yang aku sayang. Understand?"

"Iye lah. Erghh... Ada apa kau nak aku suh tolong ni. Cepatlah... Lepasni aku nak gi rumah Aisya pula." ujar Darwish seperti kelam-kabut orangnya.

Dia yang faham dengan bicara Darwish tadi terus dia straight to the point pada tujuan asalnya.

"Minggu depan, Amir takde. Katanya ada game dekat KL"

"So..."

"So... Aku nak minta tolong tuk jadikan kau wakil aku dekat Singapura boleh?"

Darwish memandang lelaki tu dengan pandangan yang agak susah untuk di paham kan.

"Wakil apa ni? Wakil sekolah ke?" lain yang dimaksudkan oleh Tengku Addyan lain yang yang di yang keluar dari mulut Darwish.

Tengku Addyan menepuk dahinya. Bila masa pula dia cakap suruh wakilkan dia dekat sekolah. Aduh, harap muka je garang tapi otak lembab macam siput.

"Aku ada meeting dekat sana minggu depan tapi aku tak dapat join sebab kerja dekat sini pun berlambak yang aku tak setelkan lagi. So aku nak kau jadi wakil aku pergi sana nanti. Boleh tak?" suara Tengku Addyan seperti minta rayuan pada Darwish. Nasib baik matanya tak berkelip-kelip,

Dia melihat Darwish seperti sedang berfikir. Tapi tengah berfikir pun muka memang kena tunjuk garang juga ke?

"Penting sangat ke meeting tu? Kalau aku pergi Aisya macam mana? Kau pun tau kan Aisya masih tak sembuh lagi." suara Darwish sudah mula berubah rentak.

Rekod fail di atas meja di lemparkan di depan Darwish. Darwish menyambutnya dan melihat isi di dalam.

"Pasal Aisya kau jangan risau. Aku ada untuk dia, lagipun dia kan akan jadi milik aku juga nanti. Lagipun aku tau kau sendiri boleh handelkan meeting tu nanti." suaranya cuba memujuk Darwish supaya lelaki tu tidak perlu risau akan Aisya di rumah.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now