✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 12

237 14 0
                                    

MATANYA jauh memerhati lelaki itu. Sudah dekat setengah jam jugalah dia duduk dalam kereta.

"Tak reti-reti keluar ke apa mamat ni. Sakit tau tak bontot aku asyik duduk je dari tadi." suara Shahrul. Mula dah...

"Ye do. Aku pun, rasa macam dah kebas dah ni. Ehh korang haus tak? Aku haus lah." tanya Dayyan kepada Tengku Addyan dan Shahrul.

"Tak tanya pun."

'Heck.' carut Dayyan dalam hati.

"Suka hati kau lah sial. Add, aku keluar jap."

"Ok"

Dia terus keluar dari kereta. Kepalanya kekanan dan kekiri mencari 7E atau mana-mana kedai yang jual air.

"Ok cantik. Air... I'm coming..." panggil Dayyan, tanpa dia sedari Shahrul dari dalam kereta perhatikan sahaja tingkah-laku Dayyan.

"Gila"

Air ais lemon tea di minum rakus. Rambut yang terjuntai di dahi di sebak ke belakang dengan penuh bergaya.

Tiba-tiba matanya berhenti pada satu susuk tubuh yang sedikit sasa berjalan di depannya. Hujung bibirnya ternaik sedikit. Jarinya naik ke atas untuk menekan seseuatu di tangkai cermin mata hitamnya.

"Bergembira lah dulu. Lepas ni kau hadaplah nasib buruk kau." Bukan main lelaki tu bergembira dengan dua orang perempuan di kanan kiri lelaki tu.

Selesai ambil gambar melalui cermin mata, dia terus berlalu pergi dari situ. Sempat dia buang botol air yang dia beli tadi sebelum sebungkus roti jagung di buka. Sambil berjalan sambil tu dia menikmati roti jagung.

"KERJA kau macam mana bro?" tanya Shahrul. Dia dari tadi lagi tidak duduk diam dalam kereta.

Sekejap-sekejap buka tutup cermin tingkap, sekejap-sekejap buka tutup pintu. Jarinya juga tidak reti duduk diam, ada sahaja benda yang dia nak jelajah dalam kereta Tengku Addyan ni.

"Ishh kau ni. Boleh duduk diam tak. Aku bagi sebijik kang." marah Tengku Addyan geram. Rimas betul dia kalau duduk berdua dengan Shahrul ni. Ada saja buat dia naik darah, tapi dia dan Shahrul sama saja peragai.

"Sikit-sikit nak marah. Cepat lah jawap soalan aku."

"Kau nak apa setan? Jangan kacau aku boleh tak? Rimas lah." dingin sahaja suara lelaki tu membuatkan Shahrul buat muka.

"Aku akan kacau selagi kita tak keluar dari kereta ni. Tadi aku tanya, kerja doktor kau tu macam mana bengong" perkataan 'bengong' di tekan kuat.

Tengku Addyan memandang tajam ke dalam anak mata Shahrul.

"Aku dah kata kan, aku tak jadi doktor dekat mana-mana hospital lagi. Tak kisahlah hospital kerajaan ke, swasta ke, aku tak rawat orang awam lagi. Aku akan jadi doktor bagi kumpulan kita. I'm a madic of the Golden Tiger. Get it lembab?" Tengku Addyan juga tak nak kalah bila perkataan 'lembab' di tekan kepada Shahrul.

Reaksi Shahrul berubah. Muka memerah dah ni. Kau sabar jap. Kepala Tengku Addyan terus diluku dengan kuat.

"Berani kau kata aku lembab! Aku tak lembab lah! Kau tu yang lembab, buat kerja macam siput. Siput pun tak lembab macam kau!"

"Sakit lah gila! Apa masalah kau hah? Lepas! Lepas lah sibal! Aku tengah buat kerja ni, jangan kacau boleh tak? Serabut lah aku ngan kau ni!" tengking Tengku Addyan kuat.

"Kau masalah aku sekarang! Ada aku kisah dengan kerja kau? Sekarang ni jugak aku nak kerjakan kau cukup-cukup. Berani kau kata aku lembab." Shahrul balas balik tengkingan dia tadi.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now