✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 3

355 21 0
                                    

TELEFONNYA berbunyi nyaring minta di angkat. Laju sahaja tangan dia mengambil telefonnya di atas meja belajar.

Mama.

Ikon hijau di naikkan ke atas dan terus sahaja skrin itu di bawa ke telinganya.

"Assalamualaikum ma."

"Waalaikumussalam. Kenapa along tak call mama bila dah sampai rumah nenek? Tau tak mama risaukan along bila along tak angkat call mama semalam? Along pergi mana malam tadi?" bertubi-tubi soalan di ajukan ke arah dia.

Mama ni tak menyempat betul. Laju je tanya soalan dah macam jet pejuang dah.

"Sorry la ma, along betul-betul lupa nak call mama semalam. Lagipun semalam along penat sangat sampai terlupa nak call, tadi pun along bangun tido lambat. Sorry ehh ma?" Aisya buat suara comelnya, dia pasti mamanya boleh dengar suara comel dia. Kalau muka minta simpati ni boleh tunjuk kat mama dah lama dia tunjuk.

Dia dengar mamanya mengeluh perlahan. Apalah nasib ada anak dara yang masih muda tapi ingatan pun selalu lupa.

"Ni mama nak bagitau, dalam minggu ni kami balik sana tau. Kamu jangan mama datang sana kamu pula yang takde. Kang kamu takde kat sana mama pelangkung kamu cukup-cukup nanti." amaran awal sudah diberi kepada dia.

"Baiklah mama kusayang. Nanti along bagitau nenek, nenek mesti suka punya bila ahli keluarga dia nak berkumpul balik kampung." kata Aisya dengan riang sekali. Panggilan mereka terus di letakkan dengan ucapan salam dan ucapan sayang.

"Tak sabarnya nak jumpa adik-adik kesayangan along yang comel ni." luah Aisya.

"Nenek! Mama bagitau yang mereka nak balik sini minggu ni!" jerit Aisya nyaring dari bilik tidur dia. Harapnya nenek dengarlah jeritan dia ni.

BARU semalam rumah neneknya terasa sunyi sepi, bangun pagi sahaja rumah neneknya terus meriah dengan jeritan budak-budak kecil dan suara-suara orang tengah berborak di beranda belakang rumah.

Dia pun apa lagi, senyap-senyaplah duduk sebelah mamanya. Suka betul dia kalau dengar ibu-ibu saudaranya berborak,bolehlah dia pun mencelah juga nanti. Tak gituu...

"Ha along. Along dah abis belajar kan? Dah dapat kerja belum?" soal aunty Bella bila perasan anak saudaranya menyelit di sebelah kakaknya.

Aisya yang hanya berdiam diri sahaja tadi terus tersentak bila mamanya menepuk kaki dia perlahan. Mamanya beri isyarat ke hadapan dan dia terus pandang ke arah yang mamanya tujukan tadi. Dia dengar sahaja soalan aunty Bella itu tadi.

"Along baru je abis belajar. Kerja dah ada cuma biasa-biasa buat masa sekarang bos bagi cuti dulu sebab sebelum ni along tak pernah ambik cuti lagi." balas Aisya panjang lebar. Tak betah berlama-lama lagi di situ dia terus bangun nak masuk ke dalam rumah semula.

Dia sebenarnya malas nak hebohkan pasal hal kerja dia. Kerja dia bukan biasa-biasa sebenarnya. Mama dan papanya juga tidak tau dia kerja apa, tapi korang jangan salah faham pula. Kerja dia halal ok.

Di biarkan sahaja mereka semua sambung berborak. Sekarang matanya meliar mencari adik-adik saudaranya. Di mana mereka ye?

"Ayong!"

Badannya terus pusing ke belakang bila terdengar suara kecil sayup-sayup memanggil nama panggilan dia.

"Hazim. Windunya kak long kat hazim comel ni. Dah besar dah adik sedara kak long ni." bertalu-talu ciuman diberikan di pipi tembam budak kecil tu. Geram sangat tengok pipi tu.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now