✵❅ SHE IS MRS. ADDYAN 28

318 11 1
                                    

PIPI mulus isterinya dielus dengan perlahan. Macam tak percaya yang Aisya Raihana sudah jadi miliknya. Pertemuan pertama mereka kembali tayang di dalam kepalanya.

Masa tu ingat nak jamu makanan sahaja, tak sangka pula terjumpa jodoh. Hati lelaki mana je yang tak terpegun melihat sepasan mata berwarna biru milik seorang gadis. Allah sebaik-baiknya merancang bila dia dapat tau yang gadis itu adalah adik saudara kepada Darwish.

Sejak pertemuan mereka, hanya Darwish seorang sahaja tahu betapa jatuh cintanya dia pada Aisya Raihana. Di mana gadis itu ada, mesti dia akan muncul di depan mata gadis itu.

Setiap pertemuan mesti ada perpisahan dan perpisahan mereka membuatkan dia tidak lepas peluang untuk memiliki cinta dan hati Aisya Raihana. Usahanya dulu sudah menjadi realiti.

"Kau wanita pertama yang buat hati aku tak tenteram Sya. Dulu aku susah nak dapatkan kau dan sekarang aku berjaya memiliki kau. Apa pun terjadi, aku takkan lepaskan kau. Selamanya rasa cinta ni hanya untuk kau sorang. Takde perempuan lain yang boleh ganti tempat kau. Hanya nama kau Aisya Raihana sentiasa terlakar di dalam hati aku." ucap Tengku Addyan serius. Walaupun kedengaran agak perlahan, tetapi nescayalah yang dia ikhlas dan tulus mencintai isterinya sampai syurga.

"Ehmm" suara rengekan Aisya menyapa halwa telinganya.

Dengan perlahan, sepasang mata biru milik isterinya dibuka. Terkelip-kelip mata isteri memandang muka dia.

Dilihatnya isterinya masih blur selepas bangun tidur tapi 5 minit selepas itu mata isterinya membulat besar. Di sebabkan terkejut, isterinya itu terus menyembunyikan mukanya ke dalam comfoter tebal.

Tergelak kecil dia dibuatnya melihat keletah comel wanita itu.

"Hey... Kenapa sorok muka? Malu lagi ke dengan aku?" suara mengusik dari suaminya membuatkan degupan jantung dia tidak berjalan dengan lancar. Nak pula dia mendengar ketawa lelaki tu.

"Princess... Aku tengah cakap ngan kau ni. Kau nak aku yang bukak atau kau yang bukak sendiri? Choose one princess." lembut suaranya berkata kepada isterinya.

"Tak nak. Saya tak nak pilih. Dah berapa lama awak tenung saya tadi?" soal Aisya kepada lelaki tu. Hati berdebar-debar menunggu jawapa jujur dari suaminya.

"Ehm... 2 jam."

"What? Are you serius? Malunya saya. Mesti saya tidur keluar air liur basi kan. Ya Allah." rengek Aisya sekali lagi.

"Takdelah. Tak keluar pun. Cuma..." sengaja dia tidak habiskan ayatnya. Dia nak tengok apa reaksi isterinya menunggu jawapan dari dia.

"Ha! Tengok tu. Mesti ada something kan. Bagitau jelah saya. Nanti saya lari pecut masuk bathroom. Pat!" kata Aisya dengan nada sedikit menjerit.

"Takut betul kau ni. Kan aku dah kata takde pape pun kat muka kau. Cuma... Kau tidur nampak persis macam bayi. Tidur pun comel. Siap peluk aku lagi macam aku ni bantal peluk kau. Kau mimpi aku eh? Sebab aku tengok kau tidur nyenyak gila. Tengoklah kaki kau kat mana sekarang ni." usik Tengku Addyan lagi.

Dari dalam comforter, kepalanya ditundukkan memandang kaki dia. Membutang mata dia melihat tindakan tak terduga yang dia lakukan. Betul kata suaminya. Dia tidur berpelukan tubuh sasa suaminya. Patutlah dia tidur nyenyak sekali seperti tak nak bangun dari mimpi pun ada.

'Aduh... Apa kau dah buat ni Sya. Mana kau letak muka kau sekarang ni? Patut ke dia lari sekarang? Tapi macam mana nak lari kalau dia pun dah kena ikat dengan lelaki itu.

Dengan perlahan tangannya menurunkan comforter yang menutup wajah isterinya. Kelihatan pipi gadis itu tadi yang berwarna putih kini sudah bertukar merah. Blushinglah tu.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now