✵❅ SHE IS MRS. ADDYAN 34

141 10 0
                                    

DUA hari sudah berlalu pergi, baru hari ni dia dapat tatap raut wajah suaminya. Lelaki tu terpaksa kerja lebih masa di hospital kerana pesakit di hospital terlalu banyak menyebabkan kakitangan doktor tidak cukup.

Baru beberapa minggu mereka berkahwin, dia sudah lali dengan tugas kerja suaminya. Pesakit adalah keutamaan bagi setiap doktor, sama seperti Tengku Addyan Zareef.

"Assalamualaikum princess hubby."

"Waalaikumsalam. Aw...rindunya princess kat hubby." luah Aisya dengan suara yang sengaja di manjakan. Tubuh sasa suaminya terus di peluk.

Terkejut Tengku Addyan di buatnya dengan tindakan tak terduga Aisya. Dalam hati sudah berbunga-bunga bila mendengar luahan si isteri. Kalau macam ni hari-hari boleh sejuk hati dan telinganya mendengar ucapan ikhlas yang keluar dari mulut isterinya.

Sudah lama dia menunggu Aisya katakan seperti itu kepada dia. Dan hari ni, Aisya sendiri telah ungkapkan kata-kata tu di depan dia.

"Rindu? Hm hubby pun rindu bau haruman bunga princess. Bila princess peluk hubby macam ni kan hubby rasa macam nak melekat je dengan princess. Walau satu inci pun hubby tak nak biarkan ruang kosong ni menjarakkan hubungan suami isteri kita."

Aisya senyum bahagia mendengar kata-kata suaminya. Raut wajah yang dia rindu.

"Iya? Kalau macam tu stay je lah macam ni. Nak tak?"

Keningnya berkerut seribu. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Isterinya ni kena sampuk ke apa?

"Princess ok ke ni? Princess demam ya?" belakang tangannya di bawa naik ke atas dahi Aisya untuk memeriksa kedinginan kulit isterinya.

Normal. Tapi kenapa isterinya berubah lain macam ni. Ada apa-apa terjadi ke selama dua hari dia tiada di rumah?

"Hubby. Princess ok lah. Cepatlah jawap soalan princess." desak Aisya dengan muka comelnya. Dagu dia sandarkan pada dada bidang suaminya.

Dia lihat lelaki itu seperti sedang memikirkan jawapan sambil mengetatkan lagi pelukan mereka.

"Ehm soalan yang mana eh?"

"Hubby. Ishh dia nih boleh tanya pula soalan yang mana. Dari tadi princess hanya lontarkan satu soalan je tau. Princess tanya nak tak kalau kita stay je macam ni? Princess rindu hubby lah. Dua hari tau princess tahan rindu ni." luah Aisya sekali lagi. Kali ni dengan muka monyok di tayangkan di depan lelaki itu.

Tengku Addyan tergelak kecil mendengar luahan sedih isterinya. Comel betul isteri dia ni. Ya Allah isteri siapa ni? Tolong kutip kejap boleh tak? Eh tak boleh sebab dia isteri sah aku. Bukan korang.

Wajahnya yang monyok tadi terus bertukar masam mencuka bila lelaki tu gelakkan dia. Kita tengah buat drama sedih ni dia boleh ketawa pula.

"Alahai dah masam lah pula muka isteri hubby ni. Kesian dia ya. Ada orang tu rindu kita tapi tak nak call kita. Chat kata rindu apa tah lagi. Dah jumpa depan-depan baru nak say rindu ek? Hailah nasib sayang. Kalau tak memang hubby dah gomol pipi princess ni tau." ujar Tengku Addyan sambil mencucuk-cucuk pipi tembam Aisya.

Aisya tayang sengih tak bersalahnya. Dia bukan tak nak call atau chat yang kata dia rindu lelaki tu tapi dia malu lah nak luahkan. Eh? Depan-depan ni kau tak malu pula Aisya?

"Hehehe. Call ngan chat tak mampu nak lepaskan rindu ni. So princess tunggu hubby balik baru princess luahkan rindu princess kat hubby. Bijakkan princess?"

Keningnya di angkat beberapa kali supaya suaminya mengiyakan kata-kata dia. Tengku Addyan menggelengkan kepalanya dengan sikap comel isterinya.

"Ya, princess hubby ni memang bijak. Good my wife. Jom makan hubby lapar." ajak Tengku Addyan dengan senyuman penuh misteri.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now