✵❅ SHE IS MRS.ADDYAN 10

261 15 1
                                    

SUDAH dekat seminggu dia tinggal sorang-sorang dekat rumah. Nak keluar pergi jalan-jalan, takde member kat sebelah.

Azzahra ikut Tengku Aaryan pergi Jepun. Dia dengan Tengku Aaryan tak delah rapat mana, dia nak tegur lelaki itu pun takut sebab muka dia yang macam bapak singa. Dia cakap je, Azzahra sendiri yang gelarkan lelaki tu bapak singa.

"Aishh. Boringlah takde member nak ajak borak. Apalah agaknya Zahra buat kat sana kan?"

Ting! Tong!

Bunyi loceng rumah bergema. Matanya mengintai dari dalam rumah. Sapa pulak yang datang ni?

Tudung sarung yang sentiasa ada di ruang tamu di ambil dan terus menyarung kat kepalanya. Keluar sahaja dari rumah, terus kaki melangkah pergi depan pagar.

"Assalamualaikum. Cik Aisya kan?"

"Waalaikumussalam. Iye saya. Ada apa ye?"

"Ini penghantaran makanan cik yang cik order tadi."

Berkerut dahi dia. Bila masa pula aku order makanan online ni? Setahun aku, aku tak pegang telefon pun dari tadi.

"Ehm boleh saya tau siapa yang order makanan ni? Sebab saya rasa saya tak order makanan online tadi. Mungkin encik salah antar alamat rumah lain kot?" ujar Aisya dengan senyuman kekoknya.

"Betul. Saya antar makanan ni ikut alamat yang tertera dekat sini. Nama tertulis kat sini Tengku Addyan Zareef. Tapi ada nama lain juga tertulis kat sini, namanya Aisya. Dia kata makanan ni suruh bagi kat cik. Betulkan cik ni cik Aisya?" tanya rider tu untuk kepastian.

Aisya kemam bibir. Ha sudah, sapa pulak Tengku Addyan Zareef tu? Kenalan dia semua mana ada nama depan Tengku Tengku ni.

"Ehm... Betullah saya Aisya. Tak pelah kalau gitu. Meh sini makanan tu. Terima kasih ye sebab tolong antarkan makanan ni walaupun saya tak tahu sapa yang orderkan tuk saya." Aisya gariskan senyuman bagi menutup rasa gelisahnya.

"Sama-sama. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam."

Masuk sahaja rumah, makanan yang berplastik tu di letakkan di atas meja. Plastik makanan tu terus di buka. Amboi bukan main besar kotak segi tiga ni. Tengok kotak pun dia dah tau yang ni pizza.

Sedang sebuk telek pizza tu, telefonnya berdering minta di angkat. Telefonnya yang berada atas meja TV itu terus diambil. 'Your prince charming handsome'

"Siapa pulak yang call aku dengan nama gini? And sejak bila pulak lah aku save nombor ni? Nak angkat ke tak? Ahhh angkat jelah"

Ikon digesel ke kanan dan terus skrin telefon itu di lekap ke telinganya.

"Hello my princess Hana!" tak bagi salam lagi terus dia disergah oleh pemilik suara orang di sana. Dengar nama panggilan tu pun dia sudah cukup kenal sapa yang call dia.

"Assalamualaikum. Ada apa call aku ni? Camna kau boleh dapat nombor aku hah?" dia menyinis lelaki itu di permulaan ayat. Hah.

Dapat dia dengar yang lelaki itu sedang gelak kecil. Tah apa yang kelakar pun dia tak tau. Gila gamaknya lelaki ni.

"Sorry. Waalaikumussalam. Kau lupa ke aku yang beli telefon baru tu tuk kau. Aku beli sekali ngan nombor tuk kau, lepastu aku senyap-senyap save nombor aku dalam tu. Camna? Sedapkan nama yang aku save kat dalam fon kau? Cair tak  cair tak?" usik Tengku Addyan dengan senyuman nakal.

Dia baru sahaja lepas habis jumpa pesakit tadi. Buka saja fon dia dapat notifikasi yang makanan dia order tadi sudah selamat sampai ke tangan pemilik.

"Puihh! Poyo betul kau ni. P. E. R. A. S. A. N. Perasan. Lepasni abis call ni aku nak terus buang nama ni. Tukar kepada 'lelaki buaya'. Barulah sedap mata memandang." ujar Aisya sambil mengetap giginya kuat.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now