✵❅ SHE IS MRS. ADDYAN 25

246 16 1
                                    

HARI kebahagiaan buat seorang Aisya Raihana sudah tiba. Majlis akad nikah mereka akan berlangsung pada pagi ni di masjid yang terdapat di kawasan perkampungan rumah nenek dia. Tengku Addyan dan sekeluarga bersetuju untuk berlangsungkan majlis akad nikah di kampung dia.

Hanya majlis perkahwinan mereka sahaja yang akan berlangsung di hotel milik lelaki itu. Dia hanya ikutkan sahaja kemahuan keluarga lelaki tu janji majlis berlangsung dengan lancar dan sempurna.

"Sis dah boleh buka mata..."

Kelopak mata dibuka perlahan. Benda pertama yang dia lihat adalah wajahnya yang sudah di penuhi dengan kesan-kesan make-up yang dihiasi oleh seorang MUA profesional. Terlakar senyuman di bibirnya. Berpuas hati dengan hasil tangan MUA profesional itu. Make-upnya yang simple itu lagi menampakkan seri di wajah dia.

"Cantiknya kawan aku ni. Macam bidadari jatuh dari langit. Ni Aisya Raihana yang aku kenal ke ni?" celah Azzahra yang baru muncul di biliknya. Sempat lagi Azzahra menyakat dia.

"Takdelah. Ni bukan Aisya Raihana. Ni bidadari syurga yang Allah ciptakan untuk lelaki bernama Tengku Addyan Zareef." sambung Bella dengan senyuman mengusiknya di bibir.

Ketawa mereka bersambung bila perasan muka Aisya sudah berona merah bila diusik oleh mereka. Bella, Azzahra, Naura datang rapat ke arah dia sebelum tubuhnya menjadi mangsa pelukan mereka.

"Jadi isteri yang taat pada suami. Jangan derhaka dengan suami ok. Dah jadi isteri nanti perangai nakal kau tu jangan makin menjadi-jadi pula, kalau boleh buang jangan simpan." pesan Azzahra dan menghadiahkan satu ciuman di pipi comel Aisya.

"Tak lama lagi Aireen nak dapat kakak ipar baru. Bestnya. Kak Aisya cantik tapi hari ni bertambah cantik. Mungkin sebab seri pengantin agaknya." puji Naura ikhlas. Sengihan di tayangkan sebelum pipinya dicubit oleh Aisya.

"Amboi. Suka eh korang menyakat aku. Korang tu pun tak lama lagi nak kawin. Bukan tak lama dah tapi kejap lagi dah sah jadi isteri." balas Aisya dengan senyuman sinisnya.

Memuncung mereka berdua di buatnya. Bella dan Naura memandang penampilan mereka di cermin. Ye, mereka berdua pun akan berlangsung hari kebahagiaan mereka.

Sembang punya sembang sampai tak perasam jam sudah menginjak pukul 11:50 pagi. Mereka berempat sama-sama keluar dari rumah. Bersedia untuk bergerak pergi ke masjid.

Tiga orang pengantin perempuan bergerak asing dengan menaiki kereta yang berlainan. Aisya naik satu kereta dengan Puan Fatimah dan Darwish. Naura pula naik satu kereta bersama keluarganya. Manakala Bella naik satu kereta dengan abangnya, Luth Aariz.

Dalam kereta, Tengku Aireen paling banyak bunyi berbanding dengan Tengku Addyan. Selalunya lelaki tu yang akan bising dalam kereta tapi hari ni terbalik, lelaki tu banyak diam dan banyak termenung.

"Addyan! Kamu dengar tak mummy panggil ni?" tegur Datin Mira dengan suara yang meninggi. Wajah anak lelakinya di pandang dengan muka masam mencuka. Geram bila kita panggil tapi sambutan tak menyahut.

"Sorry mummy. Ada apa mummy panggil Add?" soal Tengku Addyan dengan wajah berkerut menahan panas. Mukanya sudah berpeluh.

Tengku Aireen menepuk dahinya melihat perangai tak semanggah abang kembarnya. Manakala Tengku Ayden menggelengkan kepala.

"Kalau ye pun nak mengelamun janganlah berdiri kat tengah-tengah jalan tu bang. Elok hari ni hari kebahagiaan kau tetiba jadi hari menyedihkan pula." kata Tengku Aireen menyertakan lamunan Tengku Addyan.

Kanan kiri dia pandang. Nasib baik takde kereta atas jalan ni, nasib baik juga adiknya tegur dia kalau tak melepas dia nak kahwin dengan Aisya hari ni.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now