✵❅ SHE IS MRS. ADDYAN 26

256 15 2
                                    

SEJAK tadi dia hanya tundukkan wajahnya ke bawah. Sementara menunggu suaminya habis menunaikan solat dia hanya memerhatikan lelaki tu dari belakang.

Amir, Shahrul sudah selesai sesi pembatalan wuduk mereka tadi. Kalau ikutkan Tengku Addyan juga sudah selesai sesi pembatalan wuduk tapi sebab tadi lelaki tu pengsan jadi sesi mereka sedikit lambat.

"Weh... Suami kau datang tu. Dup dap dup dap tak tu?" usik Azzahra yang berada di sebelahnya.

Tengku Aaryan yang perasan dengan senyuman mengusik isterinya terus lengan baju wanita itu ditarik merapat ke arahnya.

"Duduk diam cariño." hanya tiga patah perkataan isterinya terus patuh dengan mulut muncung sedepa.

Aisya gelak sinis melihat Azzahra ditegur oleh suaminya. Padan muka. Nak usik orang lagi.

Bau maskulin dari tubuh suaminya mula menusuk masuk ke rongga hidungnya. Orang di sekeliling mereka berdua sudah tersenyum-senyum seperti kerang busuk. Perasan gementar mula timbul dalam hati.

"Assalamualaikum princess abang..."

Rasa nak gugur sahaja jantung yang sudah sekian berdegup kencang ni bila dengar suara maskulin lelaki tu. Serius dia cakap dia nak pengsan sekarang ni.

"Jawap salam suami tu sayang." tegur Datin Mira lembut. Dalam hati sudah tersenyum bahagia melihat drama anak dan menantunya.

Aisya kemam bibir bila ditegur sebegitu. Tengku Addyan pula sudah senyum mengusik melihat muka malu-malu isterinya. Idea jahat mula muncul di fikirannya.

"Waalaikumsalam." balas Aisya lembut. Wajah masih menunduk ke bawah. Langsung tak dongak memandang muka lelaki tu.

"Muka aku tak cukup handsome ke sampai kau asyik pandang lantai tu?" sergah Tengku Addyan sinis membuatkan Aisya memejamkan matanya rapat.

Dengan perlahan-lahan wajah cantik isterinya menyapa pandangan mata coklatnya. Dagu isterinya di sentuh lembut. Mengamati setiap inci wajah isterinya tanpa lepas.

"Cantik. Kenapa lah aku tak jumpa kau dari dulu lagi? Nah..." tangan kanannya ditunjukkan di depan muka isterinya.

Aisya pandang dengan wajahnya yang blur. Kenapa bagi tangan kat aku ni? Nak suruh aku gigit ke apa tangan dia ni?

Azzahra dan Datin Mira sudah menepuk dahi mereka. Kenapa slow sangat otak isteri Addyan ni?

"Salam lah. Bukan tengok tangan aku yang berurat ni. Aku tau tangan berurat aku ni mampu menggugat iman kau tapi takpe aku boleh bagi kau nanti." kata Tengku Addyan berserta kenyitan mata diberikan kepada gadis itu.

Wajah berkerut isterinya membuatkan dia ingin sahaja melepaskan ketawa kecil di tengah-tengah masjid ni. Isterinya terlalu comel bila buat muka blur macam tu.

"Salam princess..." ulang lelaki tu semula. Malas berfikir lagi dia turuti sahaja suruhan lelaki tu sebelum tanpa rasa bersalah dia menggigit tangan berurat lelaki tu.

"Auch"

Kesan gigitan di tangannya di genggam kemas. Sedaya upaya dia mengawal riak pada wajahnya. Muka tak bersalah isterinya di pandang dengan mata dikecilkan.

"Kau dah tak sabar sangat ke sampai nak gigit tangan aku ni? Kau jangan sampai aku bawak kau balik rumah sekarang juga tau." ugutan dari suaminya tidak membuatkan dia rasa takut. Malah wajah beraninya sengaja di tayangkan di depan lelaki tu. Sengaja nak bagi hati lelaki tu panas dengan sikap dia.

Tengku Addyan yang berasa geram dengan sikap berani isterinya terus dia bertindak mencium bibir merah milik isterinya. Tersenyum suka dia bila Aisya tidak menunjukkan sebarang reaksi.

SHE IS MRS.ADDYAN (OG)Where stories live. Discover now